Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Saturday, November 24, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Penjelasan: Dana Wakaf Kemboja
Foto: Bilik darjah yang uzur, tiada kipas, berlantaikan bumi ALLAH (tidak bersimen),
hujan masuk air dan sangat daif.
Alhamdulilah saya menerima beberapa email bertanya soalan berikut:-
"Saya kurang berkemampuan untuk membeli Sijil Wakaf bernilai USD100=RM315 itu. Bolehkah saya masukkan sahaja beberapa RM ke akaun dana ini mengikut kemampuan saya?"
Penjelasan:
Ya, sudah tentu boleh. Yang penting, ikhlaskanlah diri untuk membuat kerja amal ini. Niatlah untuk berwakaf dan membantu golongan yang sangat-sangat memerlukan. Sijil wakaf bernilai USD100 bukanlah ditetapkan oleh KHM. Ianya telah ditetapkan dan dicetak oleh Institut Pendidikan AL-Ihsan Kemboja. KHM cuma menghulurkan bantuan dan akan sentiasa membantu jika mendapat sokongan dari teman-teman khususnya Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Tarikh Tutup:
Tabung Dana Wakaf ini akan kami buka hingga 31hb Disember 2012 kerana KHM bercadang untuk melancarkan dana baru pada bulan Januari 2013 nanti.
JikaTidak Capai Sasaran?
Sasaran tercapai atau tidak bukanlah kehendak kami. Sudah tentu kami mengharapkan dapat mengumpul 5,370 0rang yang boleh membeli sijil ini. Kami akan buat kerja kami dan kami serahkan kepada ALLAH untuk menentukan keberhasilan dana ini menjelang tahun baru 2013. Limitasi yang kami ada bukanlah halangan untuk mencapai sasaran.
Apa yang Perlu Dibuat?
Sebagaimana kaedah syarikat MLM/jualan langsung, mereka sanggup berusaha hingga ke tengah malam untuk menjual produk mereka demi mengejar bonus dan komisen. Mereka juga bekerja keras untuk menaja atau rekruit ahli baru untuk mengerakkan hasil jualan produk MLM.
Jika kaedah MLM digunapakai (tiada bonus RM cuma bonus dan komisen akhirat menanti), saya yakin sijil ini akan fully- subscribe menjelang Jan 2013.
Nota: Kepada sahabat-sahabat di Brunei Darussalam, 100 keping Sijil Wakaf ini akan saya poskan sebelum saya berangkat ke Bandung, InsyaALLAH.
Moga usaha ikhlas ini akan berjaya. Amin!
Makluman Umrah Cuti Sekolah Mac 2013
Assalamualaikum,
Penyertaan bagi program Umrah Cuti Sekolah Mac 2013 masih dibuka. Masih ada 17 tempat kosong.
Kepada Bakal Tetamu ALLAH MAc 2013, anda dinasihatkan untuk hadir Program Ilmu KHM pada 25 Nov ini bagi memulakan ekspedisi pengislahan hati & transformasi diri. Kepada alumni Umrah KHM 2012, anda juga dijemput hadir sama bagi program pasca umrah dan ikatan ukhuwah serta kasih sayang.
Makluman Program Ilmu Kelab Haji Muda
Assalamualaikum semua,
Moga sentiasa ceria dan di bawah perlindungan ALLAH.
Anda semua dijemput untuk hadir ke Program Ilmu KHM seperti di poster di atas.
Terima kasih.
Sunday, November 18, 2012
Israel: Tunggu apalagi masuk ajelah ke Gaza...
On Friday
17th November, The Times British newspaper said that Israeli Army will launch a
ground invasion to destroy Hamas military infrastructure and rocket stocks
across the Gaza Strip within the 48 coming hours.
The newspaper
also said that thousands of Israeli soldiers were prepared to storm Gaza, 60
minutes after the Palestinian militants launched rockets at Israeli cities. An
Israeli official told the newspaper that the army troops are ready and waiting
for orders in order to raid Gaza.
Petikan BBC news 17 Nov 2012. 75,000 Israel army ready to storm Gaza
Ketika Pemimpin Tentera Bergajah memberi kata dua kepada Abdul
Mutalib (Datuk Rasululah s.a.w) supaya arahkan semua penduduk Mekah keluar dari
Mekah kerana tentera bergajah akan storm
Mekah, maka berkatalah Abu Mutalib
“Sesungguhnya, bumi Mekah bukan milik kami. Walaupun aku adalah
pemimpin Mekah tetapi aku tidak mampu
membuat arahan sedemikian.”
Mengapa?
Tambah Abdul Mutalib “Kerana bumi Mekah adalah bumi suci dan
mempunyai Penjaganya sendiri. Jika kamu mahu juga menghancurkan Kaabah, maka
silakanlah..." (apa tunggu lagi masuk ajelah..)”
Nota: Jika anda mengikuti
rombongan Umrah KHM, kami akan tunjukkan lokasi di mana tentera bergajah yang
sombong itu dimusnahkan oleh tentera ALLAH.
Nota Ringkas KHM:
Wahai Israel laknatullah,
apa tunggu lagi segeralah
masuk to storm Gaza. 75,000 tentera dikerahkan tidak akan
mengerunkan insan yang memegang syahadah kerana syahadah bukan semata-mata dibibir kami.
Wahai Israel laknatullah, Tak perlulah fikir panjang, masuk ajelah
Gaza kerana Tentera ALLAH berjubah putih
bersedia menanti kesombongan kamu yang sentiasa merosakkan hubungan kemanusiaan dan keimanan. Pegawai
keselamatan Gaza atau Hamas tidak akan mampu menahan kemaraan 75,000 tentera
kamu sebagaimana tidak mampunya Abdul Mutalib mempertahankan Mekah. Tetapi
tentera ALLAH akan hadir menunjuk jalan keluar untuk kamu.
Kepada pemimpin Islam hipokrit seperti Bassyar Assad, hentikan kejantanan kamu yang tidak
berfaedah itu dengan membantu Palestin. Tiada faedahnya untuk menghentam rakyat
sendiri kecuali kamu sangat cinta dunia yang sudah sebati dan ingin terus dinikmati. ALLAH telah
terbalikkan Firaun, maka tidak mustahil bagi ALLAH untuk terbalikkan kamu!
Kepada pelajar-pelajar PhD/Masters (anak jati Gaza) di bawah
penyeliaan saya yang kini sudah kembali ke Gaza untuk berkhidmat, nothing much
we can do but truly ALLAH will send HIS army to protect Gaza. We will pray for
you.
"Minggu lepas anda menangis di depan saya, hati saya yang keras inipun menangis kerana kamu. Pelukan ukhuwah antara kita mungkin berakhir di sini. Mungkin ini adalah pertemuan terakhir buat kita. Kembalilah ke pangkuan ibubapamu dan pertahankanlah tanahairmu. Jika aku menjadi kamu, aku juga akan kembali pertahankan hak aku dibumi aku...... ALLAHU AKBAR!
Mungkin tentera ALLAH sedang meniupkan semboyan kepada Israel, Please come ….
"Minggu lepas anda menangis di depan saya, hati saya yang keras inipun menangis kerana kamu. Pelukan ukhuwah antara kita mungkin berakhir di sini. Mungkin ini adalah pertemuan terakhir buat kita. Kembalilah ke pangkuan ibubapamu dan pertahankanlah tanahairmu. Jika aku menjadi kamu, aku juga akan kembali pertahankan hak aku dibumi aku...... ALLAHU AKBAR!
Mungkin tentera ALLAH sedang meniupkan semboyan kepada Israel, Please come ….
Foto: Tentera ALLAH berjubah putih bukanlah cerita baru di Palestin
Thursday, November 15, 2012
Hijrah, Pengorbanan dan Dana Wakaf
Assalamualaikum,
Kehadiran Tahun Baru Hijrah 1434 sudah tentu menceriakan. InsyaALLAH, KHM akan terus memberi komitmen untuk mentarbiah diri sendiri dan menyediakan program pra/pasca haji/umrah demi memangkin semangat mujahadah haji/umrah supaya sentiasa membara.
Jomlah kita menginfaqkan sedikit harta kita dengan membuat orang lain gembira apatah lagi demi memastikan Islam terus terbina dan aqidah dipertahankan khususnya di negara minoriti Islam. KHM Wadah Annuiti Akhirat hanyalah satu platfom amal yang diuruskan secara part-time oleh golongan professional yang akan memegang amanah tuan/puan. Kami sedang berusaha mencari seramai 5,370 hamba ALLAH Pencinta Sedekah untuk bersama-sama kami menaiki cruise KHM menuju destinasi kompleks Pendidikan dhuafa yang diimpikan.
Harapan kami, moga tahun hijrah 1434 ini akan menjadikan kita lebih kreatif dan produktif untuk mencari ruang-ruang pengorbanan seperti pengorbanan para sahabat ketika berhijrah meninggalkan bumi Mekah tercinta.
Nota: Sila dapatkan akhbar Sinar Harian esok Jumaat dan Majalah Nur Disember 2012, untuk sedikit perkongsian dari hamba ALLAH.
Salam Hijrah 1434
Foto: Masjid Nabawi, kecintaan yang tidak boleh dijual beli.
Saya, ahli keluarga serta semua EXCO KHM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hijrah 1434 kepada semua pengunjung blog ini, moga kita dapat terus memperbaiki diri dan istiqamah untuk membantu orang lain khususnya golongan dhuaafa.
Ketika Berhijrah, Rasululah s.a.w berdoa, “Wahai Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kami mencintai Makkah, atau bahkan lebih dari itu. Kami mohon, jadikanlah iklimnya menyehatkan bagi kami. Tambahkanlah keberkahan didalam takaran (shaq dan mud) kami, dan pindahkanlah panasnya Madinah hingga ke Juhfah.” (Bukhari).
Allah (SWT) mengabulkan doa baginda dan bagindapun terus menetap di Madinah karena kecintaan baginda terhadap kota ini.
Bagi kita pula, semaklah diri dan lakukanlah hijrah diri supaya kita lebih bebas untuk melakukan apa yang kita suka.
Foto: Pemikiran sempit hanya menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri
Jom bebaskan diri dari dunia kecil dan pemikiran sempit kepada dunia global berwawasan dan fikiran luas. Dunia ini luas untuk kita terokai dan iman yang ada perlu diperbaiki. Hati yang gelap akan menjadikan dunia ini juga gelap.
Sunday, November 11, 2012
We are committed to seek 'business opportunity Akhirat'
KHM The Smart Way to Serve ALLAH
Ramadan mendidik kita untuk menjadi insan bertakwa. Eid-fitr dan Eid-adha pula sudahpun
berlalu. Kini, kita kembali menjalani hidup ‘normal’ sebelum Ramadan. Minggu
depan tahun baru hijrah muncul kembali. Roda kehidupan terus berputar samada kita bekerja di jalan ALLAH, bekerja untuk manusia atau bekerja untuk perut dan mata, atau sibuk dengan tv dan tidur, usia kian menuju pinggiran.
Usaha saya untuk menyiapkan buku no 4 sentiasa tercabar dengan kesibukan. Petang tadi siapkan tulisan untuk artikel Hijrah akhbar Sinar Harian yang bakal disiarkan jumaat minggu depan. Buku ini InsyaALLAH dalam proses disiapkan. Moga ALLAh beri kekuatan dan konsentrasi. Pun begitu, ada dua perkara signifikan yang ingin saya kongsi.
Kes #1
Minggu lepas saya menerima email berikut:-
“Dr, rugi rasanya sebab saya tidak menyumbang satu senpun dalam
dana Annuiti AKhirat Masjid yang Dr
usahakan. Saya silent follower blog Dr tetapi saya Cuma menjadi pemerhati sahaja selama ini. Saya ingin menebus
kesilapan saya. Jadi Bolehkah saya terus bersedekah setiap bulan secara
konsisten ke Akaun Dana Annuiti AKhirat KHM?”
Jawapan saya:
Alhamdulilah, Terima kasih dengan keazaman ini. Anda bukan
sendirian. Ada beberapa lagi rakan-rakan kita meluahkan perkara yang sama. Anda
yang menjadi follower blog dan memberi komen pembaikan juga mendapat pahala,
apatah lagi jika bersama-sama menjayakan program wadah annuiti akhirat KHM.
Walaupun Dana MAsjid sudah mencukupi, InsyaALLAH sumbangan anda masih tetap dialu-alukan. Pertama, kerana projek Wakaf Kemboja akan dilancarkan sedikit
masa lagi. Cuma saya agak teliti dalam soal ini. Saya telah meminta sahabat2
kita buat pelan bangunan merangkumi
blok pengajian dan blok asrama
sebelum dana kita usahakan. Bila pelan pembangunan kompleks pendidikan siap dan saya/Exco KHM berpuas hati,
InsyaALLAh pengumpulan dana akan
diusahakan.
Kedua, banyak lagi projek
ada dalam perancangan. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa termasuk kompleks ilmu di Malaysia, jadi sudah
tentu memerlukan dana yang besar dan komitmen yang tinggi.
Ketiga, banyak lagi projek yang dirancang. Cuma kemampuan saya dan
masa saya agak terbatas. Begitu juga, Exco KHM sedia adapun ada limitasi
masing-masing. Lantaran, sukarelawan amat diperlukan.
Justeru, jika sdr/I ingin menginfaq RM secara berterusan setiap
bulan bolehlah masukkan duit terus ke
Akaun ‘KHM Dana Annuiti AKhirat’ (sila rujuk makluman ruang sebelah kanan blog ini cara-cara menginfaq/sadakah.
KES #2
Kawan lama saya, saudara Rosli, menemukan saya dengan seorang hamba ALLAH. Hamba ALLAH ini menawarkan sebidang tanah pusaka untuk
diwakafkan bagi tujuan pendidikan.
ALhamdulilah, saya sudah lama ingin war-warkan dalam blog ini jika ada
sesiapa berhasrat untuk mewakafkan tanah untuk kerja kebaikan yang kita akan
usahakan bersama. InsyaALLAH, KHM akan bantu mana yang mampu.
Alhamdulilah, moga peluang perniagaan Akhirat akan dapat kita bangunkan bersama kerana KHM
hanyalah Wadah Annuiti Akhirat-
milik anda dan kita bersama. KHM memberi peluang untuk kita sama-sama beramal. Dana diuruskan secara professional dan amanah.
Friday, November 9, 2012
Makluman Sijil Wakaf
Foto: Sijil Wakaf
Pertama sekali terima kasih dengan minat dan niat tuan/puan untuk
menyumbang ke Dana Wakaf Kemboja. ALLAH lebih berhak memberi pengiktirafanNYA.
Oleh kerana banyak pertanyaan memasuki email KHM dan Bendahari, maka sesungguhnya
kami tidak mampu untuk menjawab ke semua email.
Memandangkan semua EXCO KHM juga bekerja dan hanya menjalankan urusan
KHM secara part-time, maka sedikit inefficiency
mungkin berlaku untuk respon kepada email tuan/puan.
Justeru, kami telah meneliti proses pembelian sijil wakaf dan
ingin memaklumkan perubahan berikut:-
1. Menggunakan metod yang sama
seperti pembinaan MAsjid Bojongloa.
Iaitu tuan-puan boleh terus
memasukkan wang ke Akaun Dana Annuiti AKhirat tanpa perlu menghantar
email kepada kami. Pendekatan ini lebih efficient
dan mudah diurus.
2. Tuan/puan boleh menghantar email ke bendahari.khm@gmail.com untuk tujuan notification bahawa sumbangan telah dikreditkan ke Akaun.
3. Bagi menjimatkan kos operasi, masa dan tenaga, sijil wakaf ini akan diurus sendiri oleh
Sekretariat Dana Wakaf KHM.
4. Bagi mereka yang mahukan sijil, bolehlah hadir sendiri untuk mendapatkannya
dengan menghantar email ke bendahari.khm@gmail.com
Gambar Sijil:-
Foto: Setiap sijil mempunyai nombor siri untuk tujuan kawalan kesahihan Sijil
Foto: Tercatat dengan jelas nilai satu sijil USD100
InsyaALLAh kami akan uruskan dana ini dengan penuh amanah. KHM memohon maaf akan
kelemahan kami untuk respon kepada semua email. InsyaALLAH bila KHM sudah mampu untuk mempunyai pegawai full-time menguruskan operasi KHM, efisiensi akan kami pelihara.
Moga ALLAH menerima amalan kita dan mengampunkan kelemahan di pihak kami.
Thursday, November 8, 2012
Program KHM No 7/2012 Makluman Awal
Assalamualaikum,
Alhamdulilah & InsyaALLAH KHM akan menganjurkan Program No 7/2012 sebagai sebahagian usaha untuk mendidik hati dan diri ke arah insan yang lebih baik dari semalam.
Entri ini adalah Makluman Awal agar anda yang berminat dan mempunyai ruang waktu dapat merancang jadual harian dan keluarga khususnya bagi mereka yang menetap di luar Lembah Klang. Juga dijemput Alumni Umrah KHM dan bakal jamaah Umrah 2013 KHM untuk hadir sama sebagai satu usaha tarbiah pra dan pasca haji/umrah.
PENGUMUMAN PROGRAM KHM
Dijemput hadir beramai- ramai - Ada solat berjemaah, pengisian rohani, taklimat program dan perancangan aktiviti annuit akhirat KHM :
Bila : 25hb November (Ahad) / 11Muharam 1434H
Dimana : Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya (depan Sbg Parade)
Waktu :
6am Solat Subuh berjamaah diikuti dengan Kuliah Subuh
7.30am Sarapan Pagi
8.30am Solat Dhuha
Kata aluan Presiden KHM
Ceramah interaktif (akan dimaklumkan bila sudah confirm)
10.00 Taklimat KHM Way forward Perancangan 1434Hijrah/ 2013Masihi
Taklimat Program Bandung, Umrah 2013 dan Wakaf
11.30 Tamat Program
Banner rasmi akan diupload di blog ini dan fb/kelabhajimuda fb/drridzwan dalam tempoh terdekat, InsyaALLAH.
Alhamdulilah & InsyaALLAH KHM akan menganjurkan Program No 7/2012 sebagai sebahagian usaha untuk mendidik hati dan diri ke arah insan yang lebih baik dari semalam.
Entri ini adalah Makluman Awal agar anda yang berminat dan mempunyai ruang waktu dapat merancang jadual harian dan keluarga khususnya bagi mereka yang menetap di luar Lembah Klang. Juga dijemput Alumni Umrah KHM dan bakal jamaah Umrah 2013 KHM untuk hadir sama sebagai satu usaha tarbiah pra dan pasca haji/umrah.
PENGUMUMAN PROGRAM KHM
Dijemput hadir beramai- ramai - Ada solat berjemaah, pengisian rohani, taklimat program dan perancangan aktiviti annuit akhirat KHM :
Bila : 25hb November (Ahad) / 11Muharam 1434H
Dimana : Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya (depan Sbg Parade)
Waktu :
6am Solat Subuh berjamaah diikuti dengan Kuliah Subuh
7.30am Sarapan Pagi
8.30am Solat Dhuha
Kata aluan Presiden KHM
Ceramah interaktif (akan dimaklumkan bila sudah confirm)
10.00 Taklimat KHM Way forward Perancangan 1434Hijrah/ 2013Masihi
Taklimat Program Bandung, Umrah 2013 dan Wakaf
11.30 Tamat Program
Banner rasmi akan diupload di blog ini dan fb/kelabhajimuda fb/drridzwan dalam tempoh terdekat, InsyaALLAH.
Wednesday, November 7, 2012
1433Hijrah: KHM Wadah Annuiti Akhirat Ianya Bermula di sini
Foto November 2011: Ilham hadir di Puncak Darajat
Sesungguhnya manusia tidak mampu berfikir hikmah dan kebijaksanaan ALLAH. Ada kalanya, kita ingin melakukan sesuatu yang kita sangat mahu, tetapi ALLAH tidak mengizinkannya. Ada kalanya kita bersahaja tetapi, ALLAH mahu kita serius melengkapkannya. Program Wadah Annuiti Akhirat bermula dengan masjid ini. (Boleh rujuk tulisan dan posting terdahulu di blog ini bagaimana idea ini muncul dan semangat kerjasama yang ada dalam diri kita sama-sama realisasikannya).
Foto November 2011: Tanah desa yang menjadi persinggahan kambing dan lembu.
Atas kebesaran ALLAH, usaha dilakukan dan dengan sokongan anda semua, initiatif di bentuk untuk membina sebuah masjid di desa yang amat memerlukan. Kita berganding bahu, mencurah idea, dana, memberi komen dan memberi sokongan berterusan. Dana Masjid dilancarkan pada bulan Februari 2012.
Foto Mei 2012: Masjid Bojongloa disegerakan pembinaan
Bulan Mei 2012, projek rancak berjalan. Sasaran diberikan kepada teman-teman KHM di Bandung. Mesti Siap dan digunakan 1 Ramadan 1433/2012.
Foto Julai 2012/28 Syaaban 1433H: Masjid siap
Dengan izin ALLAH dan sokongan semua, masjid ini siap dan telah digunakan pada 1 Ramadan 1433Hijrah. Sebuah kampung yang tiada masjid, mampu dihidupkan di bulan Ramadan. Sungguh besar pahala anda yang menyumbang idea dan dana menjayakannya.
InsyaALLAH, rombongan KHM seramai 43 orang akan berangkat ke Bandung akhir bulan November 2012 untuk sama-sama merasmikan masjid ini. Sementara, teman-teman KHM di Indonesia sedang membuat persiapan untuk melancarkan Komunitas Haji Muda (KHM) Indonesia pada tarikh dan tempat yang sama.
InsyaALLAH, minggu depan 1 Hijrah 1434, KHM akan melancarkan Dana Wakaf Kemboja (soft launch telah dibuat tiga hari lepas dan sijil wakaf 100 unit sudah hampir habis ditempah). Sesiapa yang ingin berwakaf (1 unit=USD100 = RM315) , bolehlah terus kreditkan ke Akaun:
Nama Akaun: "KHM Dana Annuiti Akhirat"
No Akaun: 14-180-01-0013422
Bank: Bank Islam
Moga ALLAH permudahkan urusan kehidupan kita dan melindungi kita dari sasaran fitnah. Allahu Akbar.
Sunday, November 4, 2012
Kemboja: Daifnya Pusat Pendidikan ini
Foto: Lawatan Tapak projek Kompleks Pendidikan /Sekolah Agama di Kemboja
Selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah, tim KHM meneruskan agenda program dengan melawat beberapa lokasi. Lawatan
singkat saya di Institut Pendidikan ini amat menyentuh hati. Apa yang mereka miliki sekarang ini adalah seperti Malaysia di tahun 1970an.
Ketika saya bersekolah rendah pada tahun 1970an, sekolah di kampong saya
lebih baik dari anak-anak muslim di
sekolah agama ini. Sekolah ini sangat
daif (Sila lihat foto-foto sekolah islam yang daif ini di akhir entri ini).
Sistem pendidikan di kemboja bersandarkan sekularisma. Matlamat pendidikan hanya mempunyai elemen duniawi, semata-mata melahirkan manusia untuk menjadi hamba kepada manusia. Pelajar-pelajar perempuan di sekolah kerajaan dikehendakki memakai skirt. Jadi agak pelik bila bertudung tapi pakai skirt...
Cuma
saya kagum dengan pengasas,
pemimpin dan ustaz/ustazah
sekolah ini yang sangat komited mendidik dan mentarbiah anak-anak muslim. Dalam keadaan gaji yang kecil, kemudahan yang
sangat daif dan kebajikan yang tidak terurus, mereka istiqamah dengan jalan
yang telah disusun oleh Rasululah s.a.w dan para sahabat. Jika di Malaysia, sudah tentu ustaz/ustazah dah
cabut cari gaji lebih tinggi (Maaf: tidak semua ustaz/ustazah begitu).
Sebagaimana
yang telah saya maklumkan sebelum ke Kemboja,
salah satu matlamat saya ke Kemboja ialah untuk meninjau sendiri “business opportunity annuity akhirat”. Saya secara peribadi dan KHM khususnya,
InsyaALLAH meletak sasaran untuk
membantu membina kompleks
pendidikan Islam.
Selepas
lawatan tapak, saya telah diberi
taklimat pelan bangunan, tujuan
dan kos pembangunan. Alhamdulilah, mereka memahami kehendak KHM di mana
institutsi ini telah menyediakan pelan kompleks pendidikan lengkap dengan bangunan 3 tingkat, bilik darjah, kelas hafazan, perpustakaan,
bilik computer, rumah tetamu dan asrama
shabab (pelajar lelaki). Bila saya Tanya
mengapa tiada asrama untuk pelajar wanita, jawapan mereka agak perlahan. Secara
jujur, menjaga pelajar perempuan lebih
mencabar di persekitaran jahiliah dan tekanan ekonomi. Saya memahami maksud mereka. Namun saya
berpendapat, usahlah dipinggirkan pembinaan muslimah kerana jika mereka mahu
berdikari dan maju, pendidikan muslimah juga penting (InsyaALLAH, KHM akan
memberi nasihat dan pandangan).
Jadi
apa yang KHM hendak buat?
InsyaALLAH,
KHM akan lancarkan sijil wakaf pembinaan
kompleks pendidikan Islam ini. Sebanyak
5,370 sijil wakaf telah dicetak yang setiap satu bernilai USD100 (bersamaan
RM315).
Bagi
mereka yang berhasrat untuk
memenuhi koleksi uncang akhirat anda sebelum tahun baru Hijrah 1434 (nak tutup
akaun peribadi amal 1433H), bolehlah
email ke kelabhajimuda@gmail.com . Kami
akan reservekan sijil wakaf anda. (Saya
hanya membawa pulang 100 keping sijil sahaja).
Moga
ALLAH mengampuni kita dan melimpahkan rezeki agar dapat membantu menjayakan
wawasan ini. Saya akan maklumkan di blog
ini untuk pembelian sijil wakaf, InsyaALLAH.
Foto-foto berikut adalah untuk renungan dan tindakan bersama.
Foto: Kantin sekolah
Foto: Kelas / bilik darjah. Sangat daif
Foto: Kelas-kelas gambar diambil dari luar
Foto: Meja guru. Bersyukurlah menjadi guru-guru di Malaysia/Brunei/Singapura
Foto: Atas dan dinding kelas. Kalau hujan, bocor
Thursday, November 1, 2012
Makluman Peserta Wisata Rohani Bandung
Assalamualaikum,
Kepada semua peserta Program Wisata Rohani Bandung, sila pastikan perkara ini diteliti:-
1. International Passport hendaklah sah sehingga 3 Jun 2013.
2. Air Asia telah memaklumkan (melalui sms dan email) mengenai perubahan jadual pesawat. Sila semak tempahan anda dan print semula.
3. Kadar pertukaran wang dalam keadaan 'advantage' sekarang. Sila buat urusan pertukaran wang sendiri. (RM juga diterima di shopping area seperti Pasar Baru).
Detail program akan diemail seminggu sebelum berangkat.
Sila berhubung dengan Pengurus Projek di email kelabhajimuda@gmail.com jika ada pertanyaan/kemusykilan atau boleh juga terus menghubungi saya.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)