Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, November 4, 2012

Kemboja: Daifnya Pusat Pendidikan ini


Foto:  Lawatan Tapak projek Kompleks Pendidikan /Sekolah Agama di Kemboja


Selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah, tim KHM meneruskan agenda program dengan melawat beberapa lokasi. Lawatan singkat saya di Institut Pendidikan ini amat menyentuh hati.  Apa yang mereka miliki sekarang ini  adalah seperti  Malaysia di tahun  1970an.  Ketika saya bersekolah rendah pada tahun 1970an, sekolah di kampong saya lebih baik dari  anak-anak muslim di sekolah agama ini.  Sekolah ini sangat daif (Sila lihat foto-foto sekolah islam yang daif ini di akhir entri ini).


Sistem pendidikan di kemboja bersandarkan sekularisma.  Matlamat pendidikan hanya mempunyai elemen duniawi, semata-mata  melahirkan manusia untuk menjadi hamba kepada manusia. Pelajar-pelajar perempuan di sekolah kerajaan dikehendakki memakai skirt. Jadi agak pelik bila bertudung tapi pakai skirt...

Cuma saya kagum dengan pengasas,  pemimpin  dan ustaz/ustazah sekolah ini yang sangat komited mendidik dan mentarbiah anak-anak muslim.  Dalam keadaan gaji yang kecil, kemudahan yang sangat daif dan kebajikan yang tidak terurus, mereka istiqamah dengan jalan yang telah disusun oleh Rasululah s.a.w dan para sahabat.  Jika di Malaysia, sudah tentu ustaz/ustazah dah cabut cari gaji lebih tinggi (Maaf: tidak semua ustaz/ustazah begitu).

Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ke Kemboja,  salah satu matlamat saya ke Kemboja ialah untuk meninjau sendiri  “business opportunity annuity akhirat”.  Saya secara peribadi dan KHM khususnya, InsyaALLAH meletak sasaran untuk  membantu  membina kompleks pendidikan Islam. 

Selepas lawatan tapak, saya telah diberi  taklimat  pelan bangunan, tujuan dan kos pembangunan.  Alhamdulilah,  mereka memahami kehendak KHM  di mana   institutsi  ini telah menyediakan pelan  kompleks pendidikan lengkap dengan  bangunan 3 tingkat,  bilik darjah, kelas hafazan, perpustakaan, bilik computer, rumah tetamu  dan asrama shabab (pelajar lelaki).  Bila saya Tanya mengapa tiada asrama untuk pelajar wanita, jawapan mereka agak perlahan. Secara jujur,  menjaga pelajar perempuan lebih mencabar di persekitaran jahiliah dan tekanan ekonomi.  Saya memahami maksud mereka. Namun saya berpendapat, usahlah dipinggirkan pembinaan muslimah kerana jika mereka mahu berdikari dan maju, pendidikan muslimah juga penting (InsyaALLAH, KHM akan memberi nasihat dan pandangan).

Jadi  apa yang KHM hendak buat?

InsyaALLAH, KHM akan lancarkan sijil wakaf  pembinaan kompleks pendidikan Islam ini.  Sebanyak 5,370 sijil wakaf telah dicetak yang setiap satu bernilai USD100 (bersamaan RM315).

Bagi mereka yang berhasrat untuk  memenuhi  koleksi  uncang akhirat anda  sebelum tahun baru Hijrah 1434 (nak tutup akaun peribadi amal 1433H),  bolehlah email ke  kelabhajimuda@gmail.com  .  Kami akan reservekan sijil wakaf anda.  (Saya hanya membawa pulang 100 keping sijil sahaja).

Moga ALLAH mengampuni kita dan melimpahkan rezeki agar dapat membantu menjayakan wawasan ini.  Saya akan maklumkan di blog ini untuk pembelian sijil wakaf, InsyaALLAH.

Foto-foto berikut adalah untuk renungan dan tindakan bersama. 

 Foto:  Kantin sekolah

 Foto:  Kelas / bilik darjah.  Sangat  daif

  Foto:  Kelas-kelas gambar diambil dari luar

 Foto:  Meja guru.  Bersyukurlah menjadi guru-guru di Malaysia/Brunei/Singapura

 Foto:   Atas dan dinding kelas.  Kalau hujan, bocor


No comments: