Foto: Sijil Wakaf
Pertama sekali terima kasih dengan minat dan niat tuan/puan untuk
menyumbang ke Dana Wakaf Kemboja. ALLAH lebih berhak memberi pengiktirafanNYA.
Oleh kerana banyak pertanyaan memasuki email KHM dan Bendahari, maka sesungguhnya
kami tidak mampu untuk menjawab ke semua email.
Memandangkan semua EXCO KHM juga bekerja dan hanya menjalankan urusan
KHM secara part-time, maka sedikit inefficiency
mungkin berlaku untuk respon kepada email tuan/puan.
Justeru, kami telah meneliti proses pembelian sijil wakaf dan
ingin memaklumkan perubahan berikut:-
1. Menggunakan metod yang sama
seperti pembinaan MAsjid Bojongloa.
Iaitu tuan-puan boleh terus
memasukkan wang ke Akaun Dana Annuiti AKhirat tanpa perlu menghantar
email kepada kami. Pendekatan ini lebih efficient
dan mudah diurus.
2. Tuan/puan boleh menghantar email ke bendahari.khm@gmail.com untuk tujuan notification bahawa sumbangan telah dikreditkan ke Akaun.
3. Bagi menjimatkan kos operasi, masa dan tenaga, sijil wakaf ini akan diurus sendiri oleh
Sekretariat Dana Wakaf KHM.
4. Bagi mereka yang mahukan sijil, bolehlah hadir sendiri untuk mendapatkannya
dengan menghantar email ke bendahari.khm@gmail.com
Gambar Sijil:-
Foto: Setiap sijil mempunyai nombor siri untuk tujuan kawalan kesahihan Sijil
Foto: Tercatat dengan jelas nilai satu sijil USD100
InsyaALLAh kami akan uruskan dana ini dengan penuh amanah. KHM memohon maaf akan
kelemahan kami untuk respon kepada semua email. InsyaALLAH bila KHM sudah mampu untuk mempunyai pegawai full-time menguruskan operasi KHM, efisiensi akan kami pelihara.
Moga ALLAH menerima amalan kita dan mengampunkan kelemahan di pihak kami.
No comments:
Post a Comment