Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, November 7, 2012

1433Hijrah: KHM Wadah Annuiti Akhirat Ianya Bermula di sini


Foto November 2011:  Ilham hadir di Puncak Darajat

Sesungguhnya manusia tidak mampu berfikir hikmah dan kebijaksanaan ALLAH.  Ada kalanya, kita ingin melakukan sesuatu yang kita sangat mahu, tetapi ALLAH tidak mengizinkannya.  Ada kalanya kita bersahaja tetapi, ALLAH mahu kita serius melengkapkannya. Program Wadah Annuiti Akhirat bermula dengan masjid ini. (Boleh rujuk tulisan dan posting terdahulu di blog ini bagaimana idea ini muncul dan semangat kerjasama yang ada dalam diri kita sama-sama realisasikannya).

Foto November 2011:  Tanah desa  yang menjadi persinggahan kambing dan lembu.

Atas kebesaran ALLAH, usaha dilakukan dan dengan sokongan anda semua, initiatif di bentuk untuk membina sebuah masjid di desa yang amat memerlukan. Kita berganding bahu, mencurah idea, dana, memberi komen dan memberi sokongan berterusan. Dana Masjid dilancarkan pada bulan Februari 2012.

Foto Mei 2012:  Masjid Bojongloa disegerakan pembinaan 

Bulan Mei 2012, projek rancak berjalan.  Sasaran diberikan kepada teman-teman KHM di Bandung. Mesti Siap dan digunakan 1 Ramadan 1433/2012.

 Foto Julai 2012/28 Syaaban 1433H:  Masjid siap 

Dengan izin ALLAH dan sokongan semua, masjid ini siap dan telah digunakan pada 1 Ramadan 1433Hijrah.      Sebuah kampung yang tiada masjid, mampu dihidupkan di bulan Ramadan.  Sungguh besar pahala anda yang menyumbang idea dan dana menjayakannya.

InsyaALLAH, rombongan KHM seramai 43 orang akan berangkat ke Bandung akhir bulan November 2012 untuk sama-sama merasmikan masjid ini. Sementara, teman-teman KHM di Indonesia sedang membuat persiapan untuk melancarkan Komunitas Haji Muda (KHM) Indonesia pada tarikh dan tempat yang sama. 

InsyaALLAH, minggu depan 1 Hijrah 1434, KHM akan melancarkan Dana Wakaf Kemboja (soft launch telah dibuat tiga hari lepas dan sijil wakaf 100 unit sudah hampir habis ditempah).  Sesiapa yang ingin berwakaf (1 unit=USD100 = RM315) , bolehlah terus kreditkan ke Akaun:

Nama Akaun:  "KHM Dana Annuiti Akhirat"   
No Akaun:  14-180-01-0013422
Bank:  Bank Islam

Moga ALLAH permudahkan urusan kehidupan kita dan melindungi kita dari sasaran fitnah.  Allahu Akbar.

1 comment:

Anonymous said...

Assalam,

Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Semuga segalanya berjalan dengan lancar.

AJ