We are committed to seek 'business opportunity Akhirat'
KHM The Smart Way to Serve ALLAH
Ramadan mendidik kita untuk menjadi insan bertakwa. Eid-fitr dan Eid-adha pula sudahpun
berlalu. Kini, kita kembali menjalani hidup ‘normal’ sebelum Ramadan. Minggu
depan tahun baru hijrah muncul kembali. Roda kehidupan terus berputar samada kita bekerja di jalan ALLAH, bekerja untuk manusia atau bekerja untuk perut dan mata, atau sibuk dengan tv dan tidur, usia kian menuju pinggiran.
Usaha saya untuk menyiapkan buku no 4 sentiasa tercabar dengan kesibukan. Petang tadi siapkan tulisan untuk artikel Hijrah akhbar Sinar Harian yang bakal disiarkan jumaat minggu depan. Buku ini InsyaALLAH dalam proses disiapkan. Moga ALLAh beri kekuatan dan konsentrasi. Pun begitu, ada dua perkara signifikan yang ingin saya kongsi.
Kes #1
Minggu lepas saya menerima email berikut:-
“Dr, rugi rasanya sebab saya tidak menyumbang satu senpun dalam
dana Annuiti AKhirat Masjid yang Dr
usahakan. Saya silent follower blog Dr tetapi saya Cuma menjadi pemerhati sahaja selama ini. Saya ingin menebus
kesilapan saya. Jadi Bolehkah saya terus bersedekah setiap bulan secara
konsisten ke Akaun Dana Annuiti AKhirat KHM?”
Jawapan saya:
Alhamdulilah, Terima kasih dengan keazaman ini. Anda bukan
sendirian. Ada beberapa lagi rakan-rakan kita meluahkan perkara yang sama. Anda
yang menjadi follower blog dan memberi komen pembaikan juga mendapat pahala,
apatah lagi jika bersama-sama menjayakan program wadah annuiti akhirat KHM.
Walaupun Dana MAsjid sudah mencukupi, InsyaALLAH sumbangan anda masih tetap dialu-alukan. Pertama, kerana projek Wakaf Kemboja akan dilancarkan sedikit
masa lagi. Cuma saya agak teliti dalam soal ini. Saya telah meminta sahabat2
kita buat pelan bangunan merangkumi
blok pengajian dan blok asrama
sebelum dana kita usahakan. Bila pelan pembangunan kompleks pendidikan siap dan saya/Exco KHM berpuas hati,
InsyaALLAh pengumpulan dana akan
diusahakan.
Kedua, banyak lagi projek
ada dalam perancangan. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa termasuk kompleks ilmu di Malaysia, jadi sudah
tentu memerlukan dana yang besar dan komitmen yang tinggi.
Ketiga, banyak lagi projek yang dirancang. Cuma kemampuan saya dan
masa saya agak terbatas. Begitu juga, Exco KHM sedia adapun ada limitasi
masing-masing. Lantaran, sukarelawan amat diperlukan.
Justeru, jika sdr/I ingin menginfaq RM secara berterusan setiap
bulan bolehlah masukkan duit terus ke
Akaun ‘KHM Dana Annuiti AKhirat’ (sila rujuk makluman ruang sebelah kanan blog ini cara-cara menginfaq/sadakah.
KES #2
Kawan lama saya, saudara Rosli, menemukan saya dengan seorang hamba ALLAH. Hamba ALLAH ini menawarkan sebidang tanah pusaka untuk
diwakafkan bagi tujuan pendidikan.
ALhamdulilah, saya sudah lama ingin war-warkan dalam blog ini jika ada
sesiapa berhasrat untuk mewakafkan tanah untuk kerja kebaikan yang kita akan
usahakan bersama. InsyaALLAH, KHM akan bantu mana yang mampu.
Alhamdulilah, moga peluang perniagaan Akhirat akan dapat kita bangunkan bersama kerana KHM
hanyalah Wadah Annuiti Akhirat-
milik anda dan kita bersama. KHM memberi peluang untuk kita sama-sama beramal. Dana diuruskan secara professional dan amanah.
No comments:
Post a Comment