Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, November 20, 2012

Penjelasan: Dana Wakaf Kemboja



Foto:  Bilik darjah yang uzur, tiada kipas, berlantaikan bumi ALLAH (tidak bersimen), 
hujan masuk air dan sangat daif.

Alhamdulilah saya menerima beberapa email bertanya soalan berikut:-
"Saya kurang berkemampuan untuk membeli Sijil Wakaf bernilai USD100=RM315 itu.  Bolehkah saya masukkan sahaja beberapa RM ke akaun dana ini mengikut kemampuan saya?"

Penjelasan:
Ya, sudah tentu boleh. Yang penting, ikhlaskanlah diri untuk membuat kerja amal ini. Niatlah untuk berwakaf dan membantu golongan yang sangat-sangat memerlukan. Sijil wakaf bernilai USD100 bukanlah ditetapkan oleh KHM. Ianya telah ditetapkan dan dicetak oleh Institut Pendidikan AL-Ihsan Kemboja. KHM cuma menghulurkan bantuan dan akan sentiasa membantu jika mendapat sokongan dari teman-teman khususnya Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. 

Tarikh Tutup:
Tabung Dana Wakaf ini akan kami buka hingga 31hb Disember 2012 kerana KHM bercadang untuk melancarkan dana baru pada bulan Januari 2013 nanti. 

JikaTidak Capai Sasaran?
Sasaran tercapai atau tidak bukanlah kehendak kami. Sudah tentu kami mengharapkan dapat mengumpul 5,370 0rang yang boleh membeli sijil ini.  Kami akan buat kerja kami dan kami serahkan kepada ALLAH untuk menentukan keberhasilan dana ini menjelang tahun baru 2013. Limitasi yang kami ada bukanlah halangan untuk mencapai sasaran. 

Apa yang Perlu Dibuat?
Sebagaimana kaedah  syarikat MLM/jualan langsung, mereka sanggup berusaha hingga  ke tengah malam untuk menjual produk mereka demi mengejar  bonus dan komisen. Mereka juga bekerja keras untuk menaja atau rekruit ahli baru untuk mengerakkan hasil jualan produk MLM. 

Jika kaedah MLM digunapakai (tiada bonus RM cuma bonus dan komisen akhirat menanti), saya yakin sijil ini akan fully- subscribe menjelang Jan 2013.  

Nota: Kepada sahabat-sahabat di Brunei Darussalam, 100 keping Sijil Wakaf ini akan saya poskan sebelum saya berangkat ke Bandung, InsyaALLAH. 

Moga usaha ikhlas ini akan berjaya. Amin!

No comments: