Kejujuran adalah aset kehidupan. Kita mahu bersikap jujur dan begitu juga kita mahu orang lain juga jujur dengan kita. Namun kadang-kadang kita tergelincir, mungkin alpa dengan sedikit nikmat yang kita perolehi.
Di dalam satu kisah ada dinyatakan bahawa Rasululah s a w pernah memaklumkan jamaah bahawa jika kita jujur dengan Allah, maka Allah juga akan jujur dengan kita. Di dalam kitab Sahih Muslim, disebutkan bahawa Rasululah s. a w pernah berpesan:
”Barangsiapa yang jujur meminta mati shahid, maka Allah akan menyampaikannya ke darjat para syuhada’, walaupun dia meninggal di atas katil.” (Riwayat Sahl bin Hanif)
Bila menyingkap kembali sejarah, Saidina Umar r a pernah berdoa memohon dianugerahkan mati syahid di bumi Madinah. Bila doa Umar yang lahir dari hati yang jujur dan ikhlas, maka Allah menganugerahkan beliau mati syahid di bumi Madinah. Kematian beliau bukan di perang jihad, tetapi di katil akibat di bunuh.
Walaupun secara fitrah kejujuran dan keikhlasan adalah aset kehidupan, namun tidak semua insan mampu menguasainya. Kita akan rasa kecewa bila kejujuran kita diperlekehkan. Atau mungkin kejujuran kita akan menjadi liabiliti kepada insan-insan yang mementingkan diri sendiri.
Justeru, jujurlah dan ikhlaslah dengan Allah dan kerana Allah. Tidak perlulah kita bersungguh-sungguh mencari pengiktirafan manusia atas usaha kita membina jaringan kejujuran dan keikhlasan. Beristighfarlah memohon perlindungan dan keampunan Allah.
Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Sunday, March 29, 2009
Wednesday, March 25, 2009
Tuhan Masih Sayang
Kita sering berhadapan dengan pusingan roda kehidupan. Seketika kita senyum, diketika lain kita murung. Hari ini kita melonjak, esok kita merudum.
Hari ini saya bertemu dengan seorang rakan lama. Raut wajah mengambarkan yang beliau di dalam kesusahan. Perniagaan beliau tidak menentu di saat ini dan hutang juga kian meningkat. Itulah harga sebuah perniagaan, risiko yang perlu diambil. Beliau tidak meminta bantuan kewangan, tetapi beliau memerlukan rakan untuk meluahkan tekanan. Hati mulia beliau diluahkan kepada saya. ”Wan, aku takut Allah mengambil usiaku esok pagi di dalam keadaan hutang aku yang tidak mampu aku dan ahli keluargaku langsaikan.” Subhanallah! Rakan saya ini khuatir mati dalam keadaan hutang. Mulia sungguh hati sebegini. Dalam hati saya menyebut, ada segelintir orang-orang kita yang tak kisahpun menimbun hutang?
Biar apapun kondisi kita, Tuhan tetap menyayangi kita. Apa sahaja makhluq samada burung yang terbang, binatang yang merayap, ikan di lautan, cacing di dalam tanah dan tumbuhan menyedari kehadiran Allah yang menguruskan kehidupan dan rezeki.
Firman Allah
...dan tidak ada satu makhlukpun melainkan dia bertasbih dengan MemujiNya, tetapi kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Al-Isra’:44
Insan mukmin seharusnya gembira kerana Allah menjanjikan perlindungan, rezeki, rahmat dan keampunan. Jika ada insan yang tidak dapat mengasihi kita semasa kita di dalam masalah, itu bukan titik noktah perjalanan. Allah selalu mengasihani kita, mengampuni kita dan menerima taubat kepada sesiapa yang bertaubat kepadaNya.
Rahmat Allah itu maha luas, maka mohonlah kepadaNya. Moga Allah meringankan beban rakan lama saya ini.

Saturday, March 21, 2009
Tahniah Syaurah- Siapa Pintar Tv9
Tahniah Wardah Syaurah!
Alhamdulilah, Syaurah telah memenangi tempat pertama slot ke 5 SIAPA PINTAR Tv9 yang telah dilangsungkan baru-baru ini. Beliau telah mendapat markah tertinggi 185 mengatasi anak-anak pintar yang lain dengan hadiah RM500. InsyaAllah, jika ada rezeki beliau akan layak ke pertandingan akhir dengan hadiah lumayan RM1,000++. Siri SIAPA PINTAR ini akan ke udara sedikit masa lagi.
Bila ummi beliau bertanya apa yang hendak dibuat jika mendapat RM1,500++ itu, Syaurah menjawab "InsyaAllah i want to accompany ayah and ummi to perform umrah 2009."
Well Done Syaurah!

Friday, March 20, 2009
Terapi Kematian I
TERAPI KEMATIAN I
Semalam selepas sholat Maghrib dan membaca Yasin bersama keluarga, isteri saya berkongsi berkenaan kematian seorang warga emas yang tinggal di sebuah apartmen.
Sebelum melabuhkan tirai malam, saya cuba membayangkan soal kematian. Bagaimana agaknya warga emas ini melalui ujian yang sudah pasti setiap insan akan melaluinya. Samada kita orang yang berusaha untuk membaiki diri, insan yang suka menganiaya orang lain, insan yang berlagak dengan kekayaan atau insan yang ego kaki pembuli jalanan, masing-masing tidak akan mampu lari dari malaikat maut.
Kita akan melalui proses meninggalkan orang-orang yang kita sayang. Kita akan meninggalkan rumah dan bilik kesayangan kita. Kita akan meninggalkan semua yang kita suka termasuk pakaian yang berbagai-bagai fesyen itu. Perjalanan Haji mengajar kita untuk meninggalkan semua yang kita sayang. Kita cuma berpakaian kain kafan putih sebagaimana jamaah Haji dengan ihram putih.
Saya cuba gambarkan perjalanan warga emas ini. Saya cuba meletakkan diri saya dalam situasi warga emas ini.
*****
Bermula dengan perjalanan ke hospital. Ketika di hospital, malaikat maut memberi penghormatan buatku dengan mengambil nyawaku. Anak-anak dan saudara mara mula menangis. Persiapan membawa pulang ke rumah bermula. Dalam perjalanan dengan van jenazah, van cuma melalui lorong rumahku namun tidak pun singgah ke rumah yang amat disayangi itu. Van meluncur laju kerana akan singgah ke Masjid berhampiran rumah untuk urusan kafan dan sholat jenazah. Aku meronta-ronta meminta di hantar ke rumah yang baru aku siapkan dengan landskap terkini. Rontaanku tidak dipeduli.
Ketika dimandikan, tiada saudara mara yang mahu ke depan untuk memandikan. Hati tersentuh ketika itu.. Aku mula berbicara ”Kenapalah tiada saudara-maraku yang mahu berkhidmat untuk memandikan aku buat perjalanan terakhirku?” Kini aku dikafankan sebagaimana aku memakai kain ihramku. Kalau dulu aku sendiri yang melilit kain ihram menutup tubuhku, kini orang lain pula yang memakaikannya untuk aku.
Aku di bawa ke ruang legar Masjid untuk bertemu sanak-saudaraku sebelum aku melangkah ke teratak barzahku. Aku menangis ketika ini kerana aku tidak mampu lagi berinteraksi dengan oarng-orang yang aku sayang. Aku cuba berbicara namun tiada maklumbalas. Kemudian aku disolatkan. Kalau dulu aku mampu sholat sendiri walaupun mungkin sekadar kena buat. Tapi sekarang aku disolatkan. Aku didoakan sedangkan ketika aku hidup, aku tidak pula mendoakan orang lain.
Perjalanan teratak barzahku pun bermula bila aku dimasukkan kembali ke van jenazah. Van sekali lagi melalui lorong di hadapan rumah kesayangku, aku hanya mampu memandang rumah kesayangku dengan kenangan indah bersama ahli keluargaku. Aku mahu tinggalkan segala kebaikan untuk mereka....Kini aku lebih mengerti bahawa Haji adalah persiapan dan pengajaran terbaik buatku....
*************

Thursday, March 19, 2009
MUTIARA
MUTIARA
Setiap insan ingin memiliki barang berharga dan bernilai tinggi di mata masyarakat. Memiliki mutiara yang mahal sudah tentu antaranya. Mutiara termahal sudah dijanjikan dalam Qur’an buat pendokong risalah Islam.
Dalam kehidupan, antara mutiara berharga ialah memiliki ilmu. Semakin banyak ilmu dan pengalaman maka secara prinsipnya kita lebih berharga. Umpama mutiara, semakin dalam ia di dasar laut maka makin tinggi nilainya.
Insan yang ada wisdom adalah mereka yang menghargai pemberian Allah ini. Justeru ilmu dimanfaatkan, dikongsi dan dengan ilmu ia merendah diri. Insan yang ada wisdom sentiasa berhati-hati takut akan Tuhannya seperti seekor burung yang berhati-hati ketika menghinggap dahan pokok.
Insan yang bahgia adalah insan yang mahu sentiasa berkongsi, memperolehi kasih sayang orang yang dikongsi dan memperolehi ganjaran pahala yang telah dijanjikan.

Tuesday, March 10, 2009
MAULUD DAN MUALAF
Salam Maulidur-rasul s.a.w.
Allah berfirman:
”Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Allah dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.”
(An-Nashr: 1-3)
Sambutan maulid ar rasul diraikan oleh masyarakat kita sebagai rutin tahunan. Perarakan dengan tema tersendiri menyulami sambutan. Tentu sekali kos perarakan ini menelan belanja ratusan ribu atau mungkin mencecah jutaan RM. Di setengah tempat pula pengisian lebih berbentuk ceramah dan penghayatan sirah.
Dengan kebesaran Allah, kami menyambut maulid ar-rasul dalam keadaan yang istimewa pada tahun 1430H ini. Ayat Qur’an di atas adalah janji Allah bahawa bila usaha dilakukan maka pertolongan Allah tiba, maka berbondonglah manusia mencari jalan Ilahi.
Minggu lepas saya menulis entri untuk mengujudkan sub-unit dakwah bagi membina warga baru muslim di tempat saya. Allah mendengar isi hati saya. Apa yang berlaku?
Selepas sholat Asar di Masjid petang maulid ar-rasul (petang semalam), kami dihampiri oleh dua pemuda cina. Hasrat beliau suci, ingin membenarkan shahadah dan ikhlas mahu mendalami Islam. Allahu Akbar! Allhu akbar! Walilahilhamd. Shahadah dilafazkan di hadapan ustaz Badar dan disaksikan oleh beberapa jamaah. Sememangnya sukar untuk mereka menyebut kalimah suci shahadah di dalam bahasa Arab. Beliau bersungguh-sungguh melakukannya. Dalam kedamaian petang, airmata saya menitis tanpa disedari. Mengapa mereka perlu bersusah payah mencari jalan al-islam dalam kesulitan dan pada masa yang sama anak-anak muda Melayu pula GAH dengan nikmat hidup? Mengapa mereka memilih Islam dalam keadaan ada segelintir orang kita yang menolak Islam, sunnah dan menghentam ulama dan generasi Qur’an?
Saya teringat kenangan ketika belajar di England dahulu bilamana sama-sama membantu mat salleh mengucap shahadah. Hampir setiap hari ada sahaja ’mat soleh’ dan ’minah solehah’ akan hadir ke Islamic center untuk membuat perakuan janji mendaulatkan Allah dan RasulNya. Mereka bersungguh-sungguh mahukan Islam. Saya juga mengimpikan senario ini akan berlaku di Tanah Melayu tercinta ini.
Sedikit muhasabah buat kita. Setelah Tanah Melayu merdeka lebih dari 50 tahun, berapa ramai rakyat Malaysia bukan Islam sudah memeluk Islam? Berapa ramai pula yang benar-benar menghayati dan melaksanakan Islam? Adakah pendekatan dakwah kita efektif?
MUTIARA BICARA
Ayat terakhir surah an-nashr menjemput kita untuk bertasbih memuji kebesaran dan kehebatan Allah. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengatur perjalanan cakerawala, yang menyusun hati-hati insan untuk bertawaf mengelilingi Kaabah hingga kiamat dan yang memelihara hati dan jiwa manusia. Di akhir ayat, Allah menyuruhkan kita memohon keampunan atas kelalaian kita (khususnya diri saya) kerana kurang sungguh-sungguh untuk mendampingi teman-teman bukan Islam.

Monday, March 9, 2009
I Love Rasul s.a.w.
Ku panjatkan salawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad s.a.w dan para sahabat. Kerinduan Madinah amat ku rasai di waktu ini.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Al- Qur’an Al-Ahzab: 56)
***************
Prophet Muhammad s.a.w is the best role model for us. He has been identified as the most influencial people in the world. Muhamad s.a.w is a great leader in human history. However, the teaching of sunnah and the way we practice it has been mixed with our worldly goals.
Muhammad s.a.w has thought us that seeking Allah’s pleasure is important to reach tranquility. However, in a certain class of people there rages an internal war, one that doesn't take place on the battlefield, but in one's bedroom, one's office, one's own home. It is a war that results in ulcers or an increase in blood pressure. Everything frustrates these group of people: they become angry at inflation, furious because the rains came late and exasperated when the value of their currency falls. They are forever perturbed and vexed, no matter what the reason.
They think that every cry is against them. (Qur 'an 63: 4)
Do not carry the weight of the globe on your shoulders. Let the ground carry the burden of those things that happen. Some people have a heart that is like a sponge, absorbing all kinds of fallacies and misconceptions. It is troubled by the most insignificant of matters; it is the kind of heart that is sure to destroy its possessor. Those who are principled and are upon the true path are not shaken by hardship; instead, hardship helps to strengthen their resolve and faith. But the reverse is true for the weak-hearted: when they face adversity or trouble, it is only their level of fear that increases.
At a time of calamity, there is nothing more beneficial to you than having a brave heart. The one who has such a heart is self-possessed, he has firm faith and cool nerves. On the other hand, during the course of any given day, the coward slaughters himself many times with apprehensions and presentiments of impending doom. Therefore, if you desire for yourself a stable life, face all situations with bravery and perseverance.
And let not those who have no certainty of faith discourage you... (Qur'an 30: 60)
Be more resolute than your circumstances and more ferocious than the winds of calamity. May mercy descend upon the weak-hearted, for how often it is that they are shaken by the smallest of tremors?
And verily, you will find them the greediest of mankind for life... (Qur'an 2: 96)
As for those who are resolute, they receive help from their Lord and are confident of His promise.
He sent down calmness and tranquility upon them. (Qur'an 48: 18)
Following the coming Maulid ar-rasul, let us pray and sincerely express salawah to the prophet Muhammad s.a.w. May Allah crown us the best life here and in the hereafter. Amin.
http://ridzwan-bakar.blogspot.com
7th March 2009
Shah Alam
Sebahagian petikan LA Tahzan.

Friday, March 6, 2009
HILANG PEKERJAAN
Pagi tadi saya menerima arahan dari Senior Vice President untuk hadir ke sebuah syarikat public listed company yang dalam proses diambil alih. Dari pengalaman saya di sektor korporat, bila sesebuah syarikat di ambil alih oleh sebuah lagi syarikat, maka beberapa isu kemanusiaan di timbulkan.
Resistance to change adalah satu fitrah. Kadang-kadang kita tidak mahu berubah atau tidak memberi peluang diri kita untuk berubah. Rata-rata maklumbalas staf syarikat ini ialah berkaitan dengan pangkat , gaji dan masa depan mereka khususnya dalam konteks krisis ekonomi yang kian meruncing. Masa depan melibatkan periuk nasi dan survival untuk terus hidup.
Bila saya meletakkan masalah mereka ke dalam diri, sudah tentu saya akan turut merasa bimbang. Lebih teruk jika menerima surat penamatan perkhidmatan. Kerja apa hendak di cari dalam keadaan ekonomi yang tidak baik? Graduan menggangur pula dijangkakan mencecah 40,000 pada pertengahan tahun ini? Sudah tentu persaingan pekerjaan makin sukar.
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang usahawan. Beliau berkata perniagaan beliau tidak menentu. Anak beliau, seorang arkitek di UK, telah ditamatkan perkhidmatan dan diminta pulang ke Malaysia. Apa anak beliau hendak lakukan di Malaysia?
Berbagai pendapat dan teori kita boleh usulkan. Namun cakap sememangnya mudah sebab kita tidak berada di dalam masalah ini. Kita berada di luar suasana emosi mereka.
Di dalam keadaan sekarang, staf syarikat ini mungkin tiada pilihan yang terbaik kecuali menerima sahaja perubahan. Sekarang bukannya masa yang baik untuk berkira-kira. Ada kerja sudah cukup baik untuk meneruskan kehidupan. Ada gaji walaupun tiada kenaikan gaji tahunan sudah dikira bertuah. Bonus pula tidak boleh diimpikan. Pakej stimulus ekonomi RM10bn belum tentu dapat mengembalikan zaman mewah dahulu.
Mungkin ini adalah peluang yang Allah beri kepada hambaNya untk kembali melutut dan sujud akan kebesaran Allah.
MUTIARA BICARA
Bersyukurlah jika anda masih mempunyai pekerjaan dan masih menerima gaji. Hargailah pekerjaan anda. Lakukanlah yang terbaik kerana ianya adalah satu amanah yang besar. Bantulah dengan sokongan peribadi dan sokongan emosi kepada insan-insan atau saudara mara yang diuji Allah akibat kehilangan pekerjaan. Jika anda sudah lama tidak sujud syukur, lakukanlah hari ini- Hari Jumaat yang diberkati Allah.

Wednesday, March 4, 2009
Allah mendengar isi hati kita
Hasrat untuk mengujudkan sub-unit dakwah untuk warga muslim yang baru memeluk Islam sudah lebih tiga tahun dipinggirkan di lubuk hati saya. Di mana kekuatan untuk mengerakkannya? Wallah alam, mungkin kelemahan saya.
Perbincangan dengan teman-teman yang baru memeluk Islam mengambarkan bahawa mereka merasa terpinggir dan tiada sokongan masyarakat muslim Melayu yang kaya dengan budi bahasa itu. Secara umum, selepas mereka mengistiharkan shahadah, mereka Cuma diberi kursus bersiri lebih kurang dua bulan oleh Jabatan Agama dan kemudian terhenti di situ. Tidak ada follow-up program.
Ketika kami sekeluarga mengahwinkan adik ipar saya dengan sdr ALif Lim Abdullah baru-baru ini, perkara tiada pengisian program susulan kepada saudara baru muslim ini seolah-olah bukan lagi cakap-cakap kosong. Memang tiada follow-up program! Ini satu ‘beban’ buat saya dan keluarga untuk mendidik suami kepada adik ipar saya ini untuk mendalami dan memahami Islam.
Beberapa hari lepas bila meneliti perlunya digerakkan usaha ini dan menghidupkan kembali azam saya yang terpinggir itu , dengan KEBESARAN ALLAH, dua pemuda yang baru memeluk Islam datang dan memaklumkan kesediaan untuk mengujudkan sub-unit dakwah bagi warga baru muslim.
Subhanallah! Itulah kebesaran Allah. Allah mendengar isihati saya dan Allah juga yang menghantar dua pemuda bukan Melayu ini untuk mengerakkannya.
InsyaAllah, dengan izin Allah kami akan usahakan proses follow-up tarbiyah untuk warga baru muslim dan potential muslims di dalam organisasi Masjid Al-Munawwarah.
“Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan sokongan untuk meneruskan usaha murni yang kecil ini. Peliharalah kami agar tidak tergelincir di jalan dakwah.”

Subscribe to:
Posts (Atom)