Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, January 1, 2012

Arah Tuju Haji Muda 2012




Arwah abah saya pernah berpesan selepas solat Subuh di satu pagi tahun baru,


Jadilah insan yang ikhlas

Jadilah manusia, yang kehadirannya TIDAK DIJEMPUT

Tetapi KEPERGIANNYA dirasai…


Ketika saya remaja, madah di atas juga saya jumpa atas pesanan As-syahid Imam Hassan AL-Banna, Pengerak Ikhwan.


Sudah lebih satu minggu saya fikirkan perkara ini. Perlukah saya berkongsi di blog ini? Perlukah saya rahsiakan apa yang ingin saya capai secara peribadi? Mengapa tidak dikongsi kerja amal dengan anda semua yang saya kasihi?

Pertama, saya sudah lama berhasrat untuk mengujudkan “Kelab Haji Muda” sebagai satu wadah aktiviti pra dan pasca Haji/Umrah. Saya ada banyak idea.

Action: Saya perlukan volunteer untuk mengerakkannya. Lebih baik ianya bergerak secara jamai dari individu kerana banyak perkara yang ingin saya lakukan dalam masa 24 Jam.

Nota: Terima kasih dengan sokongan moral pengunjung blog seperti Abg Kamarulzaman (Kelantan), Pn Shafinaz & Faizul (Auckland), Kakak Kamarjhan (Brunei), Kakak Hjh Norlia & Pn Zaidah (KK), Rosli (Bangi), Zarea (KL) kerana bersama-sama menghayati idea ini.


Kedua, limpahan email, komen dan sms hasil dari entri Bandung- Mengisi Sebuah Impian memberi satu indikasi bahawa ramai dikalangan pengunjung blog mahu sama-sama mengutip pahala untuk kita bina masjid untuk penduduk miskin di Bandung.

Action: InsyaALLAH saya akan ujudkan satu jawatankuasa untuk melaksanakannya supaya wujud ketelusan dana kita ini. Sebagaimana kata orang tua miskin kepada saya “Kamu akan mampu cium bau syurga bila hati dan jiwa kamu bersama rakyat miskin.”

Kedua-kedua arah tuju ini adalah untuk mencari redhoALLAH. Ianya akan hanya Berjaya dengan nilai teamwork pra dan pasca Haji/Umrah.

Haji dan Umrah bukanlah untuk kepuasan diri kita sendiri. Ianya memerlukan tindakan supaya Haji dan UMrah kita mempunyai erti yang tinggi dan di terima ALLAH sebagai amal soleh.


I can inspire

I am empowered by ALLAH to change myself

But I could not change others

Let us move forward to the next level

Let us together smell the beauty of flowers of Jannah…


ALLAHU AKBAR!


Nota: Jika anda berminat untuk sama-sama mengerakkan Kelab Haji Muda dan Program membina Masjid mohon email saya tigeridz@gmail.com maklumkan nama dan no hanfon.



6 comments:

Anonymous said...

Assalam, Dr,

Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Saya sangat sangat menyokong kerja kerja amal yang Dr sarankan di blog ini walaupun saya berda di "Abode of Peace".

Orang diluar sana memang ada yang ingin mencari pahala cuma memerlukan ada orang yang memulakannya seperti Dr.

Semuga Allah merahmati tujuan ikhlas Dr dan dipermudahkan setiap usaha Dr.

Sama sama lah kita meraih redha Allah.

AJ

haji muda said...

Assalam AJ,
Terima kasih dgn sokongan.

InsyaALLAh satu hari nanti saya akan ziarah abode of peace. Kita boleh buat program kat sana. Masih musim summer?

Jika tak keberatan, boleh email saya no HP dan email utk kita communicate.

TQ

Anonymous said...

assalamualaikum

Dr,

InsyaAllah saya akan cuba bantu dari segi mewar2kan kepada rakan-rakan tentang usaha membina masjid di bandung. InsyaAllah ada sumbangan dalam bentuk kewangan yang mungkin boleh disalurkan kepada tabung ini.Amin

semoga Allah merahmati usaha ini dan dengannya menjadi pemudah jalan untuk kita pulang menemuiNya kelak..InsyaAllah



-Siti Hanim
hanim@ptpl.edu.my

Anonymous said...

Assalam Dr.
Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNYa kepada Dr dan keluarga untuk terus berkongsi ilmu dan pengelaman sambil membawa kami/pembaca blog untuk sama-sama meraih kasih sayang Allah.

Moga Allah mudahkan usaha Dr untuk mengujudkan Kelab Haji Muda. SubhanAllah

Saya pohon kepada semua pembaca blog ini(silent readers)untuk tampil sama-sama memberi sokongan untuk perlaksanaan "Kelab Haji Muda"

Saya yakin kita boleh berkongsi rezeki, hingga terdirinya sebuah Masjid di Bandung. Insya Allah.

Moga Allah membukakan pintu-pintu rahmatNYA kepapada kita semua. Subhan Allah.

Salam hormat
kamarjhan

Ali Azarnoosh said...

Asslam Dr. Bakar;

It was my pleasure, you came to my weblog.

Allah bless you.

Best Regards
Ali

Zarea106 said...

Man Jadda Wa Jada, Man Shabara Zhafira. Insyaallah.