Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, November 12, 2009

Adakah Dunia ini Boleh Hidup Tanpa Lelaki?

Alhamdulilah, saya telah memulakan tugas semalam setelah lebih 10 hari MC tidak ke pejabat.

Bila masuk pejabat, banyak file dan kertas kerja sudah menanti saya. Lambakkan file dan kertas kerja memohon kelulusan sudah menjadi rutin hidup. Mesyuarat pula dari pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terlajak hingga lepas Maghrib. Itulah kehidupan dunia korporat, seolah-olah 24 jam yang Tuhan beri tidak cukup.

Bila tidak ke pejabat, jiwa rasa sedikit aman. Ketika bermalam di hospital, banyak masa saya menonton Discovery Channel. Nasib baik hospital sekarang sudah ada internet dan tv, tidaklah bosan.

Saya amat tertarik dengan dua bahan yang diutarakan oleh Discovery Channel jam 5.30ptg 5 Nov lalu.

Bahan Kajian 1- Objektif Kajian: Adakah dunia ini boleh hidup tanpa Lelaki?
Sebuah Universiti di Jepun membuat kajian adakah kemungkinan spesis lelaki akan pupus? Dengan lain perkataan, adakah dunia ini boleh hidup tanpa lelaki? Kajian ini bersandarkan hipotesis bahawa wanita boleh melahirkan anak sebagaimana Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa perlu adanya lelaki.

Persoalan ini nampak menarik, lebih-lebih lagi bila ramai menyebut dunia ini kini dikuasai wanita (wanita lebih ramai dari lelaki). Di mana-mana sahaja kita pergi; di universiti, di pejabat, di sekolah, di shopping kompleks sememangnya wanita lebih ramai (atau lelaki suka tinggal di rumah?)

Pada peringkat awal, saya berpendapat kajian ini sebenarnya mengarut! Tetapi bila melihat kesungguhan kajian mereka, maka kemungkinan ini boleh berlaku. Kajian ini telah di buat lebih 10 tahun dengan menggunakan kaguya sebagai bahan kajian bagi sel dan pembiakan haiwan. Dengan lain perkataan, ilmu dan teknologi sel dan pembiakan seolah-olah memberi indikasi bahawa haiwan jenis kaguya ini boleh membiak tanpa spesis jantan. Hasil kajian seolah-olah ianya tidak mustahil akan berlaku kepada manusia. Wallah’ alam.

Bahan Kajian 2 Manusia suka menyusahkan orang lain
Kajian ini juga menarik dengan hipotesis manusia lebih mementingkan diri sendiri. Umum mengetahui tabiat buruk ini. Bila melihat Discovery Channel ini, mata saya mula serius ingin mengetahui. Kajian oleh seorang Profesor (tak ingat namanya) dari Baruch College New York mendapati 69% manusia mempunyai tabiat menyusahkan orang lain. Sample kajian tabiat manusia ini di ambil di beberapa pusat membeli belah. Saya tersenyum sendiri kerana video ini menunjukkan contoh-contoh praktikal seperti meletak kenderaan ikut suka hati, membuang sampah merata-rata, tidak meletak balik troli dll yang kita sama-sama tahu, iaitu ini juga tabiat orang 1Malaysia. Saya juga terfikir, mungkin manusia tidak sedar apa yang telah mereka lakukan sehingga statistik 69% ini adalah tinggi.

Rumusan- Saya berfikir ,
Kajian 1:- Apa akan berlaku kepada dunia jika lelaki mula pupus??
Kajian 2:– Adakah ini bermakna Cuma 31% sahaja manusia yang tidak susahkan orang lain?

Wallah’alam.

Allah berfirman
”Terimalah semua yang Allah telah berikan kepada mu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” Al-Aaraf: 44

6 comments:

zarifah said...

Salam Dr.

Alhamdulillah Dr telah sihat dan kembali bertugas.

Mohon kiranya Dr dapat mengirimkan kepada saya buku Dr yg terbaru.

msyuk said...
This comment has been removed by the author.
mamasherry said...

kajian 2 - ada bende yang kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu telah menyusahkan orang..

ridz said...

Salam Kajol,
InsyaAllah buku terbaru akan berada di pasaran bulan Jan 2010 nanti.

ridz said...

Salam mamasherry,
Itula kita.. kadang2 tak perasan yang kita sedang menyusahkan orang lain. Kena istighfar banyak2.

One Malaysia said...

Salam Dr,Syukur Dr sudah kembali sihat.10 hr MC dapatlah Dr rehatkan diri bersama keluarga walaupun fikiran Dr tidak berehat sepenuhnya kan.
Dunia tanpa lelaki.Kalau nak dapat pahala aurat org lain tak nampak ok gakk tapi tak sempurna pulak hidup tanya ADAM.tak lengkap melengkapi.
Manusia suka menyusahkan manusia yg lain.macam betul jer sikit2.ALAM FLORA dok tiap2 hari membersih kawasan tapi ada gak yg masih tidak berdisiplin membuang sampah tu pun salah satu contoh. tp semua itu mungkin ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada kita.tp apa2pun sy pun ada gak buat susahkan org hehehe..luar kawalan.