Perkembangan dunia memerlukan kita sentiasa perlu meningkatkan diri. Kita perlu sentiasa update ilmu dan kefahaman dalam sesuatu ilmu bagi terus melangkah meniti cabaran.
ADalah sesuatu yang malang bila ilmu kita kekal status quo. Jika ini berterusan, sudah tentu kita tidak mampu menjalani kehidupan berkualiti. Dan dikhuatiri, bila ilmu tidak meningkat, iman dan kualiti hidup akan turut menurun. Seseorang yang mahu membaiki diri perlu disandarkan dengan ilmu dan disusuli dengan beramal dengan ilmunya.
Bukankah molek, kita semak minggu pertama 2013 ini dengan menilai kualiti diri kita?
Adakah kita rasa ‘meningkat’ atau sekadar masih di pintu masuk islah diri?
"Ya ALLAH, anugerahkanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat dan dapat memanfaatkan orang lain" AMIN!
1 comment:
Amin ya rabbal alamin
Post a Comment