Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, January 17, 2009

Gotong Royong

Menyusun semula organisasi bukanlah kerja mudah, lebih-lebih lagi jika insan-insan yang terlibat adalah sukarelawan. Kerja-kerja kemasyarakatan bukan sahaja memerlukan tenaga dan masa bahkan buah fikiran bagi mereliasasikannya. Kerjasama, ikhlas dan sangka baik amat penting bagi mengujudkan masyarakat yang berwawasan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput warga muslim di sekitar Shah Alam untuk menghadiri program gotong-royong seperti berikut:

Tempat: Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27
Tarikh: 18 Jan
Masa: 8 pagi.

Jazakallahu khair.

3 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Bagus gotong-royong...sambil tu menjalinkan hubungan kita dengan orang2 setempat.Badan pun berpeluh,kita lebih sihat dan Insya Allah dapat meneruskan ibadah kepada Yang Esa.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Salam Tuan Haji,

Saya seronok bergotong royong bersama ahli kariah masjid Al-Munawarrah siang tadi.

Teringat kenangan bergotong-royong membersihkan masjid semasa alam kanak-kanak.

Dengan pelan 5S tuan setiausaha Masjid Munawarrah, saya percaya masjid kariah tuan ini akan cemerlang lagi.

Oh ya, gambar-gambar semasa gotong-royong berkenaan boleh dilihat di blog saya.

http://drbubbles.blogspot.com

Anonymous said...

oh... Itulah masjid tempat saya solat berjemaah 6 tahun yang lalu. Masa itu "sebelum diambil alih oleh pihak berkuasa" masjid itu sentiasa ramai dan banyak majlis ilmu. Tidak jemu ke sana.

Saya tidak tahu selepas pentadbirannya dipaksa ambil alih suatu ketika dahulu.

Tapi kini saya yakin ia kembali meriah dan penuh dengan aktiviti. Alhamdulillah.

p/s: Tahun 2002 saya berpindah ke Puchong.