Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, January 1, 2009

Rakaman Astro Oasis

Alhamdulilah dengan kebesaran Allah dan sempena Hijrah 1430, rakaman Hijrah slot Iktibar Dari Tanah Suci telah berjaya dirakamkan semalam di rumah saya dan di Masjid Al-Munawarrah Shah Alam. Proses yang mengambil masa lebih 6 jam ini memberi pengalaman yang amat berharga kepada saya disamping berpeluang berdakwah akan keperluan menunaikan haji kepada tiga orang krew pengambaran.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya khususnya krew TV cik Layla, Fathi dan Hafiz, isteri dan anak-anak saya, Hj Fadil, AJK Masjid Munawarrah dan jamaah masjid.

Saya amat berharap perkongsian ini diterima Allah sebagai satu amal kebaikan, pembuka tirai Hijriah 1430. Moga usaha ini memberi manfaat dan impak positif kepada masyarakat.

InsyaAllah saya akan maklumkan tarikh siaran slot ini di posting akan datang.

6 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Ridz,
Wow..tahniah3!tak sabar kak nab nak tengok nih!

VimmiYasmin said...

Salam
mmg letih sangatkan masa shooting.
tapi layan jer laaa!
hari tuh shooting jemputan umrah , sampai ada rasa nak muntah sebab letih sangat!!
krew2 Cipta One Asia kan yg buat rakaman tuh?

Anonymous said...

salam,
bila rakaman ni akan disiarkan..
selalu teruja bila menonton rakaman berkaitan lambaian ka'abah...

benludin said...

boss,
jgn lupa tlg hebahkan time ke udara ye..:)

Anonymous said...

Salam semua,
Saya berdoa moga rakaman ini membawa kebaikan dan bermanfaat. Jika pada mata Ilahi rakaman ini mengundang fitnah,ujub dan meluncur jauh dari nilai ikhlas, maka saya pohon perlindungan Allah supaya rakaman ini tidak disiarkan.

Saya akan update tarikh siaran Astro Oasis dlm blog ini bila mendapat makluman dari Penerbit.

Anonymous said...

Ηey thеre! I know this iѕ kinda off tорiс but I wаѕ wondering if
you knew ωhеre I сould loсаtе а cаptcha plugіn foг my commеnt form?
I'm using the same blog platform as yours and I'm having trouble finding one?
Thanks a lot!

My sitе - skin lightening soap