Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Sunday, November 3, 2013
Saturday, November 2, 2013
Salam Hijrah 1435
"Ya ALLAH, jadikanlah kami insan yang lebih baik dari semalam,
sentiasa bersabar dan istiqamah di jalan ini."
Thursday, October 31, 2013
Bingkisan Anak Muda #2
Di
posting terdahulu, saya menyentuh syarat
no 1 menuju insan bertaqwa iaitu
dampingilah orang-orang soleh. Saidinna Usman bin Affan menyebut agar kita berusaha untuk mencari
tip ke 2 menuju insan yang
bertaqwa. Bagi anak muda, lipatlah lengan agar kita sama-sama menerokai pesanan
ini:-
Jika
mendapat musibah duniawi, ia menganggapnya sebagai ujian dari Allah SWT.
Hidup
kita tidak boleh lari dari ujian ALLAH. Bagi anak muda, ujian adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan. Jika boleh kita mahu hidup “smooth”,
tanpa rintangan. Rintangan adalah sunnatullah. Makin tinggi
kita cuba hampir dengan ALLAH, makin banyak ujian yang perlu dilalui. Makin kuat kita bekerja untuk
melaksanakan perintah ALLAH, makin kuat
juga cabarannya.
Para
Rasul dan nabi telah melalui jalan
ini. Tiada Rasul dan nabi yang bebas ujian. Mereka
semua diuji dengan ujian yang jika diberi kepada kita, sudah tentu kita
akan angkat tangan. Rasullulah s.a.w.
contohnya diuji hebat kehilangan ayah
dan ibu ketika masih kecil. Laluan
Rasululah s.a.w. ini adalah laluan sukar
yang tidak semua insan mendapat
‘peluang’ ini.
Kepada
anak muda,
Siap
siagalah dengan ujian. Dunia anda
sekarang sedang bercelaru dengan fitnah yang dahsyat. Kemudahan teknologi terkini dan
alam komunikasi maya akan
menjadikan anak-anak lupa akan makna hidup.
Facebook, tweet, whatsUp dll
kelihatan lebih banyak mengundang fitnah dan menjauh rahmat ALLAH. Wajah gadis-gadis muslimah kian murah dimamah screen gadget
berinternet. Mereka bangga memaparkan
wajah dan aktiviti yang tidak perlu untuk tatapan orang yang tidak dikenali. Bukan salah berada di alam maya, tetapi gunakanlah untuk perkara bermanfaat dan saling berpesan. Carilah "Pahala Free" di facebook, tweet mahupun whatsUp.
Salah
satu yang mengangkat diri kita di mata Allah adalah lulusnya kita dari ujian
yang diberikanNya. Ujian bukan hanya yang bersifat bala musibah, namun
kenikmatan dalam hidup ini adalah ujian yang lebih besar. Bila diberikan
musibah, orang lebih mudah ingat kepada
Allah namun saat diberi ujian kenikmatan, saat itulah Allah benar-benar sedang
menguji kita. Nikmat dan kemudahan yang ALLAH hadiahkan kepada kita, adalah ujian yang boleh membawa kita kecundang tanpa di sedari.
Duhai
anak muda,
Hidup
ini adalah sementara. Ramai
anak muda mati tanpa bersedia. Pesanan ayahibu kadang-kadang
dileka. Facebook, tweet dan instrument social network adalah nikmat yang mengundang bahaya tergelincirnya rahmat ALLAH jika ianya tidak diuruskan dengan baik. Manfaatkanlah
teknologi untuk ingat-mengingati, pesan
berpesan kerana esok lusa kita bakal
dijemput Ilahi…
Sunday, October 27, 2013
Status Projek Pasentren Tahfiz KHM
Alhamdulilah, foto pembangunan Pasentren Tahfiz sedang giat berjalan. Mesej ringkas yang baru sahaja saya terima
"Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Dr. ini gambar yg saya janjikan, warga desa sdg bergotong royong bersama-sama untuk pembangunan TPA di desa kami. Kami ucapkan terimakasih kerana semua bantuan dana dari Dr. Ridzwan beserta keluarga Malaysia, para donator dan tim KHM."
Terima kasih Wulan kerana kesudiannya mengirim fotonya dan titipan doa bersama.
"Biar capek dalam meniti renjisan kedamaian dan pencarian bendang rahmat ALLAH...."-Dr Ridz
Wednesday, October 23, 2013
Makluman KHM 31/2013 Bercuti Sambil Beramal
Makluman KHM 31/2013
Wisata Rohani Bandung/Jakarta 11-15 Disember 2013
Wisata Rohani Bandung/Jakarta 11-15 Disember 2013
Atas permintaan teman-teman untuk beristirehat dan beramal bersama KHM, KHM bercadang untuk melaksanakan Program Wisata Rohani No 3 Jakarta/Bandung 5 hari 4 malam. Oleh itu, sekretariat sedang mengumpul maklumat peserta yang berminat untuk tujuan kami menempah tiket MAS dan hotel disamping menyusun pengisian program di sana. InsyaALLAH Dr Ridzwan Bakar akan turut serta dalam program ini. Harga akan kami maklumkan secepat mungkin kepada yang berminat (Mungkin dalam lingkungan RM1500, all in inclusive tiket penerbangan, hotel, makan-minum dan bas persiaran).
Bercuti, memantapkan rohani, shopping sambil beramal dgn KHM Dana Annuiti Akhirat.
Sila email ke kelabhajimuda@gmail.com . Sila berikan nama, no KP, dan bilangan ahli keluarga, teman-teman dan no HP untuk dihubungi.
Sila rujuk blog ridzwan-bakar.blogspot.com atau facebook/kelabhajimuda ; facebook/drridzwan untuk melihat program wisata No 1 dan No 2 sebagai contoh.
PROGRAM LAIN:
1. Wisata Rohani Beijing 29 Nov-6 Dis 2013 (Sudah Penuh 45pax)
2. Umrah Turki 23 Disember 2013- 5 Jan 2014 (Masih ada 6 seat)
3. Umrah SV Direct Madinah 12 Feb 2014-25 Feb 2014 (Masih ada 14 seat)
Sekretariat
Wisata Rohani KHM
Mensyukuri Ujian ALLAH
Catatan Tablet facebook.com/drridzwan
"..Terus gerakkan Komunitas Haji Muda (KHM), sehingga kamu capek dibendang rahmat ALLAH...."
Alhamdulilah, hari ini menerima surat dilanjutkan pinjaman saya ke Multimedia University untuk tempoh lagi satu tahun. Terima kasih kepada majikan saya (sebuah GLC), kerana mengizinkan saya untuk terus menerokai peluang, membantu Universiti ini dan merealisasikan visi peribadi saya bagi membantu golongan dhuaafa, fakir-miskin. Kombinasi professionalisma dan passion menjadi pemangkin gerak kerja transformasi.
Business Model yang sedang saya usahakan sedang dilaksanakan bagi membantu fakir miskin dan anak yatim. Dan InsyaALLAH, jika pilot projek ini berhasil langkah fasa ketiga akan direalisasikan. Fasa pertama sudah selesai. Fasa kedua, masyaALLAH sedang berhadapan dengan cabaran. Cabarannya bukan kecil.... Terima kasih kepada EXCO KHM Malaysia dan pendukung KHM Indonesia kerana terus istiqamah bersama saya.
Doa, Sokongan dan kerjasama semua sahabat-sahabat, followers, ahli keluarga dan volunteers adalah sangat bernilai tinggi kepada saya. Sudah tentu ALLAH menilainya lebih tinggi dari pandangan sisi manusia.
Pesanan seorang kiyai kepada saya baru-baru ini, "Usah cari glamour dan publisiti, tetapi rasailah kepenatan bekerja kerana disebalik kepenatan ada manisnya menanti. Terus gerakkan Komunitas Haji Muda (KHM), sehingga kamu capek dibendang rahmat ALLAH."
"Bukan mudah tetapi tidak mustahil:- DrRidz — with Amieza Ngadi and 7 others.
Monday, October 14, 2013
Selamat Berpuasa Arafah & Eid Adha Mubarak
Alhamdulilah, di pagi Subuh 9 Zulhijjah ini hati saya ceria luar biasa. Mungkin disebabkan dua program besar Kelab Haji Muda (KHM) 'Wadah Annuiti Akhirat' akan digerakkan pada 9 Zulhijjah (14 Oktober 2013):-
1. Tetamu & Tim Affiliate KHM Mekah dan beberapa sahabat KHM yang sudah berangkat ke Arafah akan melaksanakan amanah rakan-rakan followers KHM dalam program bantuan dhuaafa para jamaah Haji di Arafah. Bantuan dalam bentuk makan-minum yang simple dan tidak membebankan. Terima kasih kepada Tn Hj Mohd Arshad Ali, Ustaz Mohd Hasnil, Rosazmi dll yang kini berada di Arafah kerana membantu urusan ini.
2. Tim KHM Malaysia akan berangkat pagi ini ke Phnom Penh. Saya yakin mereka berpuasa pada hari ini, namun ianya bukanlah penghalang untuk melaksanakan amanah. Mereka akan bertemu dengan tim As Shabab KHM Kemboja untuk pelaksanaan ibadah Korban di bumi Kemboja khususnya di perkampongan golongan dhuaafa/fakir/miskin. Sebanyak 23 ekor lembu akan dikorbankan pada 10 dan 11 Zulhijjah.
Kepada semua petugas di Arafah dan Kemboja, selamat menjalankan tugas, moga ALLAH menerima usaha dan pengorbanan anda sebagai amal soleh. Amin.
Kepada peserta ibadah Korban dan penyumbang dana Wukuf Arafah, moga ALLAH menerima ibadah tuan/puan, diampunkan dosa dan kesilapan, di murahkan rezeki dan dihimpunkan bersama orang-orang soleh. Amin.
Wednesday, October 9, 2013
Bingkisan Untuk Orang Muda #1: Bergaul dengan orang Soleh
Saya jarang
menonton TV kecuali segmen ilmiah, sukan dan berita dunia/bisnes. Ketika
dijemput oleh TVi kelmarin, barulah saya sedari bahawa TVi ini memfokuskan kepada
anak-anak muda. Bila memasuki studio, kesemua krew dan pengacara adalah anak
muda. Penerbit rancangan juga orang muda. Maka terasalah bahawa saya “masih
muda”. Empat bulan lepas, saya melalui pengalaman yang sama bila dijemput live
satu jam dengan sebuah channel TV Indonesia. Senario yang sama iaitu Penerbit,
krew dan pengacara juga orang muda. Live satu jam terasa pantas berlalu
lantaran muda dan cerianya suasana ketika itu biarpun jam sudah menyentuh jam 11 malam.
Selesai
rakaman di TVi RTM IBC 7hb Oktober lalu, saya terfikir bukankah baik jika saya
berkongsi sedikit bingkisan untuk orang muda secara konsisten. Kita seharusnya bersedia untuk menjadi 'multi-skill'/ ‘multi-discipline’ dan boleh masuk
‘gear’ dengan semua rumpun manusia. Lebih-lebih lagi HAJI MUDA dan Kelab Haji
Muda membawa satu mesej yang jelas iaitu ayuhlah kita bina diri menerusi hadiah
ALLAH yang istimewa melalui Haji dan Umrah. Jom gi Haji/Umrah pada usia muda
supaya kehidupan terpimpin kerana hati diasuh untuk menilai sendiri hebatnya
ALLAH, sang pencipta.
Maka
teringatlah saya akan pesanan Saidina
Usman bin Affan mengenai lima syarat menuju insan yang bertaqwa. Bagi anak
muda, lipatlah lengan agar kita sama-sama menerokai pesanan ini:-
1. Tidak suka bergaul kecuali bergaul dengan
orang-orang yang sholeh/sholehah, yang menjaga lisannya.
Bergaul
dengan orang-orang sholeh kita akan mendapat
banyak bimbingan, kritik yang membina dan ketenangan. Ianya hanya dapat
diperolehi dari orang-orang yang hanya
mengucap kebenaran dan tiada kepentingan peribadi.
Kita semua insan
yang punya kelemahan. Kerana lemahlah
maka kita perlu mencari ruang pembaikan.
Mendampingi orang soleh akan memercik wangian kesolehan, tiada perkataan
yang sia-sia.
Justeru anak
muda,
sementara anda masih muda cubalah
dan usahakanlah menghampiri orang-orang soleh. Orang-orang soleh akan memimpin
adik-adik semua kearah kebaikan biarpun mungkin menyongsang arah nafsu anak
muda.
Bergaul dengan orang yang soleh/solehah bukan
maksudnya kita mengunci diri dan ‘anti establishment’. Bukan juga bermaksud
kita tinggalkan kawan-kawan. Juga bukan
bermaksud tinggalkan semua kemudahan dan fasiliti yang dihamparkan depan
mata. Orang soleh/solehah juga wujud di alam maya.
Wahai anak muda,
berusaha dan carilah jalan hidup yang benar
agar anda mampu mencapai darjat hati
yang bersih, tanpa punya keinginan dunia yang melampau. Kuasailah dunia untuk cemerlang di Akhirat. Usah diremehkan solat Subuh, kerana solat Subuh mengandungi kuasa hidup yang sangat HEBAT!
Saturday, October 5, 2013
MAKLUMAN
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
Sekiranya blog ini tidak diupdate lebih dari 2 hari, mohon ziarah facebook/drridzwan atau facebook/kelabhajimuda. InsyaALLAH tazkirah ringkas dan makluman terkini program KHM akan diupdate setiap hari di facebook/drridzwan.
Terima kasih.

Pelancaran Jam Tangan Tawaf KHm Jenama Rauha
Alhamdulilah dengan izin ALLAH, KHM menapak ke satu tahap lagi iaitu dengan melancarkan Jam Tawaf pada 29hb Sept 2013 lalu. Program KHM ini dihadiri oleh lebih 50 tetamu. Di dalam majlis ini, selebriti Johan dan Nora bersetuju untuk mejadi Duta Jam Tawaf KHM Rauha. Dalam majlis ini, 3% hasil jualan pertama Jam Tawaf telah disumbangkan ke Akaun Dana Annuiti AKhirat KHM bagi memulakan projek Pasentren Tahfiz anak yatim/ fakir miskin.
Foto: Majlis pelancaran Jam Tawaf
Foto: Jam Tawaf untuk Eksekutif dijual pada harga RM250
(Harga Promosi sempena pelancaran. Tag price RM350)
Foto: Jam Tawaf untuk Remaja dijual pada harga RM60
(harga promosi sempena pelancaran. Tag price RM120)
Pelancaran Dana Pasentren, Dana Wukuf dan Jam Tawaf
Masya Allah n Alhamdulilah, majlis ilmu, pertemuan KHM dan pelancaran jam tawaf Rauha serta pelancaran dana pasentren tahfiz Bandung telah selamat dilaksanakan pada 29hb Sept 2013. Terima kasih kepada semua yg terlibat khususnya exco KHM, Penasihat KHM, Dato Wan, ust Mohd hasnil, Bapak Dr Herry, akhi Amran, Prof Sidek, Azzah majalah nur, Tim Rauha hafiz dan din serta semua pendokong KHM. Tidak lupa kpd pengurusan masjid darul ehsan subang jaya. Juga terima kasih kepada selebriti Johan dan Nora untuk sama-sama membantu menjadi Duta Jam Tawaf KHM jenama Rauha.
KHM juga telah menyerahkan dana sebanyak RM25,000 untuk Maahad Tahfiz Nurul Ilm, Dana Wukuf RM10,000 dan Dana Pasentren Bandung Rp100 Juta.
Kepada anda semua, terima kasih. Moga usaha kecil ini diangkat sebagai amal soleh
Wednesday, September 18, 2013
MAKLUMAN KHM 24/2013: PERJUMPAAN KHM 29 Sept 2013
MAKLUMAN KHM 24/2013: PERJUMPAAN KHM, PELANCARAN JAM TAWAF DAN DANA TAHFIZ (MAKLUMAN AWAL; TERBUKA UNTUK SEMUA)
Alhamdulilah dan Insya ALLAH dengan izin ALLAH KHM ingin menjemput tuan-puan, semua followers, alumni Umrah KHM, alumni wisata KHM dan peserta wisata Beijing/ peserta Umrah Turki Disember 2013/ Umrah Jan & Feb 2014 untuk menghadiri program berikut:-
TARIKH: 29 SEPTEMBER 2013 AHAD
TEMPAT: MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA
MASA: 8.30am-12.00pm
AGENDA:
8.30am Solat dhuha di Masjid
9.00am Sarapan
9.30am Bacaan Al-Qur’an anak tahfiz
Kuliah Dhuha (InsyaALLAH ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar, Pembimbing Bertauliah Jamaah Haji Malaysia)
10.30am Pelancaran Jam Tawaf KHM
Pelancaran Dana Pasentren Tahfiz Bandung
Penyerahan cek dana untuk Maahad Tahfiz Al-Ilm
11.00am Dialog & Penerangan kemajuan Kelab Haji Muda: Cabaran dan Harapan
Dr Ridzwan Bakar, Presiden KHM
Tn Hj Sabtu Md Ali, Penasihat KHM
11.45pm Pendaftaran sukarelawan KHM & Bersurai/ Terima kasih
Peserta wisata Beijing mengisi borang VISA, menyerahkan paspot dan mengambil cenderahati.
Pendaftaran Umrah Turki 23 Dis 2013- 5 Jan 2014.
Pendaftaran Umrah SV (Direct Madinah) bulan Jan dan Feb 2014
Pendaftaran Wisata Rohani Jakarta/Bandung Dis 2013.
Jualan Dana amal KHM, Jam Tawaf, buku wakaf dll.
Bagi pihak Kelab Haji Muda, kami sangat-sangat mengalukan kehadiran tuan-puan/ followers dan sukarelawan kerana KHM sangat memerlukan sukarelawan untuk sama-sama menyumbang masa dan tenaga bagi mengerakkan banyak program yang sudah disusun.
Sila email ke kelabhajimuda@gmail.com atau respon ke posting fb ini kehadiran tuan-puan supaya kami dapat menganggarkan kehadiran untuk tempahan minum pagi.
Kehadiran tuan-puan amat-amat kami hargai.
Sekretariat
Kelab Haji Muda- Wadah Annuiti Akhirat
NGO ISLAM Berdaftar
facebook/kelabhajimuda
email: kelabhajimuda@gmail.com
Foto: Perjalanan menuju destinasi memerlukan perancangan, komitmen, kesabaran dan kesungguhan

Sunday, September 15, 2013
MAKLUMAN KHM 22/2013: KORBAN KEMBOJA
Foto: Lembu Korban tahun 2012 di Kemboja
ALhamdulilah dan InsyaALLAH KHM akan terus komited melaksanakan program berteraskan Haji/Umrah. Untuk makluman, antara success story program KHM pada tahun ini (2013) antaranya adalah:
1. Program Umrah/ Umrah Ramadan 2013
2. Menaja Program Iftar Ramadan di Mekah, Palestin, Bandung dan Malaysia.
3. Mencipta jam tawaf (akan dilancarkan pada 29hb September 2013)
4. Mengerakkan dana pasentren Tahfiz.
Sementara, program tahun 2012 yang memerlukan follow-up masih lagi diteruskan.
PROGRAM KORBAN 2013
A) InsyaALLAH, dengan izinNYA, KHM menjemput tuan/puan untuk menyertai Program Korban 2013 seperti butiran berikut:-
Tempat Korban: Kemboja (Diuruskan oleh Institut Pendidikan Islam As-shabab, Kemboja).
Harga: RM250 satu bahagian = RM1,750 untuk satu ekor lembu (jauh lebih murah dari program lain).
Nota: Harga RM1,750 ini adalah HARGA KOS.
KHM tidak ambil sebarang komisen bagi kerja amal ini. Semua wang korban akan dihantar terus ke Kemboja. Pun begitu, KHM mengalu-alukan peserta korban untuk memberi sedikit sumbangan ke Akaun Operasi KHM contohnya memberi RM2,000 untuk seekor lembu atau 10% dari nilai harga korban- Tiada paksaan). (Harga korban di Malaysia lebih kurang RM4,200 satu ekor = RM600 satu bahagian).
B) Faedah Menyertai Program KHM:
1. Daging korban akan diagihkan kepada fakir miskin dan madrasah pendidikan (pelajar-pelajar) yang amat memerlukan.
2. Membantu dana pembangunan Institut Pendidikan Islam As-Shabab (mereka memerlukan perpustakaan dan asrama penempatan pelajar).
3. Diuruskan oleh orang yang amanah.
C) Bagaimana untuk menyertai?
1. Sila email ke kelabhajimuda@gmail.com. Sila tinggalkan nama penuh, no HP dan bilangan atau bahagian
(ekor) lembu untuk tujuan korban ini.
2. Sekretariat KHM akan terus menelefon tuan/puan untuk tindakan susulan seperti mengisi borang dan makluman No Akaun KHM Biznetwork.
3. Tidak dibenarkan memasukkan wang ke KHM Dana Annuiti AKhirat. Bayaran akan diminta bila aqad dan pengesahan dari Kemboja diperolehi.
4. Kami akan buat tempahan bagi pihak tuan-puan dan KHM perlu bayar USD200 untuk deposit tempahan.
PERHATIAN:
Sebagaimana amalan korban KHM tahun 2012, KHM tidak mengambil untung atau komisen untuk kerja-kerja amal ini. Kami Cuma menguruskan hasrat tuan/puan melakukan ibadah korban. InsyaALLAH, jika tuan-puan ikhlas menghulurkan RM lebih dari kos RM250/bahagian, wang lebihan ini akan kami gunakan untuk kerja amal lain atau menghantar wakil KHM untuk memantau proses korban di Kemboja (meliputi kos pesawat, hotel dll).
D) Tarikh tutup tempahan:
30 September 2013 Siapa tempah dahulu, dia dapat.
Terima kasih.
Saturday, September 14, 2013
Makluman KHM 21/2013: UMRAH CUTI SEKOLAH DISEMBER 2013
Blue Mosque Turki (Sultanahmet Camii)
PROGRAM: UMRAH TURKI Cuti Sekolah 23 Dis 2013-5 Jan 2014
Alhamdulilah atas permintaan sahabat2, Insya ALLAH Program Umrah + Ziarah Turki dirancang pada 23 Dis-5 Jan 2014 (4 hari Turki + selebihnya Umrah). Sehingga semalam sudah 7 orang mendaftar. Alami sendiri pengalaman Umrah musim sejuk disamping menghayati sejarah Islam di bumi Turki.
Harga: RM7,290
Pesawat: Turkish Airlines
30 seat-Tempat Terhad. Kursus Umrah akan bermula selepas semua 30 peserta mendaftar.
Mendaftar: sms 011 2716 8283 (Tinggalkan nama dan no tel/HP).
Email: kelabhajimuda@gmail.com / drridzwanbakar@gmail.com
Ambillah kesempatan Visa Umrah yang dibuka awal dan cuti sekolah untuk beramal disamping beristirehat/bercuti.
Nota: Subjek kepada kelulusan Visa Umrah musim Sejuk
Wednesday, September 11, 2013
Program Pengurusan Kewangan
Alhamdulilah, program pembangunan Pengarah dan Pengurus Koperasi Malaysia berjalan dengan baik hari ini. Peserta didedahkan dengan keperluan memahami wang dan bagaimana menguruskan kewangan khususnya berkait dengan pengurusan modal kerja. Islamic Finance diterapkan disetiap elemen kuliah ini. Program active learning ini banyak manfaatnya khususnya kepada diri saya sendiri.
Makluman KHM 20/2013 Dana Pasentren Tahfiz Bandung
Pembinaan Pasentren Tahfiz Dhuaafa@ anak yatim Bandung sedang berjalan.
Bantuan kewangan diperlukan.
Akaun: KHM Dana Annuiti Akhirat,
Bank: Bank Islam Tuesday, September 10, 2013
Makluman KHM 19/2013: Dana Pasentren Tahfiz
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Merujuk kepada update facebook/drridzwan facebook/kelabhajimuda beberapa hari lalu, di entri ini saya ingin memaklumkan dua (2) projek yang memerlukan sokongan tuan/puan/followers:-
1. Dana SEGERA/URGENT Pembelian Rumah untuk pelajar Tahfiz (Asrama)
(DANA DIPERLUKAN: RM42,000).
Harga Rumah: RM280,000
Pinjaman diluluskan: RM212,500
Bayaran Pertama 10% telah dibuat sebanyak RM28,000. (Short RM42,000)
Oleh kerana bank hanya meluluskan 75% dari nilai belian rumah, maka pihak Maahad Tahfiz ini amat terdesak memerlukan RM42,000 untuk mencukupkan 25% bayaran rumah dan kos guaman. Pihak bank memberi tempoh hingga 2hb Oktober untuk penyelesaian ini.
Lokasi Bangunan: Maahad Tahfiz Nurul Ilm, Shah ALam
Bayaran Bulanan pinjaman bank: RM1,300 sebulan selama @ 30 tahun
OPERASI:
a) Dana ini dibuka mulai hari ini hingga 27hb September 2013. Terus masukkan sumbangan anda ke Akaun:-
KHM Dana Annuiti Akhirat,
Bank Islam No Akaun 1418001-0013422
b) Mana-mana individu yang ingin terus infaq RM42,000 ini, bolehlah sms saya di 011 27168283 atau email drridzwanbakar@gmail.com
2. Dana Pasentren Tahfiz Anak Yatim Bandung
Projek sudah dimulakan. Anggaran kos dijangka sekitar Rp300 Juta (belum confirm). Dana awal telah disumbangkan oleh Yayasan Telkom Indonesia sebanyak Rp50 Juta pada 17 Ramadan/ Julai 2013 ketika kunjungan saya ke Bandung.
Lokasi: Sebelah Masjid Abu Bakr As-Siddiq desa Bojongloa Bandung.
OPERASI:
Terus masukkan sumbangan anda ke Akaun:-
KHM Dana Annuiti Akhirat,
Bank Islam No Akaun 1418001-0013422
Pelancaran rasmi Dana akan dibuat pada 29hb September 2013 dan tarikh tutup akan dimaklumkan selepas anggaran kos projek telah diserahkan kepada KHM.
Moga ALLAH menerima sumbangan anda sebagai amal soleh. MasyaALLAH & TabarakALLAH

Wednesday, September 4, 2013
Islamic Leadership Program
Alhamdulilah dengan izin ALLAH, one day Islamic Leadership Program telah berjaya dilaksanakan untuk client PERKESO Malaysia. Program di hadiri oleh seramai 40 orang Pegawai Kanan Perkeso Ibupejabat.
Program ini adalah modul latihan Kepimpinan Tahap 1 bagi memberi kefahaman akan pentingnya Islamic Leadership diterapkan ke dalam organisasi.
Foto: Bersama Presiden Persatuan Eksekutif Perkeso dan
Menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta program
Tuesday, August 27, 2013
TIPS HAJI #1/2013: AURAT
Foto: Banyak tips Haji/Umrah dikongsikan di buku ini
Ramadan telah berlalu meninggalkan kita. Suasana keceriaan Ramadan, kejernihan hati dan kesibukan jasad kian menyepi. Shawal yang ada juga hampir meninggalkan kita.
Bagi mereka yang sudah menyiapkan Pusat Enam, Tahniah diucapkan. Bagi mereka yang masih terkial-kial mencari waktu, masa masih ada. Bagi jamaah haji yang terpilih, Tahniah! Anda sangat istimewa kerana menjadi Tetamu Khas ALLAH.
Ramadan mengajar kita berakhlaq dan beradab. Antara adab terpenting ialah menjaga solat dan aurat.
Wahai saudara/iku,
Saat anda mendirikan shalat menghadap Allah swt tentu anda berpakaian lebar dan panjang. Anda tentu tidak berani berpakaian ketat dan pendek. Anda tentu tidak berani menampakkan sebagian atau seluruh bagian auratmu, atau menampakkan bentuk lekuk-lekuk tubuhmu.
Solat membentuk akhlaq diluar solat. Justeru, sama jugalah halnya di dalam kehidupan sehari-hari di luar (selain waktu solat). Tentu sekali kita disyariatkan untuk tidak menentang Allah dan Rasul-Nya. Kita semua tahu dan faham yakni ajaran Islam adalah termasuk cara berbusana yang bukan sekadar ketika mengadap ALLAH ketika solat , bahkan perlu diamalkan dalam semua aktiviti kehidupan.
Bagi jamaah haji, kursus-kursus haji mengingatkan kita supaya menjaga aurat samada lelaki mahupun wanita. Pakaian ketika di luar waktu solat di Mekah dan Madinah sehendaknya sama dengan ketika jamaah bersolat.
Solat juga perlu dipelihara khususnya solat dalam pesawat, ketika bermusafir Mekah-Madinah dan sentiasa perlu berjamaah di dalam Masjidil Haram/ Nabawi. Peluang anda mengaut laba yang dijanjikan, sudah tentu menjadikan insan yang tidak dijemput ALLAH ke tanah suci merasa cemburu.
Wednesday, August 7, 2013
Eid Fitr: Rapatkan Saf Perjuangan
Catatan Tablet Ridzwan facebook/drridzwan
************************
Sumber: Utusan Online 7/8/2013
Ramadan mengajar kita supaya memupuk ukhuwah dan merapatkan saf perjuangan. Ummah merindui pemimpin yang adil, kestabilan ekonomi dan masyarakat muslim bersatu mempertahankan aqidah dan ekonomi. Saya berdoa moga parti-parti politik Islam Melayu Malaysia dapat bersatu di dalam isu-isu survival ummah. AMIN!
Hampir saban hari Islam dan Melayu Malaysia dihina, tetapi kita seolah-olah kaku membisu. Penghinaan yang sangat menguris hati Islam & Melayu. Esok mereka akan serang Islam dan Melayu lagi sehingga kuasa politik Islam Melayu berakhir. Undang-undang yang ada amat rapuh dalam menjaga keharmonian Islam dan masyarakat majmuk Malaysia. Usah ditunggu kuasa politik hilang baru kita hendak melakar destinasi hidup anak bangsa....
Ramadan telah memgembalikan kita kepada fitrah dan malam ini kita bertakbir MEMBESARKAN ALLAH ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHUAKBAR!....dan MENEPIS MUSYRIKIN yang sentiasa dengki dan membenci Islam.
Kepada rakan-rakan bukan Islam, hargailah ISLAM dan janganlah menghina ISLAM atau suka-suka bersandiwara dengan ISLAM. Kerana ISlamlah maka Cina dan India MAlaysia mampu hidup aman, selesa dan mengumpul kekayaan.
Sumber: Utusan Online 7/8/2013
AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 5 Ogos 2013 menyiarkan artikel mengenai sebab-sebab kenapa orang Cina mahukan kuasa politik.
Artikel bertajuk Rakan kongsi paling sesuai Mahathir yang ditulis oleh Kang Bi disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C8. Siapakah sebenarnya si Mahathir (?) Persoalan dalam kurungan ini saya tidak berani sentuh mengikut pandangan saya sendiri. Saya tidak sanggup berbuat demikian kerana bimbang akan tersilap membuat andaian. Saya juga tidak bermaksud menjadikan orang tua brother Mahathir ini sebagai rakan karib atau adik beradik saya. Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau masih lagi tidak mahu senyap, sebaliknya sentiasa bersuara, cakap itu dan ini.
Baru-baru ini beliau berkata, orang Melayu dan Cina mempunyai peranan masing-masing. Peranan orang Melayu adalah menjaga politik dan peranan orang Cina pula menjaga ekonomi, itu adalah yang paling sesuai. Beliau berkata, jika orang Cina menjaga politik, negara akan menjadi tidak aman dan jika orang Melayu menjaga ekonomi, negara akan bankrap. Sebab itu politik biar dijaga oleh orang Melayu dan orang Cina menjaga ekonomi.
Awak cari untung, saya boleh bazirkannya. Sudah tentu cara itu sangat ideal. Tetapi ini ada kaitannya dengan keseimbangan kuasa dan wang, sama ada kuasa itu penting ataupun duit yang lebih penting?
Mahathir berkuasa lebih 20 tahun dan beliau kenal erti kepentingan politik. Semasa kuasa berada di tangan, beliau boleh memerintah dan mampu membuat apa sahaja yang diinginkan. Gunakan kuasa dan kekayaan negara untuk membeli bank dan syarikat. Banyak ahli perniagaan yang telah bertungkus lumus bekerja, tetapi bila-bila masa sahaja boleh dipaksa menyerahkan syarikat mereka. Apa boleh buat, walaupun kita ada duit?
Kita bukan tidak tahu siapa yang sangat kaya di negara ini. Nama itu saya tidak ingat lagi. Adakah beliau dimasukkan ke dalam penjara? Ini bermakna kuasa boleh mewujudkan keadilan, ada kuasa ada keadilan.
Hari ini masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina dari segi politik, kewangan, bahasa dan pendidikan berpunca kerana mereka tidak mempunyai kuasa. Masyarakat Cina dihina dan ketidakadilan terhadap kaum itu jelas terpapar di depan mata kita. Anak-anak Cina yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, tidak mendapat biasiswa dan tempat untuk memasuki universiti. Bukankah pihak kerajaan agak keterlaluan?
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU- 13), orang Cina dituduh melakukan tsunami politik. Sebenarnya ia bukan begitu. Apa yang kita nampak, orang Melayu selepas PRU-13 lebih banyak melakukan tsunami apabila mereka mula menyimpan dendam dan menghukum orang Cina.
Perkara ini boleh dilihat dengan jelas termasuk isu penutupan jalan Jonker Street di Melaka. Sudah pasti selepas ini akan timbul banyak lagi isu-isu lain secara berturutan yang berpunca daripada tindakan orang Melayu ingin membalas dendam.
Memang benar orang Melayu tidak pandai berniaga. Adalah bagus juga pihak kerajaan memberikan orang Melayu tongkat dan kereta sorong.
Biar mereka duduk sahaja sambil menerima duit yang bertimbun-timbun. Mereka mendapat habuan daripada hasil usaha orang yang bertungkus lumus mencari rezeki. Buat apa Melayu nak berniaga! Kerana orang Cina lagi bijak berniaga dan banyak membuat untung. Hari ini tidak lagi kedengaran suara yam seng (minum untuk menyambut kemenangan). Hanya kedengaran sekarang suara untung! untung! untung! Selalunya masyarakat Cina akan tanamkan dalam fikiran anak-anak mereka bagaimana cara berniaga untuk mendapat keuntungan dan macam mana boleh untung besar. Bagaimanapun mereka terlupa bahawa apabila wang telah banyak ketika kita tiada kuasa politik, semua harta dan duit bukankah bulat-bulat akan diserahkan kepada orang lain?
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130807/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2bGr4nphE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, July 30, 2013
Ummah Sustainability: Kita Terus Lemah...
Catatan Tablet Ridzwan
UMMAH MALAYSIA SUSTAINABILITY: KITA TERUS LEMAH WALAUPUN DI BULAN RAMADAN.
Asalnya tulisan catatan tablet ini agak pendek dan ringkas untuk fb saya. Oleh kerana ianya panjang, maka saya upload ke blog sebagai bahan untuk kita fikirkan mengenai ‘ummah sustainability’.
Semalam diberitakan kecoh disebuah sekolah depan rumah saya bila Pengetua SM Alam Megah di Seksyen 27 Shah Alam telah bising kepada pelajar-pelajar bukan Melayu untuk kembali ke tanah asal mereka (semasa perhimpunan sekolah Isnin lepas).
Bagi saya, kes ini adalah adalah proxy kepada ketidak puasan hati orang Melayu kerana kelemahan sistem pendidikan yang terlalu mengikut “bangsa” sehingga penyatuan Negara Malaysia kelihatan sukar. Guru-guru Melayu kebanyakkannya tertekan dengan beberapa dasar dan polisi pendidikan yang bersistem tetapi tidak efisien. Hanya guru dan keluarga guru sahaja memahami isu ini. Masyarakat dan ibubapa hanya mencari salah guru dan pentadbir serta gagal memahami keputusan mesyuarat PIBG seperti dalam kes Sekolah Sri Pristina. Isu kecil dijadikan perkara rasis.
Berdasarkan observasi peribadi, serangan dan isu berkait Islam dan Melayu dibuat hampir setiap bulan sejak tahun 2008. Dalam keadaan ini, kita kelihatan lemah dan hanya menunggu siapa yang harus ke hadapan dalam pertahankan hak ummah. Pemimpin politik sudah jauh menyimpang dan selfish, hanya perlu tunggu bahang panas yaumul hisab sebagai ‘komisen’.
Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kejayaan telah dicapai ummah sungguhpun mereka melaksanakan tuntutan Ibadan Ramadan dan berpuasa (Cth Badar, Khandak, pembukaan Kota Mekah dan pembebasan Andalusia). Hari ini saya terpanggil untuk mengupas persoalan ‘ummah sustainability’ yang saya merasakan semakin tidak terkawal dan menghakis keyakinan rakyat.
Didalam bulan Ramadan ini sahaja perkara mendukacitakan ummah berlaku:-
1. Penghinaan terhadap Ramadan dengan isu berbuka puasa dengan sup babi.
2. Mengutuk Islam secara berleluasa
3. ISU kalimah ALLAH
4. JAWI diserang kerana isu Miss Malaysia
5. Vatican membuka cawangan bertaraf duta di Malaysia
6. Guru Besar Sri Pristina dikecam hebat tanpa protection secukupnya dari pemimpin politik dan NGO.
7. Orang Cina bukan Islam menjual Qur’an di Bukit Bintang.
Semalam diberitakan bahawa Persidangan Kebangsaan Persatuan2 Cina Dong Zhong membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Msia 2013-2025. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menjadi mangsa, ia dianggap rasis & perkauman kerana didakwa menghapuskan bahasa ibunda kaum Cina serta India. Bantahan ini turut disokong oleh beberapa orang Melayu Islam.
Saya tidak Nampak bagaimana lagi nak satukan rakyat Malaysia selain semua bersetuju untuk belajar menggunakan system pendidikan Negara Malaysia tanpa menghapuskan nilai agama, amalan tradisi kaum dan bahasa ibunda. Mengapa rakyat Malaysia khususnya Cina dan India tidak boleh bersetuju untuk semua anak2 bersekolah di sekolah kebangsaan. Perlu diingat, Sekolah Kebangsaan bukan sekolah Melayu. Ianya adalah national school!
Di sudut lain, saya melihat 1Malaysia adalah slogan yang gagal. Kerana 1Malaysialah apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama rasmi telah tenggelam oleh keterbukaan amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik.
Kita lihat slogan ‘ONE ISRAEL’. konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an. Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu.
Akhirnya "kerana 1Malaysia", orang Melayu Islam terus dipijak. Sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi backfire kepada Melayu dan Islam. Kelemahan pemimpin politik Melayu Islam semakin merimaskan.
Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia.
Begitu juga, ramai umat Melayu dan Islam di negara berpandangan bahawa hubungan dengan Vatican City tidak penting kepada Malaysia, tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.
Apa signifikannya Vatican kepada pembentukan anak Malaysia dan keharmonian Tanah Melayu tercinta ini?
Di mana survival ummah?
Mempertahankan ummah bukan bererti kita menindas kawan2 bangsa Cina dan India. Islam adalah aadil wal ihsan.
Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman
” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".

Surah Al Baqarah ayat 120
Monday, July 15, 2013
Makluman KHM 18/2013: Dana Iftar Ramadan
Foto: Penyerahan cek oleh wakil KHM Tn Hj Azmi kepada
Pengetua Maahad Tahfiz Anak Yatim Darulaitam Perak pada Ahad 14 Julai 2013
Foto: Agihan pertama makanan Ramadan di kota Mekah untuk fakir miskin
diuruskan oleh affiliate member KHM di Mekah Tn Hj Arshad
Di malam yang penuh dengan keberkatan ini, dan dengan kasih sayang rahmat ALLAH, sukacita saya maklumkan bahawa kesemua dana iftar Ramadan 2013 telah dihantar dan diagihkan ke Mekah (RM25,200), Gaza (RM5,500), Indonesia (RM13,338) dan Malaysia (RM6,900).
Moga ALLAH merahmati dan memberkati amalan bersedekah/infaq yang telah tuan/puan lakukan demi menyahut seruan KPI Ramadan- TAQWA. Amin!
Untuk update terkini, sila layari facebook/drridzwan atau facebook/kelabhajimuda
KHM Umrah Ramadan 2013
Foto: Bersama jamaah umrah KHM di KLIA
Sunday, July 7, 2013
Corporate Governance in Islam
Alhamdulilah, perkongsian ilmu telah dibuat di Persidangan Pengarah-Pengarah KPT (Bhg Politeknik) Hotel Pullman Kuching, 2 Julai 2013. Ceramah bertajuk: Corporate Governance in Islam. Peserta adalah Pengarah-pengarah kampus dan pegawai kanan KPT seluruh negara.
Diskusi menarik dan kupasan berkait kekeliruan masyarakat mengenai korupsi dan tataurus.
Apa sebabnya governance sukar dilaksanakan?
Mengapa korupsi sangat bahaya dalam usaha kita membangunkan ummah dan negara?
Mengapa korupsi masih berlaku dalam keadaan pelbagai undang-undang diperkenalkan?
Mengapa orang kaya, ternama dan juga cerdik pandai melakukan korupsi?
Mengapa orang yang mengaku ISLAM juga tidak terkecuali dari melanggar governance?
Mengapa golongan ilmuwan dan ustaz-ustaz juga terlibat dengan poor governance?
Adakah Pejabat agama, Masjid atau institusi amanah Rakyat seperti Tabung Haji mempunyai tataurus yang baik?
Jika demokrasi menjadi asas hidup manusia, mengapa Dr Mursi Presiden Mesir perlu dijatuhkan? Di mana governance dalam konteks demokrasi?
Jika human rights menjadi asas hidup berdemokrasi, dimana hilangnya hak orang Islam untuk merealisasikan human rights? ATAU orang Islam dan mukmin dikecualikan dari layanan human rights?
Akhir sekali saya kupas, Di mana jalan lurus....dan bolehkah kita melakukan transformasi hidup?
Di kesempatan tersebut, saya juga sempat mengupas bab Haji dan Ramadan dalam percerahan ilmu ini. Adakah Haji/Umrah dan Ramadan mampu mencerahkan harapan kembalinya manusia kepada governance aturan ALLAH, menjadikan AL-Qur'an sebagai asas governance?
Terima kasih kepada penganjur khususnya Dato' Mohsin (Ketua Pengarah) , En Shahbudin (Timb Ketua Pengarah Strategik), Pn Ros, sekretariat dan semua terlibat menjemput dan membantu menjayakan majlis pencerahan ilmu ini. MasyaALLAH TabarakALLAH.
Saturday, July 6, 2013
Makluman KHM 15/2013 Umrah Ramadan 14-27 Julai 2013
Kepada semua peserta Umrah Ramadan KHM 14-27 Julai 2013 Direct Flight SAUDI AIRLINES KL-MADINAH.
Alhamdulilah dengan izin ALLAH, Sukacita dimaklumkan, Visa Umrah tuan/puan telah diluluskan. Pihak sekretariat KHM dan saya sendiri akan menghubungi tuan/puan. Majlis diskusi Umrah dan taklimat ringkas akan dibuat di teratak kampong mak saya di Klang malam ini. Berkumpul untuk solat berjamaah Maghrib, bacaan yasin dan diskusi umrah. MasyaALLAH & TabarakALLAH. — with Kelab HajiMuda.

Makluman KHM 14/2013
MAKLUMAN KHM 14/2013 DANA IFTAR RAMADAN
ALhamdulilah, amanah yang tuan/puan berikan kepada kami untuk menguruskan Dana Iftar Ramadan di Mekah dan Indonesia telah selamat disempurnakan pada pagi Hari JUmaat 5 Julai 2013.
Untuk makluman, walaupun Akaun sudah ditutup dengan jumlah kutipan RM38,000, masih ada beberapa hambaALLAH telah melengkapkan dan menambah nilai ini. Justeru, dana (final) yang telah dihantar adalah seperti berikut:
Mekah: RM25,200 (Tn Hj Mohd Arshad Ali, mohon respon di FB/drridzwan ini jika dana sudah masuk akaun).
Indonesia: RM13,338 = Rp39 Juta.
Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan menerima setiap amal kita. AMin! —

Sunday, June 30, 2013
Makluman KHM 13/2013
Makluman KHM 13/2013
Alhamdulilah sukacita dimaklumkan bahawa
1. Jumlah keseluruhan Program Iftar Ramadan 2013 ialah sebanyak RM38,000 (Sumbangan peserta RM36,759 selepas tutup akaun dan audit + tambahan RM1,241 disediakan oleh KHM BizNetwork dan KHM DAA untuk mengenapkan jumlah dana menjadi RM38,000). Pihak KHM akan menguruskan penghantaran dana ke Mekah sebanyak RM25,000 dan Indonesia RM13,000 dalam minggu ini, InsyaALLAH.
2. KHM juga akan membuat sumbangan sebanyak RM5,500 untuk program iftar Ramadan di Masjid Al-Aqsa dan Gaza Palestin.
Terima kasih kepada semua penyumbang program Dana Iftar Ramadan 2013. —

Sunday, June 23, 2013
Tahniah! Ramadan Kian Hampir
Nota: Kepada Penyumbang Dana Iftar, sila tick item no 10 checklist Ramadan diatas.
Alhamdulilah, Ramadan kian hampir.
Malam ini pula adalah malam nisfu syaaban. Saya tidak berminat untuk
membahaskan isu baca yasin malam nisfu syaaban. Sesiapa rasa hendak beramal,
silakan. Sesiapa merasakan tidak mahu beramal dengan yasin, bacalah ayat Qur’an
lain. Yang silapnya, jika baca yasin kita berpendapat bidaah, ayat Qur’an lain
tidak dibaca tetapi busy dengan facebook, twitter, Astro dsbnya.
Jika sesiapa hendak berpuasa sunat 15
Syaaban/puasa Isnin Khamis silakanlah. Yang tidak mahu berpuasa, nikmatilah
peluang breakfast, lunch dan minum petang. Sesiapa hendak bangun malam ini
untuk bertahajud, silakanlah dan sesiapa hendak tidur pula teruskanlah.
Kita adalah pilot pesawat hidup kita
sendiri. Pandulah pesawat tuan/puan ke destinasi yang baik selagi ianya tidak
bertentangan dengan aqidah dan syariah. Islam itu indah dan mudah, tidak perlu kita
merumitkan perkara yang mudah. Juga tidak perlulah kita bertegang leher dengan
pendapat dan ilmu kita sehingga ukhuwah dan mahabbah dipinggirkan.
Juga Alhamdulilah, Tabung Dana Iftar
Ramadan:-
Jumlah terkini (sehingga 20 Jun
2013) ialah RM34,159
Sasaran: RM48,000
Prestasi: 71.2%
Untuk makluman,
baki terakhir (terkini) dana iftar ini belum diaudit sehingga penyata online
bank diperolehi hari ini atau esok/Isnin. KHM mengamalkan dasar integrity dan
semua transaksi adalah telus/transparent kepada semua penyumbang. Kesemua nilai
dana diperolehi akan terus dihantar ke Mekah dan Indonesia. Kos operasi akan
ditanggung oleh “individu-individu tertentu”. Jika anda mahu melantik diri anda
sendiri di dalam senarai “individu-individu tertentu ini” sila email kepada kelabhajimuda@gmail.com cc drridzwanbakar@gmail.com.
Kepada
sahabat-sahabat KHM di Mekah dan Indonesia, maafkan kami kerana tidak dapat
menghantar dana seperti yang disasarkan
iaitu RM32,000 (Mekah) dan RM16,000 (Indonesia) (Fund Achievement
71.2% only). Kami akan buat keputusan terbaik
untuk agihkan dana RM34,159 ini dan akan dihantar InsyaALLAH minggu depan.
Terima kasih kepada tuan/puan yang berusaha
keras untuk bersama KHM di dalam melengkapkan buku amal kita. Kami Cuma
menyediakan platform amal untuk manfaat kita bersama. Moga ALLAH mengangkat
amalan sedeqah tuan/puan ini sebagai amal soleh. Amin.
Friday, June 14, 2013
Makluman KHM 11/2013 Dana Iftar & Wisata Beijing
Assalamualaikum,
ALhamdulilah, sukacita dimaklumkan status program berikut:-:
1. Dana Iftar Ramadan untuk Fakir Miskin/Dhuaafa (Mekah & Indonesia)
Status Dana: RM29,971
Sasaran Dana: RM48,000
Tarikh Tutup: 21 Jun 2013 (Jumaat)
2. Wisata Beijing 30 Nov-6 Dis 2013
Hanya tinggal 3 lagi tempat kosong.
3. Umrah Ramadan Direct Flight SV KL-Madinah 14-26 Julai 2013
Ditutup.
Moga ALLAH menerima usaha, kesabaran dan amalan kita.
Tuesday, June 11, 2013
Palestin Gaza: Cairnya Sebuah Harapan
Palestin Gaza: Cairnya Sebuah harapan
Bukan mudah untuk laksanakan kerja amal. Ianya
bagai “mencari penyakit” dan bila sakit hadir maka kita “perlu cari ubat sendiri”. Bak kata segelintir
teman-teman saya,
“Buat apalah susah-susah hidup. Kau bukan glamour. Kalau
selebriti barulah program-program kerja amal dapat berjalan dengan lancar.
Masyarakat mengangkat selebriti sangat tinggi, dan orang-orang yang berusaha
ikhlas sukar mendapat tempat.”
Jika
dihitung ungkapan ini, ada juga kebenarannya. Ia mungkin boleh melemahkan azam
bahkan bisa juga menjadi hamparan cabaran mengukur keikhlasan diri. Pengalaman
banyak mentarbiah saya. Melaksanakan ibadah atau kerja amal adalah berkait
dengan ACTION bukan sekadar ceramah membasahi gusi.
Semalam saya berkomunikasi dengan seorang pemuda Palestin
Gaza. Beliau sangat-sangat mahu menghidupkan NGO Islam Gaza dan memohon
kerjasama dengan KHM. Harapan yang sangat mengunung (saya ada kongsi email
beliau dalam blog ini dan facebook/drridzwan pada awal bulan Mei 2013). Tetapi
kemampuan saya/kita terbatas dan sokongan pula hampir sifar. Pemuda ini sangat istiqamah dengan harapan yang telah kami lakarkan. Setiap minggu beliau akan menghantar email dan sms kepada saya walaupun terpaksa bersusah payah mencari lokasi sesuai untuk access internet di Gaza yang hampir musnah itu. Kesungguhan beliau sangat menyentuh hati kecil ini. Setelah lebih sebulan, maka saya
menelefon beliau dan berat hati untuk berkata,
“Ya akhi, I love muslim and mujahideen of Palestine.
I am so proud of you. I wish if I could be amongst ikhwan who struggle to
protect Palestine/Gaza. InsyaALLAH, One day together we free Baitulmuqaddis. I
acknowledge your seriousness to formalize Muslim NGO Gaza. Unfortunately, I
have many limitations. I am deeply regret to inform you that ‘our plan’ to
establish muslim NGO Gaza-KHM has to be postponed. I am very sorry and may ALLAH forgive me.”
Anak muda ini berkata, “I really hope our wish will
come true. Please visit Gaza. I will wait you in the border entering Gaza. I
will prepare all necessary support and documentation to see you in Gaza....Please come alone if nobody want to accompany you..”
Ianya satu bentuk kesedihan yang tidak mampu saya
tahan lagi. Harapan anak muda Palestin
ini yang akan dipertanggungjawabkan depan ALLAh nanti. Harapan yang tidak mampu
saya laksanakan.
Ya ALLAH, maafkan hambaMU…..
Sunday, May 26, 2013
Tausiyah untuk muslimah: Persiapan Ramadan
Sudah sedia untuk menjadi tetamu istimewa Ramadan?
Ramadan
akan muncul beberapa minggu lagi. Cuaca
panas yang dilalui sekarang ini mengingatkan kita akan Ramadan, Mekah, Madinah
dan pengorbanan yang seharusnya menjadi habit kita. Di dalam entri terdahulu, saya mengajak diri
saya, keluarga saya, rakan, jiran, follower dan pembaca blog ini untuk kita
melaburkan sedikit wang/rezeki untuk menjayakan program IFTAR RAMADAN ON THE STREET DI MEKAH dan INDONESIA. Kami (Kelab Haji Muda) menyediakan ruang
untuk anda meningkatkan uncang amal apatah lagi
dengan memberi makan fakir miskin di bulan Ramadan dan ditempat yang
mulia.
Entri
ini pula mengajak tuan/puan ke satu lagi tahap untuk kita membentuk diri supaya
hati kita dapat dijinakkan.
Wajibkah
membayar zakat emas yang dipakai oleh wanita sebagai perhiasan yang tidak
diperjual belikan?
Mengapa entri ini ditulis?
Bersandarkan pengalaman dan pemerhatian lebih
20 tahun, terdapat sedikit kelalaian
kita mengenai perkara ini. Kerana sayang isteri, si suami menghadiahkan barang
kemas/emas. Kerana sayangkan ibu, si anak berkorban membelikan barang kemas
untuk emak. Alhamdulilah! Satu nikmat
hidup yang dihargai oleh para wanita.
Sikap suami dan anak sebegini seharusnya dipuji.
Dalam penelitian saya, ramai antara kita mula
“berkira-kira ZAKAT” pada akhir setiap tahun. Sebab utama dibuat pada bulan
Disember setiap tahun hanya semata-mata untuk memastikan bayaran zakat boleh
dibuat tuntutan rebat cukai pendapatan.
Saya/KHM mencadangkan:
1. Buatlah pengiraan zakat
dalam bulan Syaaban, dan keluarkanlah zakat dalam bulan Ramadan. Perkara ini perlukan
perancangan supaya ‘haul’ harta kita jatuh dalam bulan Ramadan. ALLAH lebih
tahu niat kita.
2. Kepada
para muslimah, usah lalai diulit emas di dada, dilengan dan di jari. Perhalusi
fatwa di bawah dan jika sudah cukup nisab, buatlah kiraan untuk membayar Zakat
Perhiasan.
Hakikatnya,
beratnya tugas ayah dan suami di medan mahsyar nanti jika kita lalai atau lupa
membayar zakat perhiasan yang telah dihadiahkan kepada kita. Ayah dan suami
bekerja keras di dunia untuk membahagiakan kita maka usahlah bebankan mereka
ketika dihisab di Akhirat nanti. Banyak perkara akan menjadi beban ayah dan
suami di medan mahsyar. Dosa isteri dan anak turut diperhitungkan. Isteri dan
anak tidak solat, membuka aurat dll akan menjadikan ayah dan suami anda
terbeban biarpun mungkin ayah dan suami anda seorang yang tidak tinggal solat
dan seorang yang baik hati.
Bacalah petikan
FATWA di bawah untuk perhatian kita bersama.
ADMINISTRATION OF THE
RELIGION OF ISLAM
(STATE OF SELANGOR)
ENACTMENT 2003 (GAZETTED 23 JUNE 2005)
FATWA
UNDER SECTION 47
PURSUANT
to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of
Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of
Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa
as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the
Enactment.
JADUAL/SCHEDULE
KADAR ‘URUF EMAS PERHIASAN DI NEGERI
SELANGOR
Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri
Selangor adalah pada timbangan 800 grm. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar
‘uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat perhiasan sepenuhnya, tanpa
mengecualikan nilai yang dibawah ‘adat atau ‘uruf.
Tarikh Keputusan MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
1.
Menetapkan bahawa kadar ‘uruf pemakaian
emas perhiasan oleh wanita Islam di negeri Melaka ialah sebanyak 200
gram;
2.
Kadar pengiraan zakat emas perhiasan bagi negeri
Melaka ialah 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar ‘uruf pemakaian
emas yang ditetapkan seperti formula berikut : 2.5% x (nilai emas – kadar ‘uruf)
= zakat emas
3.
Meminda keputusan fatwa terdahulu dengan keputusan
ini dan menyiarkannya dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka.
Pandangan
Shaykh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Sumber : Al-Fatawa Juz Awwal)
Tentang
wajibnya zakat perhiasan wanita yang telah mencapai nisab tetapi tidak untuk
diperdagangkan, para ulama berbeza pendapat. Pendapat yang benar adalah wajib
untuk dibayar zakatnya ketika sudah mencapai nisab, meskipun hanya sekadar
dipakai untuk perhiasan.
Nisab emas
adalah 20 mitsqal yang senilai dengan 11 lebih 3/7 pound Saudi. Jika perhiasan
emas lebih kecil nilainya dari jumlah itu maka tidak wajib dizakat. Jika untuk
diperdagangkan, maka wajib dizakati ketika nilainya sebanding nisab emas
mahupun perak. Adapun nisab perak adalah 140 mitsqal atau sebanding dengan wang
dirham 56 riyal. Jika perhiasan perak tersebut nilainya kurang dari itu maka
tidak ada zakat. Kecuali untuk diperdagangkan, maka wajib dizakati ketika
nilainya sebanding dengan nisab emas atau perak.
Dalil akan
wajibnya zakat perhiasan dari emas dan perak yang hanya sekadar dipakai untuk
perhiasan adalah keumuman hadis Nabi S.A.W ;
"Tiada
pemilik emas mahupun perak lalu tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari
kiamat akan ditempatkan baja dari baja neraka lalu dia diseterikakan dengannya
pada bahagian dada, dahi dan punggungnya"
Dan hadis
Abdullah Bin Amru Bin Aash Rahimahullah bahawa seorang wanita menemui Nabi
S.A.W sedangkan di tangan puterinya ada dua gelang dari emas, lalu baginda
S.A.W bersabda;
"Sudahkah
engkau tunaikan zakatnya?" Wanita itu menjawab : "Belum".
Baginda bersabda "Sukakah kamu jika ALLAH memakaikan gelang kepadamu
dengannya pada hari kiamat dua gelang dari neraka?" Wanita itu pun
melemparkan kedua gelang tersebut dan berkata: "Keduanya untuk ALLAH dan
Rasul-Nya"
(Hadis Riwayat
Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad yang hasan)
Begitu pula
dengan keumuman hadis Ummu Salamah Radiyallahuanha bahawa ketika beliau memakai
gelang kaki dari emas lalu berkata : "Wahai Rasulullah, apakah ini
dikatakan harta simpanan?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda :
"Apa sudah
mencapai kadar untuk dizakati lalu dizakati maka bukanlah harta simpanan."
(Hadis Riwayat
Abu Daud, Ad-Daruqutni dan disahihkan oleh Al-Hakim).
Wallahu’alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)