Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, February 27, 2010

Executive Talk- JKR Malaysia

Alhamdulilah, memberi ceramah eksekutif kepada lebih 450 pegawai kanan kerajaan adalah satu perkara yang telah tercatit dalam sejarah hidup saya. Bila ALLAH memberi saya peluang, sudah tentu saya tidak akan melepaskan peluang ini. Bila saya dijemput, saya rasa diri saya dihargai. Program Majlis Tahunan Penghargaan JKR Malaysia telah berjaya dilangsungkan di Dewan Besar INTAN Bukit Kiara. Ianya juga bertepatan dengan semangat Maulidur Rasul yang kita sambut hari ini.

Memberi ceramah eksekutif di hadapan Dato Seri Prof Dr Ir Judin-Ketua Pengarah JKR, Dato-Dato, Datin-Datin dan Dato-Dato Pengarah-Pengarah JKR Negeri , memberi saya inspirasi baru bahawa medan melakukan kebaikan sebenarnya luas. Peringkat awal saya menyentuh aspek membina profesionalisma organisasi dan di akhir ceramah saya membicarakan aspek spiritual , kepentingan hubungan dengan ALLAH dan peranan Haji/Umrah dalam pengurusan organisasi. Ianya berkait rapat dengan misi peribadi saya dan tesis ijazah kedoktoran saya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Prof Dr Ir, Dato Abdullah – Pengarah Pengurusan JKR, Hj Jamil dan Cik puan Norazira kerana menjemput saya memberi ceramah eksekutif dan berkongsi di majlis tersebut. Juga tidak lupa kepada pegawai-pegawai yang membantu saya dari sudut logistik persediaan sebelum, ketika dan selepas ceramah di sampaikan. Moga sedikit perkongsian selama satu jam tersebut dapat memberi impak kepada JKR.

Moga ALLAH menerima usaha kecil ini sebagai amal soleh. Amin.

1 comment:

rosli said...

Salam Dr,

Tahniah, satu program yang menarik dan Dr berpeluang kongsi pengalaman dgn tetamu.