Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, June 30, 2008

Allah memuliakan wanita #2

Assalamualaikum sahabat pembaca budiman,
Sebelum saya melangkah jauh membicarakan perkara di atas, cuba selami soalan2 ini (kalau ada masa beri komen dlm blog ini):
1. Adakah anda mengingati ibu anda setiap pagi selepas sholat Subuh?
2. Adakah anda mendoakan mereka setiap hari?
3. Adakah anda menghargai mereka?
4. Adakah anda tahu mereka pernah menangis kerana anda?
5. Jika anda seorang muslimah, pernahkah anda cemburu bila suami melebihkan ibunya dari anda?


Anda lebih mengerti diri anda dan 'ego' anda bila bersama ibu.


Cuba fikirkan dan bayangkan wajah ibu.....
Ibu anda tidak secantik celebrity pujaan anda. Mungkin sudah lanjut usia, banyak kerenah dsbnya. Bila anda memuji celebrity anda, apa yang anda dapat? Bila anda tidak melayan ibu anda apa yang anda dapat?


Allah meletakkan kemuliaan wanita kerana mereka adalah seorang ibu. Allah memberi kemuliaan wanita kerana mereka diberi kekuatan untuk mengandung 9 bulan. Dosa2 dgn Allah terhapus bila titisan darah kelahiran keluar dari rahim. Sebab itu secara umunya, wajah seorang wanita bercahaya dan berseri-seri setiap lepas kelahiran; sebagaimana serinya wajah muslimah yang baru pulang dari Mekah.


Jika ibu anda masih hidup dan sudah lama anda tidak berhubung, sila angkat telefon sekarang juga dah telefonlah ibu anda, luahkan perasaan, "Mak, maafkan saya." dan juga "Mak, insyaAllah minggu depan/cukup bulan saya datang ziarah mak".

Bagi mereka yg sudah ketiadaan ibu, bayangkan jasa-jasa ibu kepada anda. Luangkan sedikit masa untuk sedaqahkan al-fatihah dan bacaan Yasin. Buatlah kebaikan kepada semua orang, moga ganjaran kebaikan mencurah-curah menerangi kubur arwah ibu... AL-Fatihah.


Mutiara Bicara
Hargailah ibu anda ketika anda masih memilikinya. Selain dari anak2, ibu adalah permata berharga yang tiada nilainya. Bila Allah menjemput "permata ini" kembali, maka tiada lagi permata lain yang mampu menandinginya.


Bersambung Siri #3 InsyaAllah ... Bagaimana Allah memberi kemuliaan kpd wanita di Tanah Suci.

Allah Memuliakan Wanita #1

Setelah seminggu saya tidak menulis, ramai rakan bertanya kenapa blog ini tidak diupdate. Ya sudah tentu jawapannya "Saya sibuk".
Di kesempatan ini saya ingin menyentuh sikit mengenai kemuliaan wanita. Secara umum, kuliah2 di Masjid dan surau sering menyebut wanitalah yang mudah masuk syurga dan wanita jugalah yang mudah masuk neraka. Hanya dengan mentaati Allah, Rasululah s a w, ibubapa dan suami sudah cukup menghampirkan wanita ke pintu Jannah.
Perjalanan Saie antara Bukit Safa dan Marwah membuat saya berfikir bagaimana agaknya Siti Hajar menghambat diri demi melaksanakan perintah Allah dan mentaati suaminya, Nabi Ibrahim a.s.
Sejarah menyebut bagaimana Hajar ditinggalkan oleh Ibrahim di satu lembah kering kontang, tanpa air dan makanan dan juga tanpa manusia lain yg boleh dijadikan teman untuk 'bergossip'. Perjalanan dari Palestin ke Mekah bukannya dekat, mungkin berbulan lamanya. Pengorbanan melahirkan anak lelaki, Ismail as, dan perjalanan jauh merintas gurun akhirnya di beri reward oleh Ibrahim 'utk ditinggalkan di bumi tandus'. Kalau kitalah sudah tentu kita akan respons "Apalah kau ni Brahim, kau tinggalkan bini kau tanpa belas kasihan; di tempat yg sudah tentu menempah maut?"
Bila ditanya oleh Hajar "Mengapa ditinggalkan kami di sini?" Ibrahim as tidak mampu berkata-kata. Dan bila Hajar berkata "Adakah ini perintah Allah?" Ibrahim as cuma mampu menganggukkan kepala. Sudah tentu Ibrahim merasa serba salah antara ketaatan kpd Allah dan kasih kpd isteri dan anak tersayang. Hajar juga pasrah kerana itu adalah perintah Allah.
Ya Allah memberi kemuliaan kpd wanita bernama Hajar. Ketaatan kpd Allah, mentaati perintah rasul yang juga suami dan bersabar dgn ujian serta berusaha membesarkan Ismail as, telah menobatkan Hajar sebagai perintis pembangunan Mekah Al-Mukarramah. Allah juga telah memberi kemuliaan kpd Hajar kerana usaha pencarian air diantara Safa dan Marwah membuahkan hasil anugerah air zam2 yang kini sudah berusia ribuan tahun.
Mutiara Bicara:
Allah menguji setiap insan dalam berbagai bentuk. Rezeki perlu diusahakan, perlu pencarian. Hajar berlari 3km antara Safa dan Marwah sebelum Allah anugerahkan pancutan zam2 di kaki Ismail as. Hajar sepatutnya menjadi idola setiap wanita demi meniti renjisan kedamaian.

InsyaAllah sambung siri #2

Sunday, June 22, 2008

International Acctg & Business Conference 2008

Sejak malam tadi, saya menyibukkan diri dengan melengkapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan di dalam International Acctg & Business Conference 2008. Tajuk kertas kerja bulan Ogos 2008 ini berkisar isu berkaitan intellectual capital dan capital market.
Dalam pengalaman saya berkhidmat di sektor korporat melebihi 16 tahun, secara umum saya mendapati terdapat jurang ketara antara akademik dan pengamal industri. Di sinilah muncul hasrat saya untuk merapatkan jurang 'keegoaan' mereka. Saya menyakini pentarbiyahan Haji dan umrah mampu merapatkan jurang pemisah ini, bila ego dilenturkan mengikut aturan rabbani. Mereka semua tidak sehebat mana jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah, namun ego yang dominan menjerat inovasi dan pemikiran kritis. Orang korporat dengan alam mereka sementara Profesor2 di alam yg satu lagi (Tidak semua org korporat dan Profesor2 begitu; ini berdasarkan observasi dan pengalaman penulis).
Mereka perlu sedar dan perlu 'sedikit cerdik' kerana kedua-dua alam ini sedang menuju alam barzakh dan alam akhirat. Jadi untuk apa dimegahkan gelaran dan ego ini!
Saya yakin dan sudah bersedia untuk dikecam dan ditembak di dalam konferens tersebut. Saya pernah mengalaminya sebelum ini. Tidak mengapa, saya sudah bersedia. Kalau ego mereka lebih2, saya akan belasah mereka hidup2! Medan ilmu dan perkongsian pengalaman tidak seharusnya menjadi kecaman dan lagak sombong. Kita sepatutnya menghormati pendirian antara satu sama lain. Kalau kita tidak setuju dengan pendapat orang lain, berhujahlah secara objektif, berhemah dan berilah penghormatan kepada si pembentang kertas kerja. At least, si pembentang kertas kerja dah buat kajian jika dibandingkan dengan si pengkritik yang kebanyakkannya cuma pandai berkata-kata.
Apa pendapat anda?
*******************END******************

Umrah 2008 Siri #8 Pengajaran

Apakah pengajaran yang telah kami perolehi di sepanjang perjalanan umrah 2008?

Ringkasan pengajaran adalah:
  • Pertama, kepuasan lebih ketara jika dibandingkan dengan pengalaman2 sebelum ini.
  • Kedua, kesabaran dan tolak ansur adalah kunci di sepanjang usaha mengejar kebaikan dan ganjaran lumayan di bumi Mekah & Madinah.
  • Ketiga, kita perlu berlatih untuk membuang sikap ego dan membangga diri yang telah sebati dalam jiwa.
  • Keempat, Allah berhak memberi sesuatu kepada sesiapa yang Dia mahu. Pun begitu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi apa yang kita mahu sebelum menyerahkan kepada Allah. Maksud saya, contohnya Hajaratul Aswad tidak akan hadir ke kaki kita melainkan kita berusaha dan merancang untuk mengucupnya. Tidak ramai yang mampu mengucupnya; ramai yang give-up!
  • Kelima, carilah kekuatan untuk beramal. Usaha ini perlu berterusan walaupun ianya mudah untuk bercakap dari melaksanakan.
  • Keenam, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk berkorban bagi merealisasikan impian.
  • Ketujuh, hargailah dan hormatilah masa orang lain. Disiplin diri amat penting. Jika kita berjalan secara berkumpulan dan menaiki bas, maka janganlah memberi pelbagai alasan tentang kelewatan kita. Satu jam anda lewat, memberi makna insan lain kerugian satu jam untuk beribadah. Samaada anda top celebrity, TanSri/Datuk mahupun jutawan, karyawan, bangsawan dll, sikap menghormati orang lain amat penting. Haji & Umrah memberi tarbiyah ini. Hargailah insan lain di bumi ini supaya Malaikat Maut menghargai anda di saat sakaratul maut menghampiri anda.

Alhamdulilah, Teori RIDZ mampu memberi kepuasan.

Kepada generasi muda, ayuh segerakan perjalanan Haji dan Umrah anda. Perbanyakkan doa dan rancang perjalanan anda.




**************************END***********************

Umrah 2008 Siri #7

Pembangunan Mekah
Siri #7 ini adalah penting bagi bakal jamaah Haji dan Umrah 2008. Saya cuba memberi gambaran apakah bentuk pembangunan yang sedang berlaku di Mekah supaya bakal tetamu Allah membuat persiapan bagi mengejar Hajj & umrah mabrur.
Mekah mengalami pembangunan fizikal yang pesat. Hotel-hotel lama yang pernah saya tinggal sebelum ini hampir semuanya telah dirobohkan. Hotel-hotel lama ini bertumpu di atas Bukit Marwah dan kawasan di sekitarnya. Akibatnya, jamaah mula bertumpu kawasan persekitaran Mekah Hilton dan di sebelah belakang Bukit Safa. Di sekitar Mekah Hilton pula, banyak hotel-hotel baru telah dan sedang dalam proses pembinaan. Justeru, tidak mustahil harga penginapan hotel di Mekah naik mendadak kerana kekurangan bilik dan juga ketiadaan hotel2 murah. Banyak juga terowong-terowong yang sudah siap yang pasti akan membantu melancarkan pergerakkan kenderaan dan mengatasi kesesakan lalulintas.
Nota: Jamaah hendaklah berhati-hati kerana
  1. kawasan Saie sedikit sempit dan padat kerana proses pembesaran kawasan Saie sedang giat dilakukan.
  2. Kenderaan berat keluar-masuk di kawasan persekitaran Mekah Hilton
  3. Peralatan berat berada di atas kepala jamaah (dihotel2 yg sedang dalam pembinaan).

Pembangunan hati semakin menyerlah kerana terlalu ramai insan yang hadir untuk melaksanakan ibadah umrah. Saya bertemu dan berbincang dgn ramai jamaah dari England, Iran, Turki, AUstralia dsbnya. Mekah juga sudah menjadi trend lokasi percutian keluarga. Jamaah Msia juga amat ramai ketika itu mungkin limpahan rezeki dan cuti sekolah Mei/Jun 2008. Jamaah juga kelihatan ramai hatta jam 2 atau 3 pagi, berusaha untuk beramal.

Pembangunan mentaliti masih belum menampakkan kesannya. Sikap buruk berebut-rebut, tolak menolak, mementingkan diri sendiri dan bergaduh masih lagi nampak ketara khususnya di kawasan Hajaratul Aswad, Hijir Ismail, depan Kaabah, Rukun Yamani dan kawasan luar MAsjid seperti di Pengurup Wang dan kedai2 makan. Di dataran luar Masjid, sampah sarap berselerakkan . Masih jauh lagi untuk kita hapuskan 3rd class mentaliti ini!

Secara umum, saya berpendapat terlalu banyak perubahan fizikal telah cuba dilaksanakan. Kesannya, jamaah akan lebih selesa dengan kemudahan yang ada dan seharusnya ianya mampu membawa jamaah lebih hampir dengan Hajj & umrah mabrur. Cuma ujian dan cabaran tidaklah sehebat ujian dan cabaran umrah dua atau tiga tahun dahulu.

*************END*****************

Saturday, June 21, 2008

UMRAH 2008 Siri #6

MEKAH SESAK

Saya membiarkan diri menyesali peluang2 di Madinah tidak dapat dilakukan 100%. Malas beribadah di Msia terbawa-bawa ke sini. Muhasabah diri memaut kain ihram putih yang sedang dipakai, menyusuri laluan sakinah Madinah Al-Munawarrah. Perjalanan ke Bir Ali dan bandar Mekah begitu mudah, tidak sehebat cabaran perjalanan Haji.

Kami tiba di Hotel Al-Hijjaz sekitar jam 9.30mlm. Alhamdulilah, hotel begitu hampir dgn Masjid , di belakang Mekah Hilton. Jam 11 mlm, group kami memulakan ibadah umrah dgn mengajar rakan2 yg first time pergi apa yg hendak di buat dan bila hendak berdoa.

Keindahan dan kekukuhan Kaabah menjemput keinsafan diri bahawa inilah perjalanan murni mencari redha Illahi. Ribuan ringgit yg dilaburkan utk ke sini, terasa amat berbaloi kerana kepuasan diri hanya dapat dinilai oleh yg empunya diri. Sehabis 7 pusingan Tawaf, saya membawa rakan2 dan ahli keluarga untuk menghampiri Multazam dan berdoa di sini. Satu kepuasan yg tidak terhingga walaupun ada segelintir jamaah "3rd class" menolak dan menyiku saya. Tidak perlu saya membalas sikap buruk ini dan hati berbicara "Berikanlah aku sedikit ruang untuk menghamburkan doa permohonan diri dan rakan2; bila selesai nanti aku akan undur diri".

Perjalanan Saie amat memeritkan. Terkejut besar saya kerana laluan Saie semakin kecil dan amat padat macam perjalanan Saie HAji. (Makluman\; laluan Saie diperbesarkan dan projek ini belum siap). Sepanjang perjalanan Safa-Marwah, manusia begitu ramai dan berhimpit-himpit. Kepuasan mungkin tidak dapat dirasai, hakikatnya Allah ingin menguji kemampuan hambanya dan menyelami penderitaan Hajar mencari sumber air utk nabi Ismail a s.

Tawaf dan SAie berjaya ditamatkan sekitar jam 2 pagi. Terima kasih Ya Allah dgn nikmat ini.

******END**********

Sunday, June 15, 2008

Umrah 2008: Siri #5

Madinah Day 3

Tiada istimewa hari ke 3 ini. Jamaah di bawa melawat Masjid Quba', Qiblatain, Jabal Uhud, Kilang Cetak Qur'an dll. Mungkin tidak menarik bagi saya sebab sudah banyak kali hadir ke sini.

Yang amat saya tunggu-tunggu ialah menghadirkan diri ke Masjid Quba'. Kalau anda belum tahu apa dia Masjid Quba' dan keistimewaannya, sila rujuk Qur'an Surah Al-Tawbah ayat 108.

Selepas sholat Zohur, kami akan meninggalkan Madinah dan Masjid Nabawi. Sebak rasa di hati kerana baru sahaja rasanya tiba di sini. Saya mengambil masa yg lama di dalam Masjid. SEmpat solat berdekatan imam ketika sholat Zuhur. Tidak pasti akan hadir lagi ke bumi yg penuh dengan kedamaian ini. Saya muhasabah diri, merenung keinsafan dan apakah Allah mengizinkan saya datang lagi tahun depan, 2 tahun lagi, bila.. bila???

Setelah bersedia, saya menyusuri laluan makan Rasululah dan mengucapkan Assalamualaikum & selamat tinggal kepada Rasululah s a w, Saidina Abu Bakar dan Saidina UMar. Aku berdoa di sini:

"Ya Rasululah; tiap2 hari aku hadir menziarahimu dan ketika ini aku akan meninggalkanmu. Berilah aku , keluargaku dan teman2ku shafaatmu. Janganlah kau lupakan aku di hari Mahsyar nanti, waluapun aku sering melupakanmu bila berada di Malaysia."

***********END***********

Umrah 2008: Siri #4 Bukit Magnet

Madinah Day 2.

Selepas sholat Subuh, saya ditegur oleh Dato' Zainal - Pengerusi Zahafiz. Katanya "Dr, make sure u pergi Bukit Magnet, program kita pagi ni" . "Apa? Bukit Magnet!" , saya terkejut. sememangnya saya mushkil. "Ada apa kat Bukit Magnet, kat mana pulak Bukit Magnet ni?" saya mengajukan soalan-soalan tambahan, tiba-tiba excited. "Entahlah, sayapun tak tahu." jawab Dato' ringkas.

Dah 4 kali saya datang buat Umrah, tak pernah pula dengar Bukit Magnet. Bas menunggu kami jam 7 pagi tetapi masih belum bergerak jam 7.45 pagi. Jamaah dalam bas bersunggut, driver bas pula mula naik angin. Biasalah orang Arab asik nak naik angin aje. Saya juga mushkil apalah lama sangat. Rupa2nya pegawai Zahafiz Travel terpaksa menunggu seorang celebriti dan keluarganya.

Pengajaran: Patuhilah jadual program supaya kita tidak menggangu schedule dan plan jamaah lain.

Bukit Magnet terletak kira-kira 20km dari bandar Madinah. Sememangnya menakjubkan; itulah dia kebesaran Allah. Walaupun cuaca teramat panas 42darjah Celcius, persekitaran Bukit Magnet dingin, angin sepoi-sepoi bahasa menghingap tubuh dan fresh air. AllahuAkbar!
Nak tahu datang sendiri okay....

Di sebelah malam selepas sholat Isya', saya membawa Abg Zul dan group saya melawat ke tempat eksklusif shopping Madinah. Jubah2 di sini cantik2 dan murah2 pula. Dalam diam, abg Zul singgah ke kedai jam dan membeli 6 buah jam bernilai SR500 satu = SR3,000. Wah! byk betul duit abg Zul.

Satu perkara kehebatan abg Zul ialah, tidak putus-putus dia memuji Madinah dan tanpa henti bertanya saya "Bila boleh belikan Qur'an Waqaf?". Dalam perjalanan pulang ke hotel sekitar jam 11 malam (4 pagi waktu Msia), saya membawa group saya ke sebuah kedai buku untuk membeli Al-Qur'an Waqf. Sebagaimana biasa, kita akan 'bergaduh' dgn penjual Arab ni (itulah dia proses tawar-menawar di sini, macam nak gaduh! Penjual berkeras menjual Al-Qur'an pada harga SR27, saya tak nak! Saya kata SR20. Akhir sekali, deal ON. Dapat pada harga SR20. So saya beli 50 buah Al-Qur'an Mashaf Usthmani hardcover hijau bernilai SR1,000. Semuanya di cop "WAQF" untuk diwaqf di MAsjid Nabawi. So, hasrat kawan2 telah saya sampaikan (ramai tak dapat nak sebut nama satu2 kat sini).

Kepada Raja Norizah,
Satu Qur'an telah saya waqfkan untuk arwah ibu anda.

Saya puas hati hari ini sebab dapat waqfkan Qur'an utk arwah abah, abg Ramli dan nenek; Tok Wan dan Tok Kia. Aishah, Along Besar ,Abg Rosli juga membuat kebajikan yg sama.

*********END*********

Thursday, June 5, 2008

Pengalaman Umrah 2008 & Teori RIDZ

Alhamdulilah baru sebentar tadi pesawat Saudi Air mendarat di KLIA. Ini menandakan bahawa kami telah selamat tiba ke tanahair setelah berada selama 11 hari di Kota Suci Mekah & Madinah.

Pengalaman Umrah ke 5 ini agak jauh berbeza dengan pengalaman Umrah wajib 2002 dan perjalanan Umrah 2003, 2004 dan 2006. Keseronokan beribadah di bumi anbiya ini begitu mengembirakan, saya puas walaupun tidak dapat menyempurnakan umrah tiap-tiap hari (target 7kali tetapi cuma mampu buat 6 kali).

Mengapa ianya berbeza? Saya cuba laksanakan teori RIDZ (Relaks, Istaqamah Dalam Zero) dan alhamdulilah ia mampu memberi kepuasan yang orang lain tidak akan mengerti.

Hendak tahu lebih lanjut? Saya akan sambung esok. Penat baru saja tiba rumah.

Ridzwan
05 Jun 2008 11:55mlm.

Tulisan Saya di Berita Harian 18 April 2008

Alhamdulilah, Cadangan saya ke ruangan pendapat/rencana mengenai Haji telah disiarkan oleh Berita Harian 18 April 2008 dan di selitkan di laman web islamic banking & finance http://www.ibfim.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1461&Itemid=179


Syor caruman KWSP tunai haji
Source : Berita Harian On-Line
Friday, April 18, 2008

Surat.

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji (TH), Bank Islam dan Bank Rakyat kerana berjaya bekerjasama bagi memudahkan urusan kewangan pendeposit Tabung Haji. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur kerana institusi kewangan Islam mampu membuat jaringan untuk memperkasakan ekonomi ummah. Pada kesempatan ini, saya ingin mencadangkan kepada Tabung Haji supaya dapat memanjangkan kerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan pengeluaran untuk menunaikan Haji.

Kedua-dua organisasi itu (Tabung Haji dan KWSP) berjaya memberi pulangan pelaburan yang baik setiap tahun kepada penyimpan selain itu Tabung Haji pula memainkan peranan penting di dalam membina sistem kewangan Islam dan menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik.


Memandangkan kedua-dua organisasi ini mempunyai dana yang kukuh mencecah berbilion ringgit, saya ingin mencadangkan agar satu polisi dapat dikeluarkan dengan membenarkan pencarum Muslim mengeluarkan sebahagian daripada tabungan mereka untuk menunaikan fardu haji.

Ada dua faedah skim ini dilaksanakan, iaitu dapat membantu pencarum Muslim untuk segera menunaikan Haji pada usia muda dan mengelakkan bakal haji berhutang untuk melaksanakan haji.

Contoh cadangan pelaksanaan:
1. Wang diambil dari Akaun II KWSP dengan maksimum pengeluaran, RM10,000.
2. Pemohon hendaklah terlebih dulu mendaftar di Tabung Haji dan amaun dikreditkan terus ke akaun haji dan dikawal Tabung Haji.

3. Umur pencarum perlulah 35 tahun ke atas dengan pengeluaran sekali seumur hidup.


RIDZWAN BAKAR,
Klang, Selangor

Umrah 2008 Siri #3

Siri #3: Madinah DAy 1

Saya kembali ke hotel selepas sholat Subuh. Saya dan Aishah ditempatkan ke bilik double, Along Besar dan kakLong berkongsi dgn seorang jamaah wanita; Kak Azni, Mak Long dan Ira satu bilik sementara abg Rosli, Hadi & Syafiq di bilik satu lagi. Ramli pula terlepas ke bilik lain.

Sebagaimana biasa, saya akan pastikan semua ahli group saya seramai 15 org ok. Alhamdulilah semuanya selamat. Kecuali dua beg besar hilang iaitu beg Kak Azni dan KakLong. Sukar hendak faham macamana boleh hilang sedangkan mereka nampak beg2 tersebut dipunggah masuk ke lobi hotel. Ya, itu ujian buat mereka.

Selepas sarapan pagi, saya mengajak abg Zul, yg pertama kali buat UMrah, untuk mengikut saya ke Raudah. Beliau begitu tekun menurut langkah saya. Bila tiba di pintu Masjid sekitar jam 8 pagi, abg Zul bertanya "Kat mana nak ambil air sembahyang?" Allahu akbar! saya menepuk dahi. "Masjid Nabawi dan Masjid Haram tidak seperti masjid di Msia, bilik air cuma disebelah saje." Abg Zul terpinga-pinga. Saya terus tunjukkan di mana bilik air & tempat berwudu', satu tempat yg agak jauh dan underground. Mengeluh abg Zul!

Kami teruskan memasuki Masjid Nabawi dan memberi sedikit tips utk abg Zul. Saya tunjukkan di mana Babus Salam, mimbar asal, tempat azan,makam Rasul tiang2 seri dan yg penting di mana RAudah. Selepas memberi sedikit kefahaman, saya terus memasuki Raudah dan menarik abg Zul yg sedikit "takut" ketika itu. Kenapa? Memang tiada ruang kosong. Raudah penuh sesak!

Alhamdulilah, rezeki saya nampak mudah, satu penjuru belah kanan seolah-olah mengamit saya untuk segera ke situ. Saya terus melangkah dgn yakin dan memulakan sholat di situ. Alhamdulilah tiada pula gangguan, tidak seperti sebelum ini. Saya memulakan marathon sholat melebihi 15 minit dgn disusuli dgn DOA khusus dan doa umum. Selepas berpuas hati, saya melangkah keluar utk memberi peluang jamaah lain mengambil tempat. Abg Zul sudah bersedia menunggu saya untuk agenda menziarahi makam RAsul s a w.

Selepas menziarahi makam Rasul s a w , saya membawa rakan-rakan lain menziarahi Perkuburan hebat Baqi'. Tempat ini agak lengang. Bazar Baqi' semuanya ditutup. Tidak pasti mengapa, mungkin juga disebabkan kerja2 pembinaan hotel dan bazar sedang dilaksanakan di situ.

Umrah 2008 Siri #2

Siri #2 : KLIA dan Madinah Airport

Jam 3 petang 26 Mei saya masih sempat menghantar CSM's Budget Review kpd VP dan explained melalui email . Jam 4ptg, saya dan Aishah memanggil Wardah Sakinah (anak sulung form 4 SBPIG) dan Afif Afnan (anak ke 2 form 2 SBPIT) untuk memaklumkan apa yang perlu dibuat sepanjang kami tiada di Msia. Tinggalkan wasiat dan beg kecil mengandungi wang, kad perubatan dan kunci kereta. Alhamdulilah mereka memahami maksud saya dan ummi mereka.

Jam 4.15 ptg, adik beradik dan saudara mara mula berkumpul di rumah dan kami terus berangkat ke KLIA. Suasana di KLIA agak kelam kabut. Rupanya ramai jamaah Msia yg akan berangkat ke Tanah Haram. Ada yg menaiki pesawat Saudi, Thai Airways, Iran dll. Tersua muka dgn Halim, rakan setaman. Terkejut Halim kerana saya bakal berangkat tanpa memaklumkan rakan-rakan setempat. Tanya Halim "Bila Presiden Persatuan Penduduk pergi overseas senyap2, siapa akan takecare hal ehwal penduduk?" Saya menjawab "Saya cuma sempat maklumkan Setiausaha Tn Hj Ir Ishak utk takecare, lagipun MBSA kan ada?" kami gelak sama-sama.

Kali ini saya tidak mahu tunggu lama di balai berlepas. Saya mahu segera masuk ke dalam KLIA utk pemeriksaan emegresen. Alasan saya, saya ingin berehat; saya benar2 penat!

Saudi Air berlepas lewat sejam dari jadual. Penerbangan berlepas sekitar jam 10:40mlm. Di sepanjang perjalanan 8 jam KLIA-Madinah Airport, saya lebih banyakkan tidur kerana saya pasti cabaran Madinah lebih hebat. Saya banyakkan minum air suam dan air buah.

Kami tiba di Madinah Airport jam 2:30 pagi. Pertama kali saya mendarat di Madinah Airport. Alhamdulilah, emegresen MAdinah lebih friendly. Tarbiyah Rasululah s a w 1429 tahun lalu telah berjaya membentuk masyarakat Madinah. Emegresen Jeddah pula sedikit jumud dan kasar, tidak tahu menghormati tetamu Allah.

Kami tiba di Hotel Mawaddah ketika azan sholat Subuh berkumandang. Tanpa menunggu beg besar, saya maklumkan kepada Aishah dan abg Rosli yg saya mahu segera bertemu Rasul s a w. Mungkin akibat keletihan perjalanan melebihi 8 jam, ada yg sholat subuh di hotel sahaja.

Saya memasuki Masjid melalui pintu King Fahd. Suara merdu Al-Sudais begitu menusuk kalbu. Ketika sholat rakaat kedua, airmata saya berguguran.. menitis ke jari telunjuk semasa tahyat-akhir. teramat rindu akan Madinah.... kedamaian yg saya tercari-cari selama ini. Terima kasih Ya Allah kerana Kau mengizinkan aku hadir lagi untuk bertemu RasulMu dan bumi penuh kedamaian MAdinah. Selepas sholat Subuh dan sholat jenazah, saya segera melangkahkan kaki menuju BAbul salam untuk menziarahi Rasul s a w, Saidina Abu Bakar as-siddiq dan Saidina Umar al-khatab. Saya tersangat excited untuk memberi Salam rindu buat mereka......

Umrah 2008 Siri #1

Siri no 1 : Perjalanan sebelum berangkat 26 Mei 2008.

Kebiasaanya saya dan Aishah (atau anak2 yg menemani kami) akan membuat persediaan intensif Umrah 2 minggu sebelum berlepas. Kami akan pergiatkan sholat2 sunat dan marathon Qur'an. Namun, ianya tidak berlaku pada umrah kali ini. Mungkin ini ujian buat kami atau mungkin juga kelemahan kami yang sibuk dengan urusan dunia khususnya urusan pejabat. Banyak perkara yang hendak diselesaikan.

Pertama, saya sudah meletakkan deadline thesis doctoral saya untuk dimajukan ke Graduate Biz School pada pagi 26hb Mei jam 9:00 pagi. Saya terpaksa berhempas pulas dan bekerja keras setiap malam dari jam 9mlm hingga 3 pagi setiap hari (selama 2-3 minggu). Saya menyahut cabaran Professor saya Dr Norhana dan Dr Muhd Kamil. Sungguh menyiksakan menyiapkan tesis peringkat Doctoral ini! Cuba bayangkan... saya terpaksa menghantar tesis setebal 250 muka surat pada jam 9 pagi, pergi beli barang keperluan dapur dan susu baby Aufa pada 12 tgh dan bersiap ke KLIA jam 4ptg... soo hectic! Aishah juga risau sebab beg besar saya masih banyak ruang kosong.

Kedua, Projek khas yg saya berikan tag "Project Ramadhan 2008' juga perlu disegerakan. Kena mentelaah dan buat kajian. InsyaAllah kalau dah ok nanti saya akan war-warkan.

Ketiga, urusan pejabat banyak yang belum siap. Alhamdulilah Susmaliza, Suryati dan Shahida banyak membantu saya. Masa tu 2 paper dah siap cuma perlu touch-up. Jadi saya delegate kat Manager - Pn Sus. Terima kasih semua.

Bagi Aishah, pengalaman yg sama juga dialami. Urusan sekolah menjadi alasan. Tapi komitmen dia lebih dari saya, jadi nampak kesungguhan Aishah untuk memperbaiki amalan.