Setelah seminggu saya tidak menulis, ramai rakan bertanya kenapa blog ini tidak diupdate. Ya sudah tentu jawapannya "Saya sibuk".
Di kesempatan ini saya ingin menyentuh sikit mengenai kemuliaan wanita. Secara umum, kuliah2 di Masjid dan surau sering menyebut wanitalah yang mudah masuk syurga dan wanita jugalah yang mudah masuk neraka. Hanya dengan mentaati Allah, Rasululah s a w, ibubapa dan suami sudah cukup menghampirkan wanita ke pintu Jannah.
Perjalanan Saie antara Bukit Safa dan Marwah membuat saya berfikir bagaimana agaknya Siti Hajar menghambat diri demi melaksanakan perintah Allah dan mentaati suaminya, Nabi Ibrahim a.s.
Sejarah menyebut bagaimana Hajar ditinggalkan oleh Ibrahim di satu lembah kering kontang, tanpa air dan makanan dan juga tanpa manusia lain yg boleh dijadikan teman untuk 'bergossip'. Perjalanan dari Palestin ke Mekah bukannya dekat, mungkin berbulan lamanya. Pengorbanan melahirkan anak lelaki, Ismail as, dan perjalanan jauh merintas gurun akhirnya di beri reward oleh Ibrahim 'utk ditinggalkan di bumi tandus'. Kalau kitalah sudah tentu kita akan respons "Apalah kau ni Brahim, kau tinggalkan bini kau tanpa belas kasihan; di tempat yg sudah tentu menempah maut?"
Bila ditanya oleh Hajar "Mengapa ditinggalkan kami di sini?" Ibrahim as tidak mampu berkata-kata. Dan bila Hajar berkata "Adakah ini perintah Allah?" Ibrahim as cuma mampu menganggukkan kepala. Sudah tentu Ibrahim merasa serba salah antara ketaatan kpd Allah dan kasih kpd isteri dan anak tersayang. Hajar juga pasrah kerana itu adalah perintah Allah.
Ya Allah memberi kemuliaan kpd wanita bernama Hajar. Ketaatan kpd Allah, mentaati perintah rasul yang juga suami dan bersabar dgn ujian serta berusaha membesarkan Ismail as, telah menobatkan Hajar sebagai perintis pembangunan Mekah Al-Mukarramah. Allah juga telah memberi kemuliaan kpd Hajar kerana usaha pencarian air diantara Safa dan Marwah membuahkan hasil anugerah air zam2 yang kini sudah berusia ribuan tahun.
Mutiara Bicara:
Allah menguji setiap insan dalam berbagai bentuk. Rezeki perlu diusahakan, perlu pencarian. Hajar berlari 3km antara Safa dan Marwah sebelum Allah anugerahkan pancutan zam2 di kaki Ismail as. Hajar sepatutnya menjadi idola setiap wanita demi meniti renjisan kedamaian.
InsyaAllah sambung siri #2
No comments:
Post a Comment