MEKAH SESAK
Saya membiarkan diri menyesali peluang2 di Madinah tidak dapat dilakukan 100%. Malas beribadah di Msia terbawa-bawa ke sini. Muhasabah diri memaut kain ihram putih yang sedang dipakai, menyusuri laluan sakinah Madinah Al-Munawarrah. Perjalanan ke Bir Ali dan bandar Mekah begitu mudah, tidak sehebat cabaran perjalanan Haji.
Kami tiba di Hotel Al-Hijjaz sekitar jam 9.30mlm. Alhamdulilah, hotel begitu hampir dgn Masjid , di belakang Mekah Hilton. Jam 11 mlm, group kami memulakan ibadah umrah dgn mengajar rakan2 yg first time pergi apa yg hendak di buat dan bila hendak berdoa.
Keindahan dan kekukuhan Kaabah menjemput keinsafan diri bahawa inilah perjalanan murni mencari redha Illahi. Ribuan ringgit yg dilaburkan utk ke sini, terasa amat berbaloi kerana kepuasan diri hanya dapat dinilai oleh yg empunya diri. Sehabis 7 pusingan Tawaf, saya membawa rakan2 dan ahli keluarga untuk menghampiri Multazam dan berdoa di sini. Satu kepuasan yg tidak terhingga walaupun ada segelintir jamaah "3rd class" menolak dan menyiku saya. Tidak perlu saya membalas sikap buruk ini dan hati berbicara "Berikanlah aku sedikit ruang untuk menghamburkan doa permohonan diri dan rakan2; bila selesai nanti aku akan undur diri".
Perjalanan Saie amat memeritkan. Terkejut besar saya kerana laluan Saie semakin kecil dan amat padat macam perjalanan Saie HAji. (Makluman\; laluan Saie diperbesarkan dan projek ini belum siap). Sepanjang perjalanan Safa-Marwah, manusia begitu ramai dan berhimpit-himpit. Kepuasan mungkin tidak dapat dirasai, hakikatnya Allah ingin menguji kemampuan hambanya dan menyelami penderitaan Hajar mencari sumber air utk nabi Ismail a s.
Tawaf dan SAie berjaya ditamatkan sekitar jam 2 pagi. Terima kasih Ya Allah dgn nikmat ini.
******END**********
No comments:
Post a Comment