Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, June 15, 2008

Umrah 2008: Siri #5

Madinah Day 3

Tiada istimewa hari ke 3 ini. Jamaah di bawa melawat Masjid Quba', Qiblatain, Jabal Uhud, Kilang Cetak Qur'an dll. Mungkin tidak menarik bagi saya sebab sudah banyak kali hadir ke sini.

Yang amat saya tunggu-tunggu ialah menghadirkan diri ke Masjid Quba'. Kalau anda belum tahu apa dia Masjid Quba' dan keistimewaannya, sila rujuk Qur'an Surah Al-Tawbah ayat 108.

Selepas sholat Zohur, kami akan meninggalkan Madinah dan Masjid Nabawi. Sebak rasa di hati kerana baru sahaja rasanya tiba di sini. Saya mengambil masa yg lama di dalam Masjid. SEmpat solat berdekatan imam ketika sholat Zuhur. Tidak pasti akan hadir lagi ke bumi yg penuh dengan kedamaian ini. Saya muhasabah diri, merenung keinsafan dan apakah Allah mengizinkan saya datang lagi tahun depan, 2 tahun lagi, bila.. bila???

Setelah bersedia, saya menyusuri laluan makan Rasululah dan mengucapkan Assalamualaikum & selamat tinggal kepada Rasululah s a w, Saidina Abu Bakar dan Saidina UMar. Aku berdoa di sini:

"Ya Rasululah; tiap2 hari aku hadir menziarahimu dan ketika ini aku akan meninggalkanmu. Berilah aku , keluargaku dan teman2ku shafaatmu. Janganlah kau lupakan aku di hari Mahsyar nanti, waluapun aku sering melupakanmu bila berada di Malaysia."

***********END***********

2 comments:

Anonymous said...

Menitik-nitik airmata saya bila baca nota perjalanan En Ridzwan Ke Mekah/Madinah.
Sebak rasanya mengimbau kembali pengalaman dan keseronokan ketika berada di sana.
Bagus blog ini, banyak info yang En Ridzwan dapat sharekan dengan kami.
Terima kasih dan congratulations on all your achievements!

Yus

Anonymous said...

rid,
terasa begitu kedilnya hamba allah ini. moga kita sentiasa merendahkan diri dan mengingati allah sentiasa.