Siri #3: Madinah DAy 1
Saya kembali ke hotel selepas sholat Subuh. Saya dan Aishah ditempatkan ke bilik double, Along Besar dan kakLong berkongsi dgn seorang jamaah wanita; Kak Azni, Mak Long dan Ira satu bilik sementara abg Rosli, Hadi & Syafiq di bilik satu lagi. Ramli pula terlepas ke bilik lain.
Sebagaimana biasa, saya akan pastikan semua ahli group saya seramai 15 org ok. Alhamdulilah semuanya selamat. Kecuali dua beg besar hilang iaitu beg Kak Azni dan KakLong. Sukar hendak faham macamana boleh hilang sedangkan mereka nampak beg2 tersebut dipunggah masuk ke lobi hotel. Ya, itu ujian buat mereka.
Selepas sarapan pagi, saya mengajak abg Zul, yg pertama kali buat UMrah, untuk mengikut saya ke Raudah. Beliau begitu tekun menurut langkah saya. Bila tiba di pintu Masjid sekitar jam 8 pagi, abg Zul bertanya "Kat mana nak ambil air sembahyang?" Allahu akbar! saya menepuk dahi. "Masjid Nabawi dan Masjid Haram tidak seperti masjid di Msia, bilik air cuma disebelah saje." Abg Zul terpinga-pinga. Saya terus tunjukkan di mana bilik air & tempat berwudu', satu tempat yg agak jauh dan underground. Mengeluh abg Zul!
Kami teruskan memasuki Masjid Nabawi dan memberi sedikit tips utk abg Zul. Saya tunjukkan di mana Babus Salam, mimbar asal, tempat azan,makam Rasul tiang2 seri dan yg penting di mana RAudah. Selepas memberi sedikit kefahaman, saya terus memasuki Raudah dan menarik abg Zul yg sedikit "takut" ketika itu. Kenapa? Memang tiada ruang kosong. Raudah penuh sesak!
Alhamdulilah, rezeki saya nampak mudah, satu penjuru belah kanan seolah-olah mengamit saya untuk segera ke situ. Saya terus melangkah dgn yakin dan memulakan sholat di situ. Alhamdulilah tiada pula gangguan, tidak seperti sebelum ini. Saya memulakan marathon sholat melebihi 15 minit dgn disusuli dgn DOA khusus dan doa umum. Selepas berpuas hati, saya melangkah keluar utk memberi peluang jamaah lain mengambil tempat. Abg Zul sudah bersedia menunggu saya untuk agenda menziarahi makam RAsul s a w.
Selepas menziarahi makam Rasul s a w , saya membawa rakan-rakan lain menziarahi Perkuburan hebat Baqi'. Tempat ini agak lengang. Bazar Baqi' semuanya ditutup. Tidak pasti mengapa, mungkin juga disebabkan kerja2 pembinaan hotel dan bazar sedang dilaksanakan di situ.
No comments:
Post a Comment