Alhamdulilah baru sebentar tadi pesawat Saudi Air mendarat di KLIA. Ini menandakan bahawa kami telah selamat tiba ke tanahair setelah berada selama 11 hari di Kota Suci Mekah & Madinah.
Pengalaman Umrah ke 5 ini agak jauh berbeza dengan pengalaman Umrah wajib 2002 dan perjalanan Umrah 2003, 2004 dan 2006. Keseronokan beribadah di bumi anbiya ini begitu mengembirakan, saya puas walaupun tidak dapat menyempurnakan umrah tiap-tiap hari (target 7kali tetapi cuma mampu buat 6 kali).
Mengapa ianya berbeza? Saya cuba laksanakan teori RIDZ (Relaks, Istaqamah Dalam Zero) dan alhamdulilah ia mampu memberi kepuasan yang orang lain tidak akan mengerti.
Hendak tahu lebih lanjut? Saya akan sambung esok. Penat baru saja tiba rumah.
Ridzwan
05 Jun 2008 11:55mlm.
4 comments:
Boss,
Teruskan menulis dan selamat berkarya..
semoga kisah-kisah yang dikongsi dapat menyirami jiwa-jiwa yang kering dan gusar.
menarik jugak teori RIDZ tu ya:)
Askm.. seronoknye nama disebut dalam blog boss.. terasa dihargai.. thank u. Keep on writing. -sha-
alhamdullillah
selepas membaca berbagai theori serta theoratical framework akhirnye allah memberi ilham wujudnya theori RIDZ
all the bsst
Well done. Please share more about teori RIDZ.
Post a Comment