Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, June 30, 2008

Allah memuliakan wanita #2

Assalamualaikum sahabat pembaca budiman,
Sebelum saya melangkah jauh membicarakan perkara di atas, cuba selami soalan2 ini (kalau ada masa beri komen dlm blog ini):
1. Adakah anda mengingati ibu anda setiap pagi selepas sholat Subuh?
2. Adakah anda mendoakan mereka setiap hari?
3. Adakah anda menghargai mereka?
4. Adakah anda tahu mereka pernah menangis kerana anda?
5. Jika anda seorang muslimah, pernahkah anda cemburu bila suami melebihkan ibunya dari anda?


Anda lebih mengerti diri anda dan 'ego' anda bila bersama ibu.


Cuba fikirkan dan bayangkan wajah ibu.....
Ibu anda tidak secantik celebrity pujaan anda. Mungkin sudah lanjut usia, banyak kerenah dsbnya. Bila anda memuji celebrity anda, apa yang anda dapat? Bila anda tidak melayan ibu anda apa yang anda dapat?


Allah meletakkan kemuliaan wanita kerana mereka adalah seorang ibu. Allah memberi kemuliaan wanita kerana mereka diberi kekuatan untuk mengandung 9 bulan. Dosa2 dgn Allah terhapus bila titisan darah kelahiran keluar dari rahim. Sebab itu secara umunya, wajah seorang wanita bercahaya dan berseri-seri setiap lepas kelahiran; sebagaimana serinya wajah muslimah yang baru pulang dari Mekah.


Jika ibu anda masih hidup dan sudah lama anda tidak berhubung, sila angkat telefon sekarang juga dah telefonlah ibu anda, luahkan perasaan, "Mak, maafkan saya." dan juga "Mak, insyaAllah minggu depan/cukup bulan saya datang ziarah mak".

Bagi mereka yg sudah ketiadaan ibu, bayangkan jasa-jasa ibu kepada anda. Luangkan sedikit masa untuk sedaqahkan al-fatihah dan bacaan Yasin. Buatlah kebaikan kepada semua orang, moga ganjaran kebaikan mencurah-curah menerangi kubur arwah ibu... AL-Fatihah.


Mutiara Bicara
Hargailah ibu anda ketika anda masih memilikinya. Selain dari anak2, ibu adalah permata berharga yang tiada nilainya. Bila Allah menjemput "permata ini" kembali, maka tiada lagi permata lain yang mampu menandinginya.


Bersambung Siri #3 InsyaAllah ... Bagaimana Allah memberi kemuliaan kpd wanita di Tanah Suci.

2 comments:

Anonymous said...

dr rid,

cukup menarik.betul apa yang diutarakan. saya sentiasa menasihati anak-anak tiri saya untuk berdoa kepada arwah ibunya dan juga saya sentiasa mendoakan emak, bapa dan orang orang muslimin dan muslimat, hampir setiap hari saya nenalipon emak saya. emak sentiasa berpesan bahawa sayang ibu mentua seperti kita sayangi ibu kita. rid, selagi ibu dan bapa kita masih hidup hiburkanlah mereka dengan kasih sayang dan kebendaan.

Anonymous said...

Thanks Rezi,
Despite your busy schedule, you spare your time to read and comment my blog. I am also waiting others to respond, barulah berbaloi penceritaan siri no 3. Siri no 3 saya akan share sesuatu yg pernah berlaku bagaimana Allah memuliakan wanita.

TQ.