- kawasan Saie sedikit sempit dan padat kerana proses pembesaran kawasan Saie sedang giat dilakukan.
- Kenderaan berat keluar-masuk di kawasan persekitaran Mekah Hilton
- Peralatan berat berada di atas kepala jamaah (dihotel2 yg sedang dalam pembinaan).
Pembangunan hati semakin menyerlah kerana terlalu ramai insan yang hadir untuk melaksanakan ibadah umrah. Saya bertemu dan berbincang dgn ramai jamaah dari England, Iran, Turki, AUstralia dsbnya. Mekah juga sudah menjadi trend lokasi percutian keluarga. Jamaah Msia juga amat ramai ketika itu mungkin limpahan rezeki dan cuti sekolah Mei/Jun 2008. Jamaah juga kelihatan ramai hatta jam 2 atau 3 pagi, berusaha untuk beramal.
Pembangunan mentaliti masih belum menampakkan kesannya. Sikap buruk berebut-rebut, tolak menolak, mementingkan diri sendiri dan bergaduh masih lagi nampak ketara khususnya di kawasan Hajaratul Aswad, Hijir Ismail, depan Kaabah, Rukun Yamani dan kawasan luar MAsjid seperti di Pengurup Wang dan kedai2 makan. Di dataran luar Masjid, sampah sarap berselerakkan . Masih jauh lagi untuk kita hapuskan 3rd class mentaliti ini!
Secara umum, saya berpendapat terlalu banyak perubahan fizikal telah cuba dilaksanakan. Kesannya, jamaah akan lebih selesa dengan kemudahan yang ada dan seharusnya ianya mampu membawa jamaah lebih hampir dengan Hajj & umrah mabrur. Cuma ujian dan cabaran tidaklah sehebat ujian dan cabaran umrah dua atau tiga tahun dahulu.
*************END*****************
No comments:
Post a Comment