Apakah pengajaran yang telah kami perolehi di sepanjang perjalanan umrah 2008?
Ringkasan pengajaran adalah:
- Pertama, kepuasan lebih ketara jika dibandingkan dengan pengalaman2 sebelum ini.
- Kedua, kesabaran dan tolak ansur adalah kunci di sepanjang usaha mengejar kebaikan dan ganjaran lumayan di bumi Mekah & Madinah.
- Ketiga, kita perlu berlatih untuk membuang sikap ego dan membangga diri yang telah sebati dalam jiwa.
- Keempat, Allah berhak memberi sesuatu kepada sesiapa yang Dia mahu. Pun begitu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi apa yang kita mahu sebelum menyerahkan kepada Allah. Maksud saya, contohnya Hajaratul Aswad tidak akan hadir ke kaki kita melainkan kita berusaha dan merancang untuk mengucupnya. Tidak ramai yang mampu mengucupnya; ramai yang give-up!
- Kelima, carilah kekuatan untuk beramal. Usaha ini perlu berterusan walaupun ianya mudah untuk bercakap dari melaksanakan.
- Keenam, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk berkorban bagi merealisasikan impian.
- Ketujuh, hargailah dan hormatilah masa orang lain. Disiplin diri amat penting. Jika kita berjalan secara berkumpulan dan menaiki bas, maka janganlah memberi pelbagai alasan tentang kelewatan kita. Satu jam anda lewat, memberi makna insan lain kerugian satu jam untuk beribadah. Samaada anda top celebrity, TanSri/Datuk mahupun jutawan, karyawan, bangsawan dll, sikap menghormati orang lain amat penting. Haji & Umrah memberi tarbiyah ini. Hargailah insan lain di bumi ini supaya Malaikat Maut menghargai anda di saat sakaratul maut menghampiri anda.
Alhamdulilah, Teori RIDZ mampu memberi kepuasan.
Kepada generasi muda, ayuh segerakan perjalanan Haji dan Umrah anda. Perbanyakkan doa dan rancang perjalanan anda.
**************************END***********************
No comments:
Post a Comment