Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, October 13, 2008

Buku Haji Muda: Maklumbalas Pembaca #1

Alhamdulilah, selepas hampir tiga minggu buku Haji Muda keluar dari stor Penerbit dan semakin ramai memilikinya, saya kini menerima berbagai maklumbalas positif. Terima kasih kepada rakan-rakan, bloggers dan insan-insan yang saya tidak kenali yang telah menelefon, menghantar email dan memberi book review di dalam blog mereka.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa nukilan dan maklumbalas pembaca yang telah mentelaah buku Haji Muda sehingga ada yang terpaksa tangguhkan buat kuih raya semata-mata ingin menghabiskan perjalanan virtual haji melalui buku Haji Muda.


“Sdr Ridzwan, anda seharusnya menulis buku ini 10 tahun dahulu!” Tahniah! Puan Z

“Berlinang air mata membaca buku ini. Mengingatkan dosa-dosa yang macam luas lautan..memikirkan adakah ibadah-ibadahku selama ini diterima yg Esa atau tidak. Disebalik kesibukan dengan ibadah dan membuat kuih raya, 2 malam berturut saya tekat menghabiskan buku ini. Hasilnya, 2 bakul baju yang siap berbasuh masih belum dilipat. Takpe..mlm ni lepas tarawikh marathon lipat baju :p” Farrah KL

Saya Berjaya habis baca buku Haji Muda jam 1.30 pagi 11 Okt 2008. Very interesting & Very inspiring and practical”. Azhar O

“Buku ni menjadi salah satu pemangkin dalam memperbaiki diri.....Belum habis baca lagi tetapi, setelah 4 helaian, hati terus tertarik untuk menghabiskan bacaan. Bukunye tidak tebal. Hanya ada 180 muka surat sahaja. Kalo dulu saya tertarik dengan Travelog Haji, kini buku ini menambahkan lagi semangat untuk satu cita-cita suci, Insya-Allah. Haji Muda tulisan Haji Ridzwan Bakar adalah suatu lagi bahan bacaan yang sesuai dalam kita cuba menjadi hamba Allah yang sejati..insya-Allah.” Ct KL

”Perjalanan tulisan Haji Muda mampu membawa emosi saya sebelum berangkat, ketika di Madinah dan di Mekah yang membuatkan saya merasa seolah-olah sayalah yang sedang melakukan ibadat Haji. " Puan N

“Saya berebut dengan isteri untuk menghabiskan buku ini. Very informative and interesting book”. Shah

“Tn Hj Ridzwan, setelah membaca buku Tn Hj dalam tempoh dua hari, semalam juga saya dan isteri terus pergi pejabat Tabung Haji untuk membuat pendaftaran Haji. Haji Muda memberi saya keinsafan. Terima kasih buku Haji Muda”. Abang Zul

“Kalau saya tahu betapa manis dan seronoknya menunaikan Haji, sudah lama saya mendaftar untuk ke Mekah”. Abang Osman

“Wan, Tahniah! Poksu bangga mendapat anak murid cemerlang seperti Wan”
Poksu Shahbudin PERASA, Sifu Psikologi & Kaunseling

“En Ridzwan, terima kasih dengan perkongsian yang amat bermakna ini”.
Cik S, Sabah

”Saya tertarik dengan tarbiah yang tuan perolehi untuk bab Malaikat Subuh: Gula-gula Murah” Profesor Dr Faridah

“Kalau kau baca buku ini, kau dah sampai Mekah, aku serius ni…” Embong, Temerloh

”Saya seolah-olah sudah melengkapkan Haji melalui perjalanan virtual bila membaca buku Haji Muda”. Arif

"Airmata saya berguguran bila membaca buku Haji Muda. Bab Wukuf dan Arafah membuka pintu keinsafan buat diri saya". Pn Yus

"Saya kagum. Dalam kesibukan jadual tugas dan arahan kerja untuk anak buah dibuat melalui alam maya, bos kita ini mampu siapkan sebuah buku yang tinggi nilainya. Tahniah En Ridzwan!" Cik M

Harapan saya moga buku Haji Muda benar-benar bermanfaat kepada ummah.


rehatku cuma di alam barzakh - ridzwan.

3 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih En Ridz kerana menghasilkan buku yang amat bermakna ini..

Farra Da Smiley said...

En Ridzwan, saya dah promote kat kengkawan..ramai nak beli..nanti saya forward maklumat tersebut ok?

kryptq said...

Assalamualaikumm ..

terima kasih kerana menulis buku ini .. semasa berjalan di kedai buku Popular , tergerak hati utk membeli buku Haji Muda ..

Alhamdulillah .. panggilan &semangat utk menjadi tetamu Allah dlm masa terdekat ini makin menebal stlh membaca.. moga2 dimakbulkan Allah ..insyaAllah

mmg satu buku yg kiranya - u can't put it down once u start reading it , bjurai airmata ...

mungkin ade hikmahnya saya kena admitted di hosp tempoh hari - sbb pd masa tulaa yg saya dpt habis membacanya from cover to cover...

sudah pun mempromokan pd rakan2 lain utk membelinya jugaa ..