Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, October 20, 2008

Tip Haji #4 "Terima Kasih"

Bakal Tetamu Allah dan pembaca blog yang budiman,

“Terima kasih”. Ungkapan mudah tetapi nampak agak sukar melaksanakannya.

Buku Haji Muda menyarankan jamaah Malaysia untuk menyebut perkataan ini secara konsisten dan ikhlas. Ucapan “terima kasih” sudah menjadi budaya kita. Kita juga mengajar ucapan ini kepada anak-anak kita.

Semasa menunaikan Haji beberapa tahun lalu, ada segelintir jamaah mempersoalkan tindakan saya mengucapan terima kasih kepada pegawai bertugas TH. Bagi mereka, beribu ringgit sudah dilaburkan kepada TH untuk melaksanakan ibadah Haji. Jadi untuk apa mengucapkan terima kasih kepada TH? Subhanallah, kenapalah kedekut sangat hendak ucapkan ”terima kasih”? Pahala free, kenapa dibiarkan?

Cuba anda fikirkan. Setiap hari atau hampir setiap hari anda ke tempat kerja atau berurusan, anda akan melalui booth TOL Plaza (satu lokasi yang tidak membawa faedah kepada rakyat Malaysia). Bila anda menghulurkan duit, kebanyakkan pemungut TOL ini tidak ada inisiatif untuk senyum, jauh sekali mengucapkan “terima kasih”. Mengapa ya perkara ini berlaku? Saya pernah menegur kawan saya (Pengurus Kanan syarikat yang mengendalikan pungutan TOL ini) kira kira dua tahun lalu, namun saya tidak nampak apa-apa perubahan. Pemungut TOL ini juga anak-anak muda kita, ‘human capital’ bernilai tinggi yang tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Justeru, apa kaitan pemungut TOL ini dengan Haji?

Ucapan terima kasih adalah ungkapan yang mudah, tidak perlu kita memikul seberat 10kg beras. Namun, saya kurang pasti betapa sukarnya kita mengucapkan ”terima kasih” khususnya anak-anak muda pemungut TOL dan para jamaah Haji . Jika kita ke negara-negara Barat, ucapan ini amat mudah dilafazkan disulami senyuman ikhlas.

Kepada bakal Tetamu Allah dan pembaca blog ini,
Tip kali ini menjemput anda untuk berlatih mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita, TH dan kepada semua termasuk kepada pokok dan alam. Ucapan terima kasih yang lahir dari hati yang ikhlas akan membuahkan persahabatan yang berterusan. Saya yakin, ungkapan ”terima kasih” akan memberi kedamaian hati dan fikiran yang mampu membawa jamaah Haji khususnya di dalam meniti renjisan Haji Mabrur.

Saya nasihatkan bakal jamaah, berusahalah sekeras mungkin untuk tidak menempelak dan marah-marah dengan petugas Haji ketika di Tanah Suci nanti. Mereka juga manusia yang tidak boleh lari dari kelemahan. Bantulah mereka dan ucapkanlah ”Terima Kasih”.

InsyaAllah, bersambung tips Haji #5 di tulisan akan datang ...


rehatku cuma di alam barzakh - ridz

3 comments:

benludin said...

salam tuan

terima kasih menjenguk blog saya. Terkejut juga sebab pelawatnya seorg yg bernama besar dlm arena penulisan. Doakan semoga Tuan berjaya dalam karier perakaunan dan penulisan. Amin..:)

Anonymous said...

Salam
Saya ke MPH MidValley Ahad lepas mencari buku2 peneman jiwa. Sebelum ini saya memiliki Travelogue Haji: MSI kali ini saya tertarik memiliki Haji Muda. Semangat saya untuk ke tanah suci sentiasa berkobar2. Doakan saya berkesempatan seperti saudara. Amin.

Anonymous said...

Sdr Benludin & Cik Zarea,
Titian kedamaian menuntut networking yang ikhlas. Doa saya dikejauhan, moga Allah memgizinkan apa yang kita rancang menjadi kenyataan.

ridz