Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, October 17, 2008

Karnival Haji 2008- Projek Blue Ocean

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan / Muslimin dan Muslimat yang dihormati,

Alhamdulilah, dengan keizinan dan kasih sayang Allah projek besar ke 3 saya tahun 2008 (projek yang sudah lama tersimpan dalam khazanah hati saya) iaitu Karnival Haji akan berlangsung minggu depan 20-24 Oktober 2008. Program ini adalah program rasmi kerjasama Badan Kebajikan Islam (BAKIT TM), Unit Hal Ehwal Agama TM dan Surau TM Ibupejabat.

Projek ‘blue ocean’ ini bertujuan untuk :
i. Memberi kesedaran kepentingan Haji dan Umrah di dalam membina masyarakat
ii. Membuka minda dan ‘menyeru’ hati-hati insan untuk melaksanakan Haji dan umrah pada usia seawal mungkin
iii. Meraikan jamaah haji khususnya jamaah haji warga TM
iv. Mendedahkan peranan organisasi-organisasi Islam di dalam pengurusan Haji khususnya peranan besar Tabung Haji Malaysia (InsyaAllah kaunter TH turut dijemput)
v. Meningkatkan ekonomi peniaga kecil muslim dengan jualan khususnya produk berkaitan Haji & Umrah.

Justeru jika anda berkelapangan, anda dijemput untuk mengambil manfaat karnival ini. Di kesempatan itu, buku HAJI MUDA akan turut dilancarkan pada hari perasmian. Majlis Perasmiannya adalah seperti berikut :-
Tarikh : 22 Oktober 2008 / 22 Syawal 1429H ( Rabu )
Masa : 8:30 pagi – 2:00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur

Program:
8.30pagi-10.30pagi – Perasmian
11.00pagi-12.30tgh- Ceramah Perdana Travelog Haji oleh Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim.
12.30-12.50tgh- Taklimat Produk iTalk Tips Dunia Tanpa Sempadan (Salah satu bab dalam buku Haji Muda)

Sepanjang minggu karnival, sesi kuliah berkaitan Haji akan berlangsung ketika waktu rehat tengahari. Moga program ini mendapat rahmah dan redho Allah.

Terlalu banyak rintangan yang saya lalui untuk memastikan visi ’blue ocean’ ini menjadi realiti.

Dengan rendah diri, saya memohon keampunan Allah.


Rehatku Cuma di alam barzakh....Ridz

2 comments:

Azemi Ali said...

Salam Sejahtera Tuan Haji Muda (Dr.)Ridzwan Bakar,
Terima kasih atas doa dan dorongan tuan.Saya dan isteri berazam untuk menunaikan haji dalam masa 2 tahun ini. Dalam tempoh dua tahun ini kami fikir InsyaAllah dapat memantapkan ilmu fardhu ain dan juga mengumpul dana secukupnya. Pesan guru saya mantapkan SOLAT Fardhu. Banyakkan solat sunat. Banyakkan taubat.Kami begitu memerlukan tarbiyah haji setelah mendapat sedikit renjisan tarbiyah umrah bagi bekal perjalanan hidup kami.
Saya sudah habis membaca buku tuan. Saya mendapat perspektif yang baru selepas membacanya seperti sesat di Mina. Saya lebih suka laluan RIDZ berbanding XYZ.
Banyak ilmu baru saya belajar dari buku tuan.
Saya rasa buku tuan sudah pun best seller. Saya perhatikana hanya ada beberapa nashkah lagi buku ini di MPH Putrajaya minggu lepas.

Salam ukhwah.

Anonymous said...

Sdr Azemi,
Jazkallahu khair dan doa saya moga Allah menyegerakan hasrat sdr utk menjadi haji muda. Jemput hadir ke majlis perasmian karnival haji ini.

Ridz