Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, October 23, 2008

Karnival Haji 2008 Satu Realiti


Setiap insan ingin memiliki kenangan hidup. Usaha dan pengorbanan perlu dilakukan. Tidak mudah untuk membuat kebaikan, kerana terlalu banyak mehnah dan cabaran.

Alhamdulilah Majlis Perasmian Karnival Haji 2008 dan pelancaran buku Haji Muda pada 22 Oktober 2008 telah berjalan dengan baik dan lancar.

Terima kasih kepada emak yang saya kasihi, Hajjah Som, kerana dengan doa dan kesabaran kesempitan hidup dapat beliau membesarkan saya untuk berbakti kepada masyarakat. Kepada arwah abah, terima kasih dengan ilmu dan ’semangat Haji arwah Abah’. Moga usaha kecil ini dapat menambahkan keceriaan dan menemani abah di alam barzakh.

Terima kasih kepada guru-guru dan profesor-profesor saya yang amat saya kasihi, khususnya Ustaz Shamsudin, ustaz Mohd Zakuan, Ustaz Nik Mohd Noh dan arwah ustaz Marzuki.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini khususnya kepada TYDP- Tn Hj Baharudin, Tn Syed Ibrahim, AJK Karnival Haji, AJK BAKIT & HELWA, Unit Hal Ehwal Islam TM- Ustaz Zul, Surau TM Ibupejabat, Unit Corporate Event-Raja Azlan, Alya & Azlin, Unit Corporate Communication- Saiful, Bhg Customer Service Mgmt, Unit Product Marketing-Azhani & Fara, Unit Urus Bangunan- Norazah dan semua yang terlibat menjayakannya.

Kepada tetamu khas Datuk Bazlan Pengarah Eksekutif TM, rakan-rakan korporat Senior GM Tabung Haji – Hj Salleh, Senior GM Bank Islam- Dato’ Wan, Pn CEO Noraini, Tn CEO Hj Sharif, tetamu undangan Prof Abdullah Hassan, Prof Kamil, Pn Hajjah Ainon dan Vice President Tn Ismail Nordin.

Juga ucapan yang tidak terhingga kepada abang saya Tn Hj Rosli, rakan-rakan saya Dr Tengku Asmadi, Prof Syed Omar, Rusdi, kak Fauziah, Khairullah dan Rezianna dengan kehadiran dan sokongan.

Kepada penulis-penulis hebat PTS yang menyokong usaha murni ini khususnya Tn Fadhil, Tn Shamsuddin, Cik Pn Norela, Cik Pn Ain Maisara, Amaar; warga PTS Islamika Tn Arief, Tn Faris, Tn Imran, Cik Firdaus, Roslan dan krew PTS. Terima kasih juga kepada krew media dan wartawan.

Akhir sekali terima kasih kepada semua jamaah Haji yang telah menghadiri program besar ini. Kami telah berusaha yang terbaik untuk semua jamaah. Kami gembira dapat berbakti kepada anda, bakal tetamu yang dimuliakan oleh Allah.

Doakanlah di Tanah Suci nanti bahawa misi menghidupkan semangat Haji Muda bukanlah satu angan-angan.

Moga Allah memberkati usaha ini. Ampunilah kami Ya Allah.


Rehatku Cuma di alam barzakh...ridz

3 comments:

NORLELA ZUBIR said...

Tuan Ridzwan yang dihormati,

Ucapan tahniah buat tuan. Majlis pelancaran buku tuan sungguh istimewa, diserikan pula dengan tazkirah lebih sejam oleh penceramah selebriti yang juga penulis paling ngetop PTS, Prof Kamil Ibrahim.

Semoga buku Haji Muda mendapat sambutan sehebat buku Travelog Haji kerana usaha membukukan pengalaman-pengalaman haji itu sangat mengesankan di hati pembaca dan menjadi pendorong kuat mengubah sempadan iman.

Semoga ada kesempatan di lain masa untuk mengenali tuan sebagaimana perkenalan dengan Prof Kamil (yang bermula di majlis pelancaran bukunya), sementelah lagi kita sama-sama menulis di bawah penerbitan PTS. Salam.

NORLELA ZUBIR said...
This comment has been removed by the author.
ridzwan said...

Cik puan,
Terima kasih kerana menghadiri pelancaran buku Haji Muda dan perasmian karnival Haji. Moga Allah memberi kita kekuatan untuk berbakti kepada masyarakat.