Pembaca bog budiman dan para tetamu Allah 2008,
Tentu sekali anda tidak sabar-sabar untuk berangkat menunaikan Haji. Rombongan KT 1 akan berlepas pada 30 Okt 2008 beberapa hari sahaja lagi.
Kepada jamaah yang pertama kali pergi, sudah tentu persiapan yang dibuat lebih rapi. Buku Haji Muda membicarakan perkara ini secara umum dan bagaimana persiapan fizikal ini mampu membantu jamaah dari sudut emosi. Di kesempatan ini , blog ini ingin menghulurkan tips berikut:
1. Beli bag beroda dan mempunyai tali/ pemegang supaya mudah ditarik.
2. Tidak perlu bawa barang banyak. Bawa sekadar keperluan sahaja
3. Sekiranya anda menunaikan Haji Tamatuk, beli ihram di Madinah (tidak perlu di bawa dari Malaysia).
4. Baju Melayu / baju kurung (2 pasang)
5. Jubah boleh di beli di Madinah kerana lebih murah dari di Malaysia
6. Buat tagging ke atas semua beg
7. Bawa Kamera/ Kamkoder
8. Beg Sandang TH (beg ini penting untuk menyimpan dokumen-dokumen penting dan vitamin/ubat)
9. Beg kecil TH (penting semasa transit di Jeddah). Isi beg ini dengan kain pelikat/telekong, berus dan ubat gigi, tuala kecil, sehelai tshirt, keperluan peribadi seperti seluar dalam, keperluan peribadi wanita, vitamin/ubat, pakaian sejuk.
10. Tidak perlu membawa makanan atau minuman seperti kopi, milo, magi, kicap, sos dsbnya. Hampir semua barang keperluan ini di jual di Mekah dan Madinah. Hatta minuman seperti kopi tongkat Ali dan Kacip Fatimah juga di jual di Bin-Dawwod hypermarket (Saya tidak berniat untuk mempromosi hypermarket ini tetapi untuk memudahkan jamaah mencarinya).
Blog ini ingin menekankan supaya jamaah bersiap untuk menghadapi suasana sejuk. Justeru, pakaian sejuk/blazer boleh terus di pakai ketika di KLIA atau dalam kapal terbang.
Selamat Berangkat.
rehatku cuma di alam barzakh...ridz
2 comments:
assalamualaikum
haji ridzwan,
first of all, tahniah di atas pelancaran buku haji muda...saya telah mendapatkan buku di MPH SACC Mall. menarik dan telah memberi panduan yang berguna kepada saya dan suami.
cuma saya nak tanya, bagaimana dengan preparation ubat-ubatan. Apakah ubat2 yang sesuai dibawa. (kecuali ubat yang memang sepatutnya bag penyakit yang sedia ada cthnya darah tinggi, kencing manis dsbnya).
terima kasih.
Jazakallhu khair,
Tips mengenai ubat ada dalam checklist tips yang bakal saya tulis.
Terima kasih kerana bertanya.
Post a Comment