Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, December 27, 2012

KHM: Perjalanan Masih Jauh...



Nota:  Perjalanan kami masih jauh.  Banyak agenda yang ingin kami laksanakan. Fikiran kami  agak sibuk untuk membina lebuhraya yang lebih besar agar lebih ramai mendapat manfaat kewujudan KHM.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Pertama sekali Terima kasih dengan sokongan anda kepada usaha Kelab Haji Muda (KHM) Wadah Anuiti Akhirat, The Smart Way To Serve ALLAH. Banyak pengalaman manis dan indah dikongsi di blog ini, di facebook/kelabhajimuda dan facebook/drridzwan. Hakikatnya, di belakang tabir alam maya, kami bersilat dengan cabaran, masa, limitasi, wang, sangat kurang insan yang tampil untuk membantu execution, tidak dilayan oleh  insan ternama yang kami ingin menumpang sinergi dakwah dan pelbagai mehnah kehidupan.  Ini semua adalah cabaran buat kami. 

Sokongan anda menghidupkan semangat kami. Inilah kekuatan ukhuwah dan kasih sayang atas jalan Islam. Dunia ini bukannya tempat untuk kita melepak. Dunia ini singkat tetapi kita disibukkan dengan pelbagai urusan duniawi sehingga ALLAH menjadi secondary. Yang pasti, dunia ini memang meletihkan dan menyusahkan. Seandainya dunia ini bukan tempat ujian, maka sudah pasti tiada dicipta sakit dan kesulitan.

Maka jomlah kita manfaatkan masa dan kekuatan kita untuk bekerja di jalan ALLAH.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang perlu dimaklumkan kepada semua sahabat KHM (samada ahli atau bukan ahli):-

1.  Jumlah kutipan Dana Wakaf Kemboja sehingga 25hb Disember 2012 ialah RM44,734.00.
     Alhamdulilah. Terima kasih dengan keikhlasan anda menginfaqkan sedikit harta untuk kerja amal ini. Dana ini masih jauh dari sasaran USD500,000.  Exco KHM telah bersetuju untuk meluluskan penghantaran dana sebanyak USD14,000 ke Kemboja secepat mungkin bagi membantu kerja-kerja awal Kompleks Pendidikan Islam Al-Ihsan.

2.  Program Wisata Rohani Bandung No 2 akan diadakan pada 28hb Feb-3 Mac 2013.  Penyertaan dibuka kepada semua tidak mengira individu atau berkumpulan. Sila email kelabhajimuda@gmail.com.

3.  Exco KHM bersetuju untuk mengekalkan blog ini  ie. HAJI MUDA sebagai blog yang menghubungkan KHM dengan masyarakat. Blog ini akan menyelitkan tazkirah, penulisan berbentuk inspirasi dan motivasi Islami serta pengumpulan ilmu/artikel bagi manfaat bersama.  Di samping itu, facebook/kelabhajimuda  dan facebook/drridzwan akan digunapakai untuk mengemaskini maklumat aktiviti dan tazkirah ringkas.

4.  Untuk projek-projek tahun 2013, kami akan maklumkan dari masa ke semasa di blog dan facebook.

MasyaALLAH & Tabarakallah.

Saturday, December 22, 2012

Makluman Umrah Mac 2013


Assalamualaikum
Alhamdulilah masih ada 8 tempat kosong untuk program Umrah 2013 20 Mac-3 April.  InsyaALLAH, peserta /bakal tetamu ALLAH akan mendapat sedikit keistimewaan melalui program ini antaranya:-

1.  Lebih lama di Tanah Suci (dijadualkan 15 Hari keseluruhan program).
2.  Berpeluang menunaikan solat jumaat 2 kali, iaitu sekali di Madinah dan sekali lagi di Mekah.
3.  Menaiki pesawat terus Saudi Airlines.

Beberapa program tambahan InsyaALLAH akan saya usahakan (bergantung kepada masa, kesesuaian dan sokongan logistik).

Untuk tempahan 8 tempat kosong, mohon hubungi saya terus.  Terima kasih.


Friday, December 14, 2012

Hati Redup


Nota HM:  Amalkanlah zikir ini jika terasa hati redup


ALLAH maha tahu lintasan hati kita. Maka sudah tentu ianya penting untuk kita semak hati jika tiba-tiba ianya redup. Bila hati gersang, fizikal turut resah terasa jauh dari pertolongan dan rahmat ALLAH.

Bila hati ini gersang, ianya tidak mampu membuat kita menangis.  Bahkan diri  yang banyak ketawa akan membikin hati mengeras.  Insan-insan yang hatinya berfungsi akan menghasilkan anjakan mengenali dirinya, lanjut mengenali Penciptanya.

Ketika berkongsi di dalam ceramah ‘happiness’ di sebuah institusi pada pagi semalam, saya cuba menyentuh bahawa kebahgiaan hakiki ada dalam khazanah hati.  Aksesori kehidupan dan kemewahan tidak mampu mencipta nilai dan kebahgiaan.  Kaji selidik yang saya lakukan mendapati lebih 50 Peratus peserta program mempunyai elemen kurang bahagia atas factor-faktor yang hanya mereka memahaminya. Ianya adalah normal, tiada tempat yang dapat memberi jaminan kebahgiaan/happiness kecuali  syurga ALLAH.

Kesibukan mengejar dunia menyebabkan kita kesuntukkan waktu untuk menilai hati nurani. Banyak waktu dan wang dibelanja untuk memenuhi aksesori kehidupan berupa kemegahan fizikal. Kita berlumba mengejar  aksesori yang bisa luput dan tidak kekal, sedangkan hati kita menjadi second class citizen dalam kamus hidup.

Maka bicaralah dengan hati, mangapa kamu redup? Mengapa  hidup kelihatan lesu dan tidak bermaya?  Mengapa secara tiba-tiba semangat hilang dan hala tuju keberantakkan?  Persoalan-persoalan ini akan membawa kita tidak bahagia.

Sesungguhnya kita amat sibuk dengan keperluan dunia. Ayuhlah kita harungi hidup ini dengan menambatkan hati kepada Pemilik hati. Fizikal kita harus sibuk untuk urusan dunia dan lebih mustahak  hati kita juga perlu disibukkan dengan ALLAH pemilik dunia dan hati.

“Hanya dengan mengingati ALLAH, maka jiwa akan tenang” (Ar-Rad: 28)


Thursday, December 13, 2012

Wisata Rohani 3c: Tangkuban Perahu

Foto: Gambar di Tangkuban Perahu

Pagi Sabtu 1hb Disember, jamaah dibawa bersiar di daerah pergunungan Tangkuban Perahu.

Wisata Rohani 3b: MABIT- Malam Bina Iman & Takwa

 Foto:  Tabung Infaq Palestin juga berjalan sepanjang program MABIT ini. Forum berakhir jam 1.30 pagi.

Foto: Wakil KHM, adik Afif UIA, membicarakan kejayaan Bisnes Yahudi


Wisata Rohani 3a: Masjid Biru Lembah Ciater


Foto:  Jamaah KHM di Masjid Biru 1 Dis 2012


Wisata Rohani 2d: Masjid Bojongloa Bandung. Kenangan Indah


Alhamdulilah, masjid ini terbina hasil sokongan anda semua.  KHM hanya sebagai  WADAH ANNUITI  AKHIRAT. Jomlah bersama-sama membantu  EXCO KHM mengerakkan lagi program-program legasi kehidupan.

Foto:  Menyampaikan Khutbah Jumaat dan Mengimamkan solat Jumaat (foto ihsan ustaz Kauthar)

Foto:  Plakat  Perasmian Masjid


Wisata Rohani 2c: Jumaat 30 Nov: Perasmian Pembentukan Komunitas Haji Muda Indonesia

Foto:  Termetrai Pembentukan KHM Indonesia. Kesungguhan sahabat-sahabat KHM Indonesia sangat mengkagumkan. Difahamkan potensi keahlian bisa mencecah 600 ribu pemuda/i



 Foto:  Plakat Pembentukan KHM Indonesia di tandatangani oleh Penasihat KHM, Tn Hj Sabtu Md Ali

 Foto:  Menyerahkan jaket KHM kepada Wakil Gabenur, Bapak Dede

Foto:  Menyerahkan cenderahati kepada Bapak Dede

Wisata Rohani 2b: Perasmian Masjid Desa Bojongloa Jumaat 30 Nov 2012

 Foto: Kanak-kanak sekolah menanti kehadiran tim KHM. Kibaran bendera Indonesia 
di sepanjang jalan kampung menuju Masjid

 Foto:  Ketibaan Wakil Gabenur Jawa Barat bersama tim KHM dan VIP

 Foto: Majlis Perasmian Masjid

Foto:  Muslimah KHM Malaysia. Tudung hijau soft-green warna korporat KHM

Foto:  Wakil Gabenur bersedia untuk memotong riben/bunga  simbolik  perasmian Masjid

Friday, December 7, 2012

Wisata Rohani: Hari ke 2a - Jumaat 30 Nov




Pagi Jumaat,  jamaah diuji dengan kekentalan bertahan untuk menghidupkan hati.  Azan pagi dan bacaan Subuh imam amat menarik hati yang lemah ini.  Selepas solat, bacaan al-mathurat,  Talk show live MQTV  telah diatur antara Kiyai Aa Gym dan wakil KHM.

Slot Talk show live antara saya dan Aa Gym berjalan lancar diselit dengan jenaka ikhlas Pak Kiyai.  Diskusi  menyentuh  kenapa KHM berusaha membina masjid,  mengapa diujudkan Kelab Haji Muda,  Apakah signifikan pembentukkan Komunitas Haji Muda (KHM Indonesia) kepada pembangunan ummah dan apakah nilai haji/umrah dalam kehidupan.

Selepas sesi  Talk show,  diskusi lanjutan dilakukan di bilik tetamu Darul Tauhid. Kelihatan Aa sentiasa gembira menerima kunjungan ini.  Banyak perkara yang beliau pesan kepada saya yang saya akan tulis dari masa ke semasa. Misi hidup dikongsi bersama. 

Selepas itu, jamaah bersiap untuk check-out bagi meneruskan program selanjutnya. Jam 8 pagi, bas bergerak meninggalkan Darul Tauhid menuju  Rancaekek Desa Bonjongloa kira-kira dua jam perjalanan.

Wisata Rohani: Hari 1 Khamis


Foto:  Jamaah Wisata Rohani di hadapan hotel Cottage Darul Jannah, Bandung

Alhamdulilah program wisata rohani telah berjalan dengan baik.  Sebaik mendarat di Bandung jam 4.30 petang Hari Rabu 28 Nov, jamaah seramai 42 orang dijemput oleh petugas MAQDIS Travel terus makan malam.  Selepas taklimat ringkas,  jamaah meneruskan acara  dengan shopping di Factory outlet di Kota Bandung.


Program Wisata Rohani (WR) bermula dengan solat Subuh Khamis di Masjid Darul Tauhid. Selepas solat subuh, majlis diteruskan dengan bacaan al-mathurat  diikuti dengan tausiah pimpinan Kiyai Haji Aa Gym.


 Foto:  Suasana tenang Darul Tauhid

Selepas sarapan pagi, jamaah terus bersiap untuk  shopping ke Pasar Baru hingga lewat petang. Nada Azan Maghrib Madinah berkumandang  di Masjid Darul Tauhid dan masyarakat berduyun ke masjid. Disebelah malam, jamaah diisi dengan pengajian tauhid dan tazkirah asmaul-husna dan qiyamulail. Masjid Darul Tauhid  agak padat dengan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk bumi Jawa.

Bersambung...

Sunday, December 2, 2012

wisata rohani bandung

alhamdulilah program wisata  rohani bandung baru sahaja berakhir. jamaah sekarang ini berada di airport bandung menunggu pesawat pulang ke kl.

saya memohon maaaf kepada semua tetamu blog ini kerana blog ini  sepi sejak beberapa hari. jadual program saya agak padat.

tuan puan boleh mengikuti perkembangan program wisata rohani ini di facebook kelabhajimuda atau fb drridzwan

saya masih ada beberapa acara di garut untuk bertemu dengan kepimpinsn koperasi syariah petang ini dan membentngkan hasil kajian saya di sebuah institusi pengsjian tinggi esok pagi. dan hari selasa menjadi ahli panel business forum di bandung.

insyaallah saya akan menulis wisata rohani ini selepas saya kembali ke tanahair.

Tuesday, November 20, 2012

Penjelasan: Dana Wakaf Kemboja



Foto:  Bilik darjah yang uzur, tiada kipas, berlantaikan bumi ALLAH (tidak bersimen), 
hujan masuk air dan sangat daif.

Alhamdulilah saya menerima beberapa email bertanya soalan berikut:-
"Saya kurang berkemampuan untuk membeli Sijil Wakaf bernilai USD100=RM315 itu.  Bolehkah saya masukkan sahaja beberapa RM ke akaun dana ini mengikut kemampuan saya?"

Penjelasan:
Ya, sudah tentu boleh. Yang penting, ikhlaskanlah diri untuk membuat kerja amal ini. Niatlah untuk berwakaf dan membantu golongan yang sangat-sangat memerlukan. Sijil wakaf bernilai USD100 bukanlah ditetapkan oleh KHM. Ianya telah ditetapkan dan dicetak oleh Institut Pendidikan AL-Ihsan Kemboja. KHM cuma menghulurkan bantuan dan akan sentiasa membantu jika mendapat sokongan dari teman-teman khususnya Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. 

Tarikh Tutup:
Tabung Dana Wakaf ini akan kami buka hingga 31hb Disember 2012 kerana KHM bercadang untuk melancarkan dana baru pada bulan Januari 2013 nanti. 

JikaTidak Capai Sasaran?
Sasaran tercapai atau tidak bukanlah kehendak kami. Sudah tentu kami mengharapkan dapat mengumpul 5,370 0rang yang boleh membeli sijil ini.  Kami akan buat kerja kami dan kami serahkan kepada ALLAH untuk menentukan keberhasilan dana ini menjelang tahun baru 2013. Limitasi yang kami ada bukanlah halangan untuk mencapai sasaran. 

Apa yang Perlu Dibuat?
Sebagaimana kaedah  syarikat MLM/jualan langsung, mereka sanggup berusaha hingga  ke tengah malam untuk menjual produk mereka demi mengejar  bonus dan komisen. Mereka juga bekerja keras untuk menaja atau rekruit ahli baru untuk mengerakkan hasil jualan produk MLM. 

Jika kaedah MLM digunapakai (tiada bonus RM cuma bonus dan komisen akhirat menanti), saya yakin sijil ini akan fully- subscribe menjelang Jan 2013.  

Nota: Kepada sahabat-sahabat di Brunei Darussalam, 100 keping Sijil Wakaf ini akan saya poskan sebelum saya berangkat ke Bandung, InsyaALLAH. 

Moga usaha ikhlas ini akan berjaya. Amin!

Makluman Umrah Cuti Sekolah Mac 2013


Assalamualaikum,
Penyertaan bagi program Umrah Cuti Sekolah Mac 2013 masih dibuka.  Masih ada 17 tempat kosong.

Kepada Bakal Tetamu ALLAH MAc 2013, anda dinasihatkan untuk hadir Program Ilmu KHM pada 25 Nov ini  bagi memulakan ekspedisi  pengislahan hati & transformasi diri.  Kepada alumni Umrah KHM 2012, anda juga dijemput hadir sama bagi program pasca umrah dan ikatan ukhuwah serta kasih sayang.

Makluman Program Ilmu Kelab Haji Muda


Assalamualaikum semua,
Moga sentiasa ceria dan di bawah perlindungan ALLAH.

Anda semua dijemput untuk hadir ke Program Ilmu KHM seperti di poster di atas.

Terima kasih.

Sunday, November 18, 2012

Israel: Tunggu apalagi masuk ajelah ke Gaza...

 On Friday 17th November, The Times British newspaper said that Israeli Army will launch a ground invasion to destroy Hamas military infrastructure and rocket stocks across the Gaza Strip within the 48 coming hours.
The newspaper also said that thousands of Israeli soldiers were prepared to storm Gaza, 60 minutes after the Palestinian militants launched rockets at Israeli cities. An Israeli official told the newspaper that the army troops are ready and waiting for orders in order to raid Gaza.
Petikan BBC news 17 Nov 2012.  75,000 Israel army ready to storm Gaza

Ketika Pemimpin Tentera Bergajah memberi kata dua kepada Abdul Mutalib (Datuk Rasululah s.a.w) supaya arahkan semua penduduk Mekah keluar dari Mekah  kerana tentera bergajah akan storm Mekah, maka berkatalah Abu Mutalib

“Sesungguhnya, bumi Mekah bukan milik kami. Walaupun aku adalah pemimpin Mekah tetapi  aku tidak mampu membuat arahan sedemikian.”

Mengapa?

Tambah Abdul Mutalib “Kerana bumi Mekah adalah bumi suci dan mempunyai Penjaganya sendiri. Jika kamu mahu juga menghancurkan Kaabah, maka silakanlah..." (apa tunggu lagi masuk ajelah..)”

Nota:  Jika anda mengikuti rombongan Umrah KHM, kami akan tunjukkan lokasi di mana tentera bergajah yang sombong itu dimusnahkan oleh tentera ALLAH.


Nota Ringkas KHM:

Wahai Israel laknatullah,  apa tunggu lagi  segeralah masuk   to storm Gaza.  75,000 tentera dikerahkan tidak akan mengerunkan insan yang memegang syahadah kerana syahadah  bukan semata-mata dibibir kami.

Wahai Israel laknatullah, Tak perlulah fikir panjang, masuk ajelah Gaza kerana Tentera  ALLAH berjubah putih bersedia menanti kesombongan kamu yang sentiasa merosakkan  hubungan kemanusiaan dan keimanan. Pegawai keselamatan Gaza atau Hamas tidak akan mampu menahan kemaraan 75,000 tentera kamu sebagaimana tidak mampunya Abdul Mutalib mempertahankan Mekah.  Tetapi  tentera ALLAH akan hadir menunjuk jalan keluar untuk kamu.

Kepada pemimpin Islam hipokrit seperti  Bassyar  Assad, hentikan kejantanan kamu yang tidak berfaedah itu dengan membantu Palestin. Tiada faedahnya untuk menghentam rakyat sendiri  kecuali  kamu sangat cinta dunia yang sudah sebati  dan ingin terus dinikmati. ALLAH telah terbalikkan Firaun, maka tidak mustahil bagi ALLAH untuk terbalikkan kamu!

Kepada  pelajar-pelajar   PhD/Masters (anak jati Gaza) di bawah penyeliaan saya yang kini sudah kembali ke Gaza untuk berkhidmat, nothing much we can do but truly ALLAH will send HIS army to protect Gaza. We will pray for you.  

"Minggu lepas anda menangis di depan saya, hati saya yang keras inipun menangis kerana kamu. Pelukan ukhuwah antara kita mungkin berakhir di sini. Mungkin ini adalah pertemuan terakhir buat kita. Kembalilah ke pangkuan ibubapamu dan pertahankanlah tanahairmu. Jika aku menjadi kamu, aku juga akan kembali pertahankan hak aku dibumi aku...... ALLAHU AKBAR!

Mungkin tentera ALLAH  sedang  meniupkan semboyan  kepada Israel,  Please come ….

 Foto:  Tentera ALLAH berjubah putih bukanlah cerita baru di Palestin

Thursday, November 15, 2012

Hijrah, Pengorbanan dan Dana Wakaf


Assalamualaikum,
Kehadiran Tahun Baru Hijrah 1434 sudah tentu menceriakan. InsyaALLAH, KHM akan terus memberi komitmen untuk mentarbiah diri sendiri dan menyediakan program pra/pasca haji/umrah demi memangkin semangat  mujahadah haji/umrah supaya sentiasa membara. 

Jomlah kita menginfaqkan sedikit harta kita dengan membuat orang lain gembira apatah lagi demi memastikan Islam terus terbina dan aqidah dipertahankan khususnya di negara minoriti Islam. KHM Wadah Annuiti Akhirat hanyalah satu platfom amal yang diuruskan secara part-time oleh golongan professional yang akan memegang amanah tuan/puan. Kami sedang berusaha mencari seramai 5,370 hamba ALLAH Pencinta Sedekah untuk bersama-sama kami menaiki cruise KHM menuju destinasi kompleks Pendidikan dhuafa yang diimpikan. 

Harapan kami, moga tahun hijrah 1434 ini akan menjadikan kita lebih kreatif dan produktif untuk mencari ruang-ruang pengorbanan seperti pengorbanan para sahabat ketika berhijrah meninggalkan bumi Mekah tercinta.

Nota:  Sila dapatkan akhbar Sinar Harian esok Jumaat dan Majalah Nur Disember 2012, untuk sedikit perkongsian dari hamba ALLAH.

Salam Hijrah 1434

 Foto:  Masjid Nabawi, kecintaan yang tidak boleh dijual beli.

Saya, ahli keluarga serta semua EXCO KHM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hijrah 1434 kepada semua pengunjung blog ini, moga kita dapat terus memperbaiki diri dan istiqamah untuk membantu orang lain khususnya golongan dhuaafa. 

Ketika Berhijrah, Rasululah s.a.w berdoa,  “Wahai Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kami mencintai Makkah, atau bahkan lebih dari itu. Kami mohon, jadikanlah iklimnya menyehatkan bagi kami. Tambahkanlah keberkahan didalam takaran (shaq dan mud) kami, dan pindahkanlah panasnya Madinah hingga ke Juhfah.” (Bukhari).

Allah (SWT) mengabulkan doa baginda dan bagindapun terus menetap di Madinah karena kecintaan baginda terhadap kota ini. 

Bagi kita pula, semaklah diri dan lakukanlah hijrah diri supaya kita lebih bebas   untuk melakukan apa yang kita suka.

Foto:  Pemikiran sempit hanya menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri 


Jom bebaskan diri dari dunia kecil dan pemikiran sempit kepada dunia global berwawasan dan fikiran luas. Dunia ini luas untuk kita terokai dan iman yang ada perlu diperbaiki. Hati yang gelap akan menjadikan dunia ini juga gelap.

Sunday, November 11, 2012


 We are committed to seek  'business opportunity Akhirat'
KHM The Smart Way to Serve ALLAH


Ramadan mendidik kita untuk menjadi insan bertakwa.  Eid-fitr dan Eid-adha pula sudahpun berlalu.  Kini, kita kembali menjalani hidup ‘normal’  sebelum Ramadan. Minggu depan tahun baru hijrah muncul kembali.  Roda kehidupan terus berputar samada kita bekerja di jalan ALLAH, bekerja untuk manusia atau bekerja untuk perut dan mata, atau sibuk dengan tv dan tidur, usia kian menuju pinggiran.  

Usaha saya untuk menyiapkan buku no 4 sentiasa tercabar dengan kesibukan. Petang tadi siapkan tulisan untuk artikel Hijrah akhbar Sinar Harian yang bakal disiarkan jumaat minggu depan.  Buku ini InsyaALLAH dalam proses disiapkan. Moga ALLAh beri kekuatan dan konsentrasi.  Pun begitu, ada dua perkara signifikan yang ingin saya kongsi.

Kes #1 

Minggu lepas saya menerima email berikut:- 
“Dr, rugi rasanya sebab saya tidak menyumbang satu senpun dalam dana Annuiti AKhirat  Masjid yang Dr usahakan. Saya silent follower blog Dr tetapi saya Cuma menjadi pemerhati sahaja selama ini. Saya ingin menebus kesilapan saya. Jadi Bolehkah saya terus bersedekah setiap bulan secara konsisten ke Akaun Dana Annuiti AKhirat KHM?”

 Jawapan saya: 
Alhamdulilah, Terima kasih dengan keazaman ini. Anda bukan sendirian. Ada beberapa lagi rakan-rakan kita meluahkan perkara yang sama. Anda yang menjadi follower blog dan memberi komen pembaikan juga mendapat pahala, apatah lagi jika bersama-sama menjayakan program wadah annuiti akhirat KHM.

Walaupun Dana MAsjid sudah mencukupi, InsyaALLAH sumbangan anda masih tetap dialu-alukan.  Pertama, kerana  projek Wakaf Kemboja akan dilancarkan sedikit masa lagi. Cuma saya agak teliti dalam soal ini. Saya telah meminta sahabat2 kita buat pelan bangunan merangkumi  blok  pengajian dan blok asrama sebelum dana kita usahakan. Bila pelan pembangunan kompleks pendidikan  siap dan saya/Exco KHM berpuas hati, InsyaALLAh  pengumpulan dana akan diusahakan.

 Kedua, banyak lagi projek ada dalam perancangan. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa termasuk  kompleks ilmu di Malaysia, jadi sudah tentu  memerlukan dana yang besar dan komitmen yang tinggi.

Ketiga, banyak lagi projek yang dirancang. Cuma kemampuan saya dan masa saya agak terbatas. Begitu juga, Exco KHM sedia adapun ada limitasi masing-masing. Lantaran, sukarelawan amat diperlukan.

Justeru, jika sdr/I ingin menginfaq RM secara berterusan setiap bulan  bolehlah masukkan duit terus ke Akaun ‘KHM Dana Annuiti AKhirat’ (sila rujuk makluman ruang sebelah kanan blog ini cara-cara menginfaq/sadakah. 


KES #2
Kawan lama saya, saudara Rosli, menemukan saya dengan seorang hamba ALLAH.  Hamba ALLAH ini  menawarkan sebidang tanah pusaka untuk diwakafkan bagi tujuan pendidikan.  ALhamdulilah, saya sudah lama ingin war-warkan dalam blog ini jika ada sesiapa berhasrat untuk mewakafkan tanah untuk kerja kebaikan yang kita akan usahakan bersama.  InsyaALLAH,  KHM akan bantu mana yang mampu.

Alhamdulilah, moga peluang perniagaan Akhirat  akan dapat kita bangunkan bersama  kerana KHM  hanyalah  Wadah Annuiti Akhirat- milik  anda dan kita bersama. KHM memberi peluang untuk kita sama-sama beramal. Dana diuruskan secara professional dan amanah.

Friday, November 9, 2012

Makluman Sijil Wakaf


Foto:  Sijil Wakaf

Pertama sekali terima kasih dengan minat dan niat tuan/puan untuk menyumbang ke Dana Wakaf Kemboja. ALLAH lebih berhak memberi pengiktirafanNYA.  

Oleh kerana banyak pertanyaan memasuki  email KHM dan Bendahari, maka sesungguhnya kami tidak mampu untuk menjawab ke semua email.  Memandangkan semua EXCO KHM juga bekerja dan hanya menjalankan urusan KHM secara part-time, maka  sedikit  inefficiency  mungkin berlaku untuk respon kepada email tuan/puan.

Justeru, kami telah meneliti proses pembelian sijil wakaf  dan  ingin memaklumkan perubahan berikut:-

1. Menggunakan metod yang sama seperti pembinaan MAsjid Bojongloa.  Iaitu tuan-puan    boleh terus  memasukkan wang ke Akaun Dana Annuiti AKhirat tanpa perlu menghantar email kepada kami.  Pendekatan ini lebih efficient dan mudah diurus.

2.  Tuan/puan boleh menghantar email ke bendahari.khm@gmail.com  untuk tujuan notification bahawa sumbangan telah dikreditkan ke Akaun.

3.   Bagi menjimatkan kos operasi, masa dan tenaga,  sijil wakaf ini akan diurus sendiri oleh Sekretariat  Dana Wakaf KHM.

4.  Bagi mereka yang mahukan sijil, bolehlah hadir sendiri untuk mendapatkannya dengan menghantar email ke bendahari.khm@gmail.com

Gambar Sijil:-

 Foto:  Setiap sijil mempunyai nombor siri untuk tujuan kawalan kesahihan Sijil


Foto: Tercatat dengan jelas nilai satu sijil USD100

       InsyaALLAh kami akan uruskan dana ini dengan penuh amanah. KHM memohon maaf akan 
      kelemahan kami untuk respon kepada semua email. InsyaALLAH bila KHM sudah mampu untuk mempunyai  pegawai full-time menguruskan operasi KHM, efisiensi akan kami pelihara.

      Moga ALLAH menerima amalan kita dan mengampunkan kelemahan di pihak kami.




Thursday, November 8, 2012

Program KHM No 7/2012 Makluman Awal

Assalamualaikum,
Alhamdulilah & InsyaALLAH KHM akan menganjurkan Program No 7/2012  sebagai sebahagian usaha untuk mendidik hati dan diri ke arah insan yang lebih baik dari semalam. 

Entri ini adalah Makluman Awal agar anda yang berminat dan mempunyai ruang waktu dapat merancang jadual harian dan keluarga khususnya bagi mereka yang menetap di luar Lembah Klang.  Juga dijemput Alumni Umrah KHM dan bakal jamaah Umrah 2013 KHM untuk hadir sama sebagai satu usaha tarbiah pra dan pasca haji/umrah.



PENGUMUMAN PROGRAM KHM 

Dijemput hadir beramai- ramai - Ada solat berjemaah, pengisian rohani, taklimat program dan perancangan aktiviti annuit akhirat KHM :

Bila : 25hb November (Ahad) / 11Muharam 1434H
Dimana : Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya (depan Sbg Parade)


Waktu : 

6am      Solat Subuh berjamaah diikuti dengan Kuliah Subuh
7.30am  Sarapan Pagi 
8.30am  Solat Dhuha
             Kata aluan Presiden KHM 
             Ceramah interaktif (akan dimaklumkan bila sudah confirm)
10.00   Taklimat  KHM   Way forward  Perancangan  1434Hijrah/ 2013Masihi
            Taklimat  Program Bandung, Umrah 2013 dan  Wakaf
11.30   Tamat Program

Banner rasmi akan diupload di blog ini dan fb/kelabhajimuda   fb/drridzwan dalam tempoh terdekat, InsyaALLAH.




Wednesday, November 7, 2012

1433Hijrah: KHM Wadah Annuiti Akhirat Ianya Bermula di sini


Foto November 2011:  Ilham hadir di Puncak Darajat

Sesungguhnya manusia tidak mampu berfikir hikmah dan kebijaksanaan ALLAH.  Ada kalanya, kita ingin melakukan sesuatu yang kita sangat mahu, tetapi ALLAH tidak mengizinkannya.  Ada kalanya kita bersahaja tetapi, ALLAH mahu kita serius melengkapkannya. Program Wadah Annuiti Akhirat bermula dengan masjid ini. (Boleh rujuk tulisan dan posting terdahulu di blog ini bagaimana idea ini muncul dan semangat kerjasama yang ada dalam diri kita sama-sama realisasikannya).

Foto November 2011:  Tanah desa  yang menjadi persinggahan kambing dan lembu.

Atas kebesaran ALLAH, usaha dilakukan dan dengan sokongan anda semua, initiatif di bentuk untuk membina sebuah masjid di desa yang amat memerlukan. Kita berganding bahu, mencurah idea, dana, memberi komen dan memberi sokongan berterusan. Dana Masjid dilancarkan pada bulan Februari 2012.

Foto Mei 2012:  Masjid Bojongloa disegerakan pembinaan 

Bulan Mei 2012, projek rancak berjalan.  Sasaran diberikan kepada teman-teman KHM di Bandung. Mesti Siap dan digunakan 1 Ramadan 1433/2012.

 Foto Julai 2012/28 Syaaban 1433H:  Masjid siap 

Dengan izin ALLAH dan sokongan semua, masjid ini siap dan telah digunakan pada 1 Ramadan 1433Hijrah.      Sebuah kampung yang tiada masjid, mampu dihidupkan di bulan Ramadan.  Sungguh besar pahala anda yang menyumbang idea dan dana menjayakannya.

InsyaALLAH, rombongan KHM seramai 43 orang akan berangkat ke Bandung akhir bulan November 2012 untuk sama-sama merasmikan masjid ini. Sementara, teman-teman KHM di Indonesia sedang membuat persiapan untuk melancarkan Komunitas Haji Muda (KHM) Indonesia pada tarikh dan tempat yang sama. 

InsyaALLAH, minggu depan 1 Hijrah 1434, KHM akan melancarkan Dana Wakaf Kemboja (soft launch telah dibuat tiga hari lepas dan sijil wakaf 100 unit sudah hampir habis ditempah).  Sesiapa yang ingin berwakaf (1 unit=USD100 = RM315) , bolehlah terus kreditkan ke Akaun:

Nama Akaun:  "KHM Dana Annuiti Akhirat"   
No Akaun:  14-180-01-0013422
Bank:  Bank Islam

Moga ALLAH permudahkan urusan kehidupan kita dan melindungi kita dari sasaran fitnah.  Allahu Akbar.

Sunday, November 4, 2012

Kemboja: Daifnya Pusat Pendidikan ini


Foto:  Lawatan Tapak projek Kompleks Pendidikan /Sekolah Agama di Kemboja


Selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah, tim KHM meneruskan agenda program dengan melawat beberapa lokasi. Lawatan singkat saya di Institut Pendidikan ini amat menyentuh hati.  Apa yang mereka miliki sekarang ini  adalah seperti  Malaysia di tahun  1970an.  Ketika saya bersekolah rendah pada tahun 1970an, sekolah di kampong saya lebih baik dari  anak-anak muslim di sekolah agama ini.  Sekolah ini sangat daif (Sila lihat foto-foto sekolah islam yang daif ini di akhir entri ini).


Sistem pendidikan di kemboja bersandarkan sekularisma.  Matlamat pendidikan hanya mempunyai elemen duniawi, semata-mata  melahirkan manusia untuk menjadi hamba kepada manusia. Pelajar-pelajar perempuan di sekolah kerajaan dikehendakki memakai skirt. Jadi agak pelik bila bertudung tapi pakai skirt...

Cuma saya kagum dengan pengasas,  pemimpin  dan ustaz/ustazah sekolah ini yang sangat komited mendidik dan mentarbiah anak-anak muslim.  Dalam keadaan gaji yang kecil, kemudahan yang sangat daif dan kebajikan yang tidak terurus, mereka istiqamah dengan jalan yang telah disusun oleh Rasululah s.a.w dan para sahabat.  Jika di Malaysia, sudah tentu ustaz/ustazah dah cabut cari gaji lebih tinggi (Maaf: tidak semua ustaz/ustazah begitu).

Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ke Kemboja,  salah satu matlamat saya ke Kemboja ialah untuk meninjau sendiri  “business opportunity annuity akhirat”.  Saya secara peribadi dan KHM khususnya, InsyaALLAH meletak sasaran untuk  membantu  membina kompleks pendidikan Islam. 

Selepas lawatan tapak, saya telah diberi  taklimat  pelan bangunan, tujuan dan kos pembangunan.  Alhamdulilah,  mereka memahami kehendak KHM  di mana   institutsi  ini telah menyediakan pelan  kompleks pendidikan lengkap dengan  bangunan 3 tingkat,  bilik darjah, kelas hafazan, perpustakaan, bilik computer, rumah tetamu  dan asrama shabab (pelajar lelaki).  Bila saya Tanya mengapa tiada asrama untuk pelajar wanita, jawapan mereka agak perlahan. Secara jujur,  menjaga pelajar perempuan lebih mencabar di persekitaran jahiliah dan tekanan ekonomi.  Saya memahami maksud mereka. Namun saya berpendapat, usahlah dipinggirkan pembinaan muslimah kerana jika mereka mahu berdikari dan maju, pendidikan muslimah juga penting (InsyaALLAH, KHM akan memberi nasihat dan pandangan).

Jadi  apa yang KHM hendak buat?

InsyaALLAH, KHM akan lancarkan sijil wakaf  pembinaan kompleks pendidikan Islam ini.  Sebanyak 5,370 sijil wakaf telah dicetak yang setiap satu bernilai USD100 (bersamaan RM315).

Bagi mereka yang berhasrat untuk  memenuhi  koleksi  uncang akhirat anda  sebelum tahun baru Hijrah 1434 (nak tutup akaun peribadi amal 1433H),  bolehlah email ke  kelabhajimuda@gmail.com  .  Kami akan reservekan sijil wakaf anda.  (Saya hanya membawa pulang 100 keping sijil sahaja).

Moga ALLAH mengampuni kita dan melimpahkan rezeki agar dapat membantu menjayakan wawasan ini.  Saya akan maklumkan di blog ini untuk pembelian sijil wakaf, InsyaALLAH.

Foto-foto berikut adalah untuk renungan dan tindakan bersama. 

 Foto:  Kantin sekolah

 Foto:  Kelas / bilik darjah.  Sangat  daif

  Foto:  Kelas-kelas gambar diambil dari luar

 Foto:  Meja guru.  Bersyukurlah menjadi guru-guru di Malaysia/Brunei/Singapura

 Foto:   Atas dan dinding kelas.  Kalau hujan, bocor