Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, June 5, 2008

Tulisan Saya di Berita Harian 18 April 2008

Alhamdulilah, Cadangan saya ke ruangan pendapat/rencana mengenai Haji telah disiarkan oleh Berita Harian 18 April 2008 dan di selitkan di laman web islamic banking & finance http://www.ibfim.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1461&Itemid=179


Syor caruman KWSP tunai haji
Source : Berita Harian On-Line
Friday, April 18, 2008

Surat.

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji (TH), Bank Islam dan Bank Rakyat kerana berjaya bekerjasama bagi memudahkan urusan kewangan pendeposit Tabung Haji. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur kerana institusi kewangan Islam mampu membuat jaringan untuk memperkasakan ekonomi ummah. Pada kesempatan ini, saya ingin mencadangkan kepada Tabung Haji supaya dapat memanjangkan kerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan pengeluaran untuk menunaikan Haji.

Kedua-dua organisasi itu (Tabung Haji dan KWSP) berjaya memberi pulangan pelaburan yang baik setiap tahun kepada penyimpan selain itu Tabung Haji pula memainkan peranan penting di dalam membina sistem kewangan Islam dan menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik.


Memandangkan kedua-dua organisasi ini mempunyai dana yang kukuh mencecah berbilion ringgit, saya ingin mencadangkan agar satu polisi dapat dikeluarkan dengan membenarkan pencarum Muslim mengeluarkan sebahagian daripada tabungan mereka untuk menunaikan fardu haji.

Ada dua faedah skim ini dilaksanakan, iaitu dapat membantu pencarum Muslim untuk segera menunaikan Haji pada usia muda dan mengelakkan bakal haji berhutang untuk melaksanakan haji.

Contoh cadangan pelaksanaan:
1. Wang diambil dari Akaun II KWSP dengan maksimum pengeluaran, RM10,000.
2. Pemohon hendaklah terlebih dulu mendaftar di Tabung Haji dan amaun dikreditkan terus ke akaun haji dan dikawal Tabung Haji.

3. Umur pencarum perlulah 35 tahun ke atas dengan pengeluaran sekali seumur hidup.


RIDZWAN BAKAR,
Klang, Selangor

1 comment:

Anonymous said...

Great Sir! Keep going & fighting for this cause, we support u. Hajj should be made easy to everybody.